^^,


Monday, May 11, 2015

Exam + Tahniah!



Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya memberi sinar buat kita semua.

Alhamdulilllah pejam celik pejam celik nak habis semester 7 dah. Minggu study week dah bermula tapi diri ini belum mula apa-apa lagi. Nota-nota sudah dibuat tapi kenapa semangat study tak datang lagi. Dush3..*_^  Mungkin kena balik rumah jumpa parents dulu baru boleh study kut..hee in sya Allah, mudah-mudahan gitulah.

Minggu ini juga mula menerima jemputan walimah daripada sahabat-sahabat yang akan membina masjid pada cuti semester ini. Barakallah buat sahabat-sahabat. Semoga rumahtangga yang dibina kekal sampai syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Doakan diri ini juga yang akan menyusul tidak lama lagi. ^^,
Moga diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke walimah kalian. Kalau boleh nak datang semua tapi apakan daya, ada majlis yang bertembung pada tarikh yang sama. Hanya doa yang mampu ku kirimkan dari jauh. 
Image result for animation kad kahwin
Tahniah!

Termenung seketika. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Jadi, sampai sini dulu coretan kali ini. Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi, bittaufiq wannajah fil imtihan, moga urusan kita dipermudahkan, moga kita dapat buat yang terbaik..:D tuan blog ini ingin memohon jutaan kemaafan jika ada tersilap bicara atau tersalah kata atau ada mana-mana coretan yang membuatkan pembaca berasa kurang senang. Tegurlah saya jika ada salah kerna saya juga insan biasa.
Gudluck semua & ceria-ceria selalu.

Kepada pembaca yang sudi membaca blog ini, terima kasih.

Monday, May 4, 2015

Alhamdulillah3



Assalamualaikum. Lama menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan urusan praktikum. Alhamdulillah selesai menjalankan praktikum III pada semester ini dan merupakan praktikum terakhir. Semester depan internship. Nak tamat pengajian dah rupanya. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Pasti diri ini merindui kehidupan sebagai guru pelatih nanti. ^^,

Terima kasih warga SK Bukit Tumbuh, Terengganu yang banyak membantu diri ini untuk menjadi guru sebenar. Terima kasih buat anak-anak didik yang mengajar ku erti kesabaran dalam mendidikmu. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang sentiasa membantu diri ini untuk berdiri semula setiap kali terjatuh. Dan yang paling utama, syukur pada-Mu kerana sentiasa ada untukku dan memberiku kekuatan untuk terus thabat di jalan ini.

Dalam kesibukan di minggu akhir praktikum, sempat jua diri ini pulang sebentar untuk bertemu ibu dan papa. Juga untuk menyelesaikan beberapa urusan. Pulang bersama seorang sahabat yang sudi menemani diri ini juga untuk diperkenalkan pada ibu dan papa. Lamanya merancang, baru ini dapat bertemu dan berkenalan. Alhamdulillah, urusan ini juga dipermudahkan. Moga segala perancangan pada masa akan datang juga dipermudahkan. Amiinn..:D

Baru-baru ini berkesempatan menghadirkan diri di majlis akad seorang sahabat baik. Hanya majlis akadnya dulu. Walimahnya masa cuti sekolah nanti. Barakallah syuhada dan zauj. Moga masjid yang dibina kekal hingga syurga. Moga selepas ini, hanya senyuman kegembiraan yang ku lihat, tiada lagi tangisan yang sering mengiringimmu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga menziarahi seorang sahabat dan keluarganya. Lamanya juga merancang untuk bertemu, akhirnya dapat juga jumpa. Terima kasih atas layanan yang sangat istimewa. Moga bertemu lagi.. Si kecil comel Syifa, rindu sama kamu. :D

Hari ini, tukar mood dari seorang cikgu ke pelajar semula..hehe kembali berkuliah pada minggu ini dan minggu depan dah mula study week. Cepatnya masa berlalu, dah nak habis sem dah. Tak ready lagi nak exam..huhu Jadi, jomlah kita mula study slow2, buat nota-nota, cari soalan yang berkaitan dll. Aipp, fikir apa lagi tu..dah2 berblogging, jom buat apa yang patut…heeee

Oke, bai. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Friday, April 3, 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua..lamanya tak menjenguk blog..alkisahnya tuan blog ni punyelah busy..cewah.:P busy hal ape la tu..hehe
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasai umur 20++ [umur sebenar perlu dirahsiakan..:P]  terima kasih kpd yang sudi mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan diri ini.
Alhamdulillah sepanjang hidup ini, banyak nikmat yang Allah dah bagi. Nikmat sihat, kebahagiaan, rezeki, n macam2 lagi lah, tak terkira nikmat Allah dah bagi..syukur sangat2. Tak lari juga dugaan2 yang datang untuk mematangkan lagi diri ini.. Alhamdulillah, sentiasa rasa ada kekuatan untuk menghadapi apa yang berlaku. Terima kasih kepada insan-insan yang mendoakan dan selalu bersama diri ini susah dan senang. Sayang kalian lillahi taala..^^,
Kesibukan kian terasa sebagai pelajar tahun akhir. Namun ia tidak menghalang diri ini untuk melakukan yang terbaik dalam apa yang dilakukan. Praktikum juga berbaki lagi sebulan. Moga diberi kekuatan untuk menghabiskannya dengan baik disamping tugasan-tugasan lain yang perlu diselesaikan.
Dalam kesibukan berpraktikum, diri ini masih menerima jemputan walimah sahabat2. Syukran jazilan sudi menjemput. Moga diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke walimah kalian. Mabruk untuk semua. Doakan diri ini juga.:D

Oke, done for this. Ayuh kembali siapkan tugasan lain. Jumpa lagi akan datang..:P

Kepada sesiapa yang baca blog ini, terima kasih kerana sudi baca.

p/s-jangan lupa senyum, senyum dan terus senyum. Ia akan memberi aura positif dalam diri. Bangun pagi2 senyum pada diri dulu, ok?  Wasalam.