^^,


Tuesday, December 14, 2010

TIPS JADI GLAMOR BERKUALITI

  • B'gerak atas niat yg betul, iaitu buat sesuatu utk meninggikan agama, keluarga & ummah.
  • Mesti ada ilmu yg konkrit b'kenaan bidang yg ingin diceburi supaya dpt b'siap sedia dari segi fizikal & mental.
  • Dapatkan pandangan serta restu ibu bapa.
  • Sentiasa b'doa & b'tawakkal.
  • Sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan m'beri sepenuhnya di dunia, tetapi ganjaran sebenarnya akan diperoleh di syurga. InsyaAllah.

JIKA & MAKA .....

  • JIKA anda tidak mampu menikmati kebahagiaan dgn waktu yg ada, MAKA jgn pernah menunggu kebahagian yg akan m'hampiri anda & turun dr langit.
  • JIKA anda t'timpa musibah, MAKA bayangkan musibah itu sgt besar. Dan anggaplah musibah itu Kn segera b'akhir. Kalau bukan kerana kesengsaraan yg disebabkan oleh kesulitan, tentu tidak akan pernah m'harapkan kegembiraan.
  • JIKA anda t'himpit oleh sebuah tekanan, MAKA ingatlah berapa banyak tekanan yg telah b'hasil anda lalui & berapa banyak Allah telah menyelamatkan diri anda. Dengan demikian, MAKA pada saat itu anda akan tahu bahawa Zat yg telah menyelamatkan diri anda di dunia, juga alan melakukan hal yg sama di akhirat kelak.
  • JIKA anda masih m'punyai sepotong roti, 7biji buah kurma, segelas air dan sehelai tikar di kamar bersama dgn senaskah Al-Quran, MAKA katakanlah kpd dunia, "semoga kedamaian sentiasa ke atasmu."
  • JIKA anda mencela seseorang (yg beriman), beerti anda telah m'cela Rabb mereka Yang Maha Tinggi. Allah telah m'jadikan mereka dari ketiadaan, namun mereka malah ragu tentang keberadaan-Nya. Allah telah m'beri makan saat kelaparan, namun mereka malah b'syukur kpd selain Dia. Dan, Allah telah m'berikan rasa aman dari kekuatan yg menimpa mereka, namun mereka malah memerangi-Nya.
  • JIKA di hati mereka ada keresahan, MAKA keadaan akan gelap kerana sedih. Dan JIKA anda tergoncang kerana kehilangan keluarga & harta, MAKA jgn putus asa. Mungkin Allah m'jadikan peristiwa lain setelah itu.
SUMBER: DIPETIK DR BUKU LA TAHZAN, KARYA DR. AIDH AL-QARNI

Monday, December 13, 2010

TANDA2 & PERISTIWA AKHIR ZAMAN

Pada akhir zaman, rasuah juga m'jadi-jadi dlm masyarakat. Wang m'punyai kuasa utk m'beli pangkat & kedudukan.

 Dunia sebenarnya sudah t'lalu tua, tanda2 & peristiwa akhir zaman semakin banyak menunjukkan bahawa manusia sudah hilang sifat takwa & perpaduan sebagai asas keselamatan di akhir zaman. Tanda & peristiwa ini telah dijelaskan dlm beberapa hadis Nabi SAW.

Antara yg paling jelas ialah penyakit2 umat dahulu yg kini telah menjangkiti umat pd masa kini. Pertama, t'lalu banyak seronok. Kedua, t'lalu mewah. Ketiga, m'himpunkan harta sebanyak mungkin. Keempat, tipu-menipu dpm merebut harta benda dunia. Kelima, saling memarahi. Keenam, sifat hasut-m'hasut sehingga jadi zalim-m'zalimi.

Penyakit rohani & sifat2 ini banyak kita lihat dlm kalangan kaum Muslimin pd hari ini. Di sana-sini kita lihat penyakit ini merebak & menjalar dlm kalangan masyarakat. Dunia Islam dilanda krisis rohani yg sgt bahaya & meruncing. Disebabkan kekosongan rohani, mereka t'paksa m'gunakkan segala daya & tipu helah utk m'dapatkan kekayaan. Di samping itu, nilai2 murni & akhlak sudah semakin hilang. Yang wujud hanya kecurangan, dengki-khianat dan fitnah.

Pada akhir zaman, rasuah juga m'jadi-jadi dlm masyarakat. Wang m'punyai kuasa utk m'beli pangkat & kedudukan. Wang juga digunakan utk m'dapat kemudahan drpd pihak yg b'pangkat & b'kuasa. Akhlak akan musnah dan runtuhlah segala budi pekerti yg luhur. Sifat amanah akan hilang secara b'ansur-ansur.

Selain itu, org yg baik b'kurangan & org yg jahat b'tambah banyak. Iaitu, org yg b'buat kebaikan sedikit & tidak m'dapat kemudahan yg sewajarnya. Org yg b'perangai jahat berani melawan org2 yg baik & tidak segan t'hadap mereka. Begitu juga, anak2 sudah berani melawan org tua @ ibu bapa.

Dikatakan juga petanda lain adalah sedikit bulangan lelaki da banyak perempuan. Statistik penduduk dunia menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebuh ramai drpd  jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara nisbah bagi bilangan setiap lelaki dengan sebelah wanita (1:11) yg menunjukkan bahawa perempuan lebih ramai drpd lelaki.

Peristiwa akhir zaman seperti gejala seks bebas, perzinaan, p'buangan bayi & pembunuhan bayi iaitu anak2 yg baru dilahirkan. Seterusnya, penyebaran & penularan penyakit Aids adalah b'punca drpd banyak b'laku p'zinaan.

Dijelaskan juga dlm beberapa hadis Nabi SAW iaitu akan timbul di akhir zaman org2 yg m'cari keuntungan dunia dgn agama. Mereka menunjukkan kpd org lain pakaian yg dibuat drpd kulit kambing (b'pura-pura zuhud dr dunia) utk m'dapat simpati org ramai & p'cakapan mereka lebih manis drpd gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (m'punyai tujuan2 yg jahat).

Golongan yg dimaksudkan ini ialah org yg m;jadikan agama sebagai alat utk m'dapat keuntungan dunia. Mereka rela m'gadaikan agama utk meraih keuntungan dunia. Apabila b'canggah kepentingan dunia dgn hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah & memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu org lain & juga menipu diri mereka sendiri.

Sebagai kesimpulannya, hendaklah kita selalu b'muhasabah iaitu m'perhitungkan diri m'buat penilaian dgn meningkatkan takwa & p'paduan. Sentiasa b'pegang teguh dgn akidah & keimanan. Mengambil berat t'hadap masalah pendidikan keluarga iaitu anak2, suami@isteri dan kaum kerabat keluarga serta para sahabat. Hidup hanya utk agama yg dicintai & m'jadikan Islan sebagai pilihan utk menyebarkannya.
SUMBER DRPD TABLOID ILUVISLAM-MANTAN PENDIDIK. PHD PERSURATAN MELAYU,UKM,BANGI

KEBESIHAN DALAM ISLAM 1 FITRAH

Menjaga kebersihan merupakan amalan yg t'puji. Kebersihan e2 m'punyai skop yg begitu meluas. Kempen2 m'jaga kebersihan adalah b'tujuan agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan sihat.

Lihatlah dlm mana2 kitab feqah sama ada yg di jual di Malaysia, Mesir, Jordan dan lain2 lagi, at-taharah @ b'suci merupakan tajuk yg awal dibincangkan sebelum bab solat. Mengapa?? Untuk melakukan solat 5 waktu, kita disyaratkan agar suci dari segala hadas kecil dan hadas besar. Betapa pentingnya b'suci agar kita selalu berada dlm keadaan yg bersih. Penekanan t'hadap penjagaan kebersihan dikuatkan dgn hadis Nabi SAW iaitu kebersihan itu separuh drpd iman. Perkataan separuh menunjukkan betapa besarnya bahagian iman itu. Umpama sebiji kek yg dibahagi-bahagikan kpd rakan2. Sepotong kecil diberikan kpd rakan2 yg lain dan kita mendapat separuh drpd kek itu.

Kebersihan diri, pakaian, alam sekitar, tempat tinggal, dan lain-lain lagi amat dititikberatkan. Dalam kata lain, kebersihan itu m'punyai skop yg luas. Orang menjaga kebersihan akan diberi ganjaran pahala. Sebagai contoh, pada hari Jumaat kita dianjurkan agar mandi sunat hari Jumaat, memakai baju yg cantik dan wangi-wangian. Perkara inilah yg menjadi kesukaan manusia kerana menusia dilahirkan atas fitrah. Islam juga adalah fitrah. Fitrah merujuk kpd perkara2 baik. Maka, jika masih ada manusia yg suka kpd kekotoran b'makna mereka sedang melawan fitrah yg baik itu.

KETENANGAN HATI

Bersuci mampu mendidik hati menjadi bersih. Orang yg bersuci adalah orang yg sentiasa hampir dgn Allah. Mereka inilah yg dilihat menunaikan solat sama ada di masjid atau surau. Sedangkan org yg tidak berada dlm keadaan b'suci atau pengotor dilihat seolah-olah jauh dgn Allah. Seteruk mana pun kerja yg dilakukan walaupun terpaksa b'gelumang dgn sampah atau najis, namun apabila masuknya waktu solat, mereka akan menyucikan tubuh badan untuk menghadap Allah. Sedangkan mereka yg pengotor, hidupnya tunggang langgang, dan sekali gus boleh merosakkan hati. Paling berbahaya lagi apabila Allah terus dilupakan. Seruan azan dipandang sepi seolah-olah hanya 1 panggilan biasa.

Ketenangan lebih dirasa jika berada dalam keadaan y bersih. Hati menjadi lapang walaupun fikiran b'serabut. Ibadah juga dpt dilakukan dengan tenang dan ikhlas. Pepatah Arab ada mengatakn, "akal yg sihat b'punca drpd tubuh badan yg sihat," Jika kita menukarkan pepatah ini kpd sebaliknya, memberikan kita 1 gambaran bahawa "akal yg tidak sihat disebabkan badan yg tidak sihat!" Punca2 badan tidak sihat boleh dikaitkan dgn pelbagai faktor. Tidak menjaga kebersihan merupakan salah 1 faktor yg menyumbang kpd masalah ini.

AMBIL TAHU

Majoriti rakyat Malaysia menggunakan air sebagai alat untuk bersuci, tidak mengendahkan cara bersuci yg lain seperti istinjak, tayammum dan sebagainya. Tanpa kita sedari, maka akan timbullah pelbagai masalah jika suatu hari nanti kita mengalami kemarau panjang atau t'putus bekalan air yg begitu lama. ketika itu kita akan lihat dan dengar pelbagai alasan orang tidak menunaikan solat. Jawapannya mudah. Tidak ada air!
Siapkan diri dgn maklumat dan jangan biarkan diri jahil tentang agama.

Friday, December 10, 2010

AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH

1) MENDIRIKAN SOLAT 
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

 2) MENJAGA SOLATNYA
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengejarkannya serta menjaga waktunya. Ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak berlengah-lengah.

3) BERSYUKUR DAN REDHA
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian @ musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4) SELALU BERSEDEKAH
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin bantu-membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5) MENJAGA MARUAH DIRI
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6) TAKUT DIMURKAI ALLAH SWT
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa  merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hanba-Nya.

7) MENJAGA AMANAH
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti di dalam surah Al-Fatihah, "kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kamo memohon pertolongan."

8) PANDAI MENGAJI AL-QURAN
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan menjaga diri, mestilah juga tahu mengaji al-Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat sebuah kubur!

Thursday, December 9, 2010

10 LANGKAH MEMBINA HIDUP POSITIF

1) MULALAH SELANGKAH DEMI SELANGKAH
 Adakalanya ketika melakukan perubahan, kita ingin mengubahnya secara menyeluruh. Daripada mengubah secara keseluruhan, lebih baik perbaiki setahap demi setahap. 

2) BERBINCANG DENGAN DIRI SENDIRI 
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Dengarkan suara hati anda. Percayalah, anda akan merasa terkejut apabila mengetahui betapa kerasnya anda terhadap diri sendiri. Gantikan setiap kata-kata negatif kepada diri sendiri dengan kata-kata yang positif.

3) BERHENTI MEMBANDINGKAN 
Sudah sewajarnya jika kita melihat orang sebagai tolok ukur, tapi jangan terlalu membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan anda sendiri. Membandingkan hubungan dengan pasangan, pekerjaan yang anda miliki dengan apa yang dimiliki orang lain hanya akan memukul keras harga diri anda. 
4) NASIHATKAN DIRI SENDIRI 
Kebanyakan orang lebih cenderung menyelesaikan masalah orang laik daripada mengatasi masalah sendiri. Jika anda berjaya menghiburkan teman yang ditimpa masalah, tanyakan padanya apa yang membuatnya berasa terhibur. Lain kali jika anda menghadapi masalah, mungkin cara itu dapat anda gunakan untuk diri sendiri. 

5) UTAMAKAN DIRI SENDIRI 
Jika anda sering meletakkan kepentingan diri pada tangga terakhir, sekali-sekala lakukan untuk diri sendiri. Mengutamakan kepentingan sendiri akan mendorong anda mengasihani diri sendiri. Sesekali mementingkan diri sendiri boleh memberi keseimbangan dan membawa hasil yang lebih baik untuk anda serta orang-orang yang disayangi.

6) TUMPUKAN PADA DIRI SENDIRI 
Luangkan masa untuk diri sendiri. Manjakan diri anda dengan melakukan pelbagai rawatan sesekali ini. Ini cara untuk menikmati hidup sendiri. Tidak salah sesekali berbelanja untuk diri sendiri demi kepuasan hidup dan boleh dijadikan motivasi untuk merencana kehidupan yang lebih baik.

7) LUANGKAN MASA UNTUK KELUARGA
Banyakkan luang masa untuk bersama keluarga. Melayani kerenah anak-anak kadang-kala boleh membuatkan hati menjadi tenang. Melihat telatah mereka berasa hidup ini sungguh bererti dan boleh mendorong diri memikirkan perkara-perkara yang lebih positif untuk masa hadapan mereka.

8) MINTA SOKONGAN DARIPADA TEMAN
Kita memang sering kehilangan semangat. Alangkah baiknya jika meminta bantuan teman untuk sentiasa menyedarkan dan memberikan semangat. Ceritakan pada teman yang boleh dipercayai kalau anda sedang menghadapi masalah, biarkan teman memberikan dorongan dan sokongan sekaligus memberi semangat baru. Minta pendapatnya mengenai bagaimana anda harus menghadapi sesuatu masalah yang mengganggu emosi.

9) NIKMATI KEJAYAAN
Tujuan hidup adalah untuk menggapai sebuah kejayaan sama ada dunia mahupun akhirat. Apabila beroleh sebuah kejayaan, nikmatinya agar hidup berasa lebih dihargai. Kongsi kejayaan dengan keluarga, sahabat handai dan juga pekerja yang banyak membantu. Dengan cara begini membuatkan hidup dikeliling dengan warna-warni yang menyegarkan.

10) JANGAN LUPA BERSYUKUR
Kadang-kadang kita lupa betapa banyak yang telah kita dapat dalam hidup ini. Sebenarnya, menyedari rahmat yang kita terima akan membawa warna cerah dalam kehidupan sendiri. Mulailah membuat catatan bahagia setiap hari. Ingat 3 perkara yang anda syukuri selama sepanjang hari yang anda lalui, nescaya itu akan membuat anda lebih menghargai hidup.

Kalau HIDUP POSITIF dapat membuat kita LEBIH BAHAGIA & SIHAT, rasanya kita semua patut untuk mendapatkannya.



sumber : SURYANINGSIH.WORDPRESS.COM




9 Sebab Hati Tidak Berasa Bahagia

Petikan perkongsian dibawah dipetik daripada tabloid iluvislam edaran 10-16 Disember 2010..


Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :-


1) PEMARAH 
Paling mudah dikesan @ dilihat dan paling banyak dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2) PENDENDAM 
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil sekalipun seperti sakitkan hati @ tempelak orang yang didendami itu. Hati-hati kerana sikap begini boleh membawa kepada mendapat penyakit yang lebih serius seperti sakit jantung dan sebagainya.

3) HASAD DENGKI 
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4) BAKHIL 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.Sesungguhnya Allah SWT lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah namun benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadang kala itu Allah beri melalui makhluk.

5) TAMAK 
Orang yang tidak puas dengan sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak akan kehabisan. Ingat yang dikatakan harta @ rezeki kita bila ia dipakai @ digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) TIDAK SABAR
Andai perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7) EGO 
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8) RIAK 
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. jika dipuji, dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, dia kan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takkabur.

9) CINTA DUNIA 
Terlalu mengejar dunia hingga lupa akan tanggungjawab terhadap AllahSWT. Terlalu mengejar harta sehingga mengabaikan keperluan yang lain. Orang begini tidak merasa nikmat syukur kerana jarang sekali mereka bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. Sentiasa berasakan harta yang diperolehi itu tidak mencukupi.



sumber : PERIBADIRASULULLAH.WORDPRESS.COM