^^,


Sunday, January 8, 2012

Perhatian Untuk Wanita!

PERHATIAN UNTUK WANITA !!

kalau ada yang cuba mengorat anda , katakanlah padanya...

"MAAF!! untuk kali ni, HARAP AWAK FAHAM.
Saya tak nak kita jadi macam orang lain. SAYA nak BERKAT ALLAH.
BIARLAH AWAK FIKIR SAYA SOMBONG, taknak layan awak!
Cuma kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK-ANAK AWAK,
Jumpalah mak ayah saya. Kita bercinta lepas nikah"


_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████

_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_<---tu mak ayah ada kat dalam
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿★
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██

Saturday, January 7, 2012

Bingkisan 14

       Petang nyaman mendamaikan jiwa,
Suasana sunyi menyelubungi diri,
Anak kecil memikat hati,
Gelagatnya riang menghiburkan hati,
Kini, malam datang berlabuh,
Menunggu sang mentari bertukar sang bulan,
Hujan renyai membasahi alam,
Mendinginkan malam tiada bintang,
Suasana sunyi menyelubungi malam,
Sesekali kedengaran alunan sang cengkerik,
Daku kesunyian, bersendirian,
Melayan perasaan mengusik jiwa.

sekadar perkongsian 1



" Apabila bertaut dua hati yang tidak halal , maka akan ada yang ketiga , yakni syaitan . Dia yang menjadikan hubungan antara lelaki dan wanita itu indah . Syaitan mengaburi mata manusia dengan kemanisan hubungan yang tidak halal . Yang nampak bercahaya sedangkan manusia itu berjalan dalam kegelapan yang penuh duri . Itulah muslihat syaitan . Kita kena sentiasa ingatkan diri kita . Setiap manusia mempunyai kelemahan , mudah tergoda , lemah iman . Syaitan itu adalah musuh yang jelas . Maka , kita kena jauhi dari tipu muslihatnya . Dengan cara muhasabah diri , jangan lari dari cinta Allah dan Rasul . Kerana cinta itu bisa menguatkan yang lemah , mengubati yang sakit , memberi cahaya kepada kegelapan . Cinta manusia tak kekal . Jangan kita tumpulkan duri pertahanan kita sebagai mujahidah hanya kerana manisnya kata – kata lelaki . Tahajudlah kepada DIA .



Hubungan antara banin dan banat tiada atas dasar kawan . Hubungan yang berlaku hanyalah ketika bermuamalat dan urusan jual beli . Itu saja . Fullstop . Jangan pernah kata yang kita ada best friend lelaki . Takkan terjadi hubungan itu penuh kemuliaan tapi terjadinya hubungan itu dengan penuh maksiat dengan wujudnya syaitan sebagai yang ketiga . Kita takkan dapat lari dari itu . Kita takkan boleh nak sembunyikan perasaan itu . Sesungguhnya Allah berfirman “ Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan ? ” Bencilah perbuatan itu dan menjauhkan diri dan itulah selemah-lemah iman . Matlamat tak pernah menghalalkan cara .


RENUNG-RENUNGKANLAH..PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT SEKALIAN..
SEMOGA ADA MASLAHATNYA.

seorang muslimah .....

seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,

seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,

seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,

seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

••► Tahukah kau wahai Adam
,
Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu ,kerana ianya lumrah ujian

Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu padaNya ,tekadkanlah janji di hati .

"Telah Kupilih JalanMu . . dan aku sebenar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah
dikecewakan"

Tuesday, December 27, 2011

CORETAN BUAT AKHI WA UKHTI....

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.


•❤•Ya Akhi....
"Jangan salah menaruh cinta...
kerana engkau akan menyesal selamanya...
titipkanlah cintamu pada wanita solehah..
yang menutup mahkotanya dengan sempurna dengan pakaian takwa..
kerana kelak dari rahimnya akan lahir cahaya mata..
yang kan menjadi penolong agama dan dakwah"..

Maka....
"Janganlah engkau salah menaruh cinta....
titipkanlah pada wanita solehah...
kerana ia adalah bidadari dunia..
anugerah terindah yang Allah berikan kepadamu"....

>>>Sabda baginda Rasulullah, " Seseorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu." (Riwayat Bukhari, Muslim)

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah....

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸

•❤•Ya Ukhti...
"Jangan salah menaruh cinta...
kerana engkau akan merana selamanya...
titipkanlah cintamu pada lelaki yang soleh...
yang ada AGAMA di hati yang mampu menjadi iman dalam solatmu kelak...
kerana ia bakal menjadi bapa kepada anak-anakmu...

Maka.....

Janganlah engkau salah menaruh cinta...
titipkanlah pada lelaki yang soleh...
kerana di hati dia akan sentiasa berusaha sama-sama mencari jalan kesyurga bila bahtera di layar dan masjid di bina...

>>>Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”.
(Ali Imran 133-134).

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸

•❤•Semoga kita semua menjadi insan yang soleh dan solehah serta mendapat pasangan yang soleh dan solehah....INSYAALLAH..

•❤•HasbunAllah Wani' mal waqil Semoga Yang Hadir Itu Menguatkan Kasih ku Dengan Illahi iaitu Pemilik Seluruh Hati Ini...

..♥(❤◕‿◕❤)Amin Amin Ya Rabbal Alamin♥(❤◕‿◕❤)...
Senyum (✿◠‿◠)....

Friday, December 16, 2011

Bingkisan 13

Hati...terlalu haluskah ia??
Mekar bila disentuh,
Bahagia bila dibelai;
Berputik kuntuman yang harum mewangi,
Mewarnai episod kehidupan..

Hati...terlalu haluskah ia??
Tercalar bila dikasari,
Terluka bila diherdik;
Memakan hati menjerat diri,
Kan tetap terpalit walau tiada dendam

Hati...terlalu haluskah ia??
Sejuk bila dipujuk,
Cair bila sering dirayu;
Terjalinlah sebuah ikatan yang pernah terlerai...

Namun...sampai bila ia akan terus bertahan???
Mampukah ia menanggungnya?
Bila badai datang melanda;
Masih adakah kesempatan?
Masih terbukakah pintu kemaafan??
Buat insan yang pernah bertakhta..
NUKILAN-NSK

Tudung Labuh Tak Semestinya Ustazah..

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sastera la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
dan ingat wahai lelaki.. ramai yg lbih alim dr kalangn kmu..