^^,


Wednesday, May 9, 2012

Cerpen: 7 Petala Cinta versi Hilal Asyraf (2)


Petala Kedua: Kenal Dia, kenal dia.
“Satu perkara yang remaja hari ini sering lupa adalah, rumah tangga itu merupakan batu-bata kepada pembinaan ummah. Maka, hendaklah rumah tangga itu sendiri dibina dengan binaan yang baik. Dan apakah binaan yang lebih baik, selain ketaatan kepada Allah SWT? Sesungguhnya dosa dan maksiat di atas jalan ini, hanya akan merapuhkan rumah tangga, sekaligus menyumbang kepada kelemahan binaan ummat.” Cikgu Bahar berbicara.
Seminar Bait Muslim yang engkau ikuti selama sehari suntuk, berakhir. Lafaz alhamdulillah keluar dari bibir. Menyedari hati disapa cinta, engkau pergi mencari Dia. Engkau sedar ini bukan untuk kepuasan nafsu semata-mata. Maka ilmu engkau penuhkan di dalam dada. Cinta membawa ke rumah tangga, dan rumah tangga adalah batu asas kepada pembinaan ummah. Mustahil dibangunkan dengan sambil lewa!
Betapa telah terpatri di dalam jiwamu, tujuan penciptaan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku)” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.
Dan engkau amat sedar, bahawa pengabdian itu bukan semata-mata memenjarakan diri di dalam masjid, dan berteleku di atas tikar sejadah. Bahkan, pengabdian itu termasuk menjadi pentadbir dunia, kerana Allah SWT juga berfirman: “Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya Aku mahu jadikan di dunia ini khalifah.” Surah Al-Baqarah ayat 30.
Maka mustahil jalan cinta ini akan engkau lalui dengan maksiat.
Cinta biar dipandu dengan keimanan.” Begitulah pesan mudirmu, Ustaz Arif, saat engkau menamatkan pengajian. Maka keimanan itulah yang engkau cuba perkemaskan.
Tidak pula engkau tinggalkan ruang ikhtiar.
Bukanlah engkau ini manusia yang membiarkan urusan sebegini besar kepada Tuhan semata-mata. Fahaman tawakkalmu adalah dengan usaha. Bukan menanti semata-mata. Jika benar jodoh itu tidak perlu diusahakan, tidak perlu dicari, maka pastinya Allah SWT tidak berfirman di dalam Al-Baqrah ayat ayat 221, akan arahan untuk tidak bernikah dengan perempuan yang musyrik. Dan pastinya Rasulullah SAW tidak akan bersabda untuk menggalakkan mencari pasangan yang baik agamanya.
Nyata, itu adalah isyarat daripada Allah dan Rasul, agar manusia ‘mencari’ pasangannya. Bukan menunggu semata-mata.
Maka engkau berusaha. Sebelum menamatkan pengajian, engkau bergerak untuk mengenalinya. Engkau pergi menemui guru-gurumu yang mengetahui dirinya, maka engkau bertanya akan peribadinya. Engkau pergi kepada warden asrama perempuan, engkau tanya akan kehidupannya. Adik perempuanmu, Maisarah, hingga menjadi mata-mata.
“Oh, nama dia Atikah.” Bila engkau diberitahu adindamu itu.
“Kak Atikah sangat baik tau Abang. Cuma dia bukan ketua usrah la. Hafalan pun tak banyak.” Engkau mendengar adindamu memberitahu. “Dia suka baca komik, tengok drama jepun, dan dengar lagu inggeris.”
Engkau tersenyum. Perkara yang sama ada diberitahu oleh guru-gurumu dan ustazahmu yang merupakan warden itu.
“Abang ni, tiba-tiba suruh tanya fasal Kak Atikah, ada apa-apa ke? Tak pernah pun suruh orang jadi spy macam ini.” Maisrah memandang dengan wajah curiganya yang comel itu.
Senyum engkau melebar. “Mahu ambil dia jadi kakak ipar Maisarah.” Engkau angkat kening dua kali.
“Ha? Really?” Kedua-dua bahumu dipegang oleh Maisarah. Sofa ruang tamu seperti bergegar dengan reaksi adindamu itu. Engkau mengangguk.
“Habis, lepas tahu kekurangan-kekurangan dia tadi, Abang still nak ambil dia?”
“Abang nak buat satu perkara dahulu sebelum pergi ke luar negara, dan sebelum benar-benar buat keputusan ambil dia jadi isteri.”
“Apa dia?”
“Nak ziarah rumah dia.”
Mata adindamu terbeliak. Engkau tertawa.
“Okay, tetapi rasanya Abang akan jumpa satu lagi kekurangan dia.”
“Hem?” Engkau angkat kening sebelah. Hairan dengan kenyataan itu.
“Keluarga dia sederhana sahaja. Tak macam keluarga kita.” Kau lihat adindamu menebarkan pandangan ke sekeliling. Engkau akhirnya turut melepaskan pandangan kepada ruang tamu.
Luas. Indah. Televisyen skrin flat plasma 43 inci, dengan set home theater, pokok-pokok hiasan yang menyenangkan, sofa yang cantik lagi empuk, dan sempat engkau memanjangkan lehermu melepasi langsir indah, memandang ke luar. Terdapat air pancur, dan taman hijau di sekelilingnya, serta tiga buah kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari hadapan pintu rumah, walau di matamu kini hanya mampu menjengah sebuah sahaja daripadanya.
“Takut Abang tawar hati.” Maisarah bersuara.
“Ai, cakap macam berharap Atikah itu jadi kakak ipar sahaja.” Engkau menoleh kembali kepada adindamu.
“Dia cool kut. Maisarah suka yang cool.” Adindamu mengangkat isyarat ‘peace’. Dan engkau tertawa senang hati.
“Kita tengok dulu macam mana.” Engkau sekadar mengangkat keningmu dua kali. Gaya nakalmu yang telah bersebati dengan diri.

*******

“Jahatla Abang ni!” Pinggangmu dicuit Maisarah. Engkau hanya mampu tersenyum di dalam kereta.
Sekarang baru sahaja mengambil pulang adindamu, dari rumah Atikah yang engkau cinta. Senyum hingga ke bibir, kerana taktikmu berjaya.
“Ada patut adik sendiri dijadikan decoy!”
“Oklah tu. At least you tak jadi toy.” Engkau tertawa lagi.
“Jahat!” Bahumu ditepuk lagi.
Adindamu punya program di Johor Bahru. Dengan suka rela, engkau sudi menjadi yang mengambilnya. Sengaja engkau tidak membenarkan Ayah atau Ibu mengambil adindamu dari program seperti biasa. Kerana kali ini engkau mengetahui yang adindamu akan menanti di rumah Atikah. Seperti biasa. Tinggal sebelum ini, engkau tidak mengenali siapa Atikah.
“Senyum apa panjang-panjang. Angau!” Bahu engkau ditepuk untuk sekian kali.
Engkau sekadar mampu menggeleng, sambil senyum kekal pada bibir diri. Mata kekal pada pemanduan, dengan dua tangan kejap pada stereng.
“Abang rasa, Abang nak ambil Atikah jadi isteri abang.” Tiba-tiba engkau bersuara.
Engkau tidak melihat wajah adindamu, tetapi dia senyap seketika. “Ha, sebab dah tengok dia cantik!” Kemudian baru dia bersuara.
Engkau menggeleng lagi. Kalau kerana cantik, lebih baik dari kali pertama pandang, terus engkau masuk melamar. Bukan kerana cantik.
“Kerana dia dan keluarga dia, sederhana.” Senyuman engkau menghinggap telinga.
Engkau telah terbiasa dengan kemewahan dan kebesaran. Kerana itu, engkau melalui alam remajamu dengan penuh rasa tinggi dan angkuh. Engkau sering memandang rendah orang lain, dan tidak menganggap mereka berharga. Hinggalah ayahandamu menghantar ke sekolah berasrama yang baru sahaja engkau tinggalkan, yang mendidikmu akan Islam yang sebenar, sekaligus membasuh jiwamu dengan akhlak langit. Namun sisa jahiliyyah masih ada, ditambah keluargamu masih kaya dan orang kebesaran. Engkau kenal dirimu, yang masih terbiasa dengan kehebatan. Menjadi ketua dalam pelbagai arena, sentiasa berjaya dalam pelbagai perkara, ditemani puja dan puji, dan sering disimbahi populariti.
Itu semua membentuk sebuah hati. Engkau kenal dirimu, jauh di dalam hati engkau sebenarnya sunyi. Tidak kurang yang menggelarmu berlagak, hanya kerana gaya engkau berbicara, cara engkau berjalan, dan pakaian yang engkau kenakan. Kerana itu, sahabatmu hanya seorang, itulah dia Hazwan yang tua setahun daripadamu. Ketiadaannya di sisi, menyedarkan engkau hanyalah seorang yang sunyi. Kalaulah bukan kerana wujudnya Ilahi, pasti engkau telah membunuh diri kerana kesunyian ini.
Tetapi hari ini, seakan kepingan yang tidak lengkap di dalam hatimu terisi. Saat engkau menjengah ke rumah Atikah yang sederhana. Tidak besar, tetapi seperti syurga. Bersinar dengan akhlak ibu bapanya yang mesra.
Ditambah dengan betapa pemalunya Atikah, hingga dia kekal di balik tabir yang memisahkan dapur, tidak keluar hatta menatang dulang seperti dalam drama-drama. Engkau bukan tidak pernah singgah ke rumah kenalanmu sebelum ini. Tetapi adik-adik atau kakak-kakak perempuan mereka sering teruja untuk menunjukkan diri kepadamu. Nyata, siapa yang tidak kecoh jika anak orang besar sepertimu bertandang.
Tetapi itu tidak berlaku kepada Atikah. Tidak juga kepada Ibu Bapanya. Hal ehwal jawatan Ayah dan Ibumu tidak disentuh langsung. Ibu bapanya, tatkala berbicara, nyata terpapar kefahaman mereka yang ampuh akan Islam, dan cita-cita mereka yang tinggi terhadapnya. Bicara mereka seperti mutiara, penuh dengan nuansa Islam dan tidak pula membicarakan yang sia-sia.
Rumah mereka kecil, tetapi mereka bahagia!
Engkau jatuh cinta.
“Jadi, apa Abang mahu buat?” Maisarah bertanya.
“Kertas kerja.”
“Ha?”

Sunday, May 6, 2012

Bingkisan Hati..

--> KETIKA kita ingin hidup KAYA, kita lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI, kita lupa bahwa semua yang kita miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA kita ingin jadi yang TERKUAT, kita lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi kita KEKUATAN.
KETIKA kita takut RUGI, kita lupa bahwa HIDUP kita adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN DAN KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN



--> Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru,
Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu
Allah tidak pernah janjikan matahari tanpa hujan
Allah tidak pernah janjikan kebahagiaan tanpa kesedihan
Allah tidak pernah janjikan kesuksesan tanpa perjuangan

Akan tetapi...

Allah menjanjikan kemudahan bersama kesulitan
Allah janjikan Rahmat dalam ujian
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran
Allah janjikan keteguhan dalam perjuangan



puan rosmani;pensyarah ipgkdri

Friday, May 4, 2012

Cerpen: 7 Petala Cinta versi Hilal Asyraf (1)


Petala Pertama: Dasar Kepada Cinta.
Engkau tidak meminta. Engkau tidak pula berdoa mengharapkan dia. Saban waktu solat, yang engkau doakan hanyalah wanita yang sederhana. Memahami agamaNya, berakhlak, dan dari keturunan yang baik. Sejuk wajah memandang, tenang dan menyenangkan. Engkau tidak sebut nama sesiapa. 
Dan itulah yang menjadi canda harian dikau dengan Hazwan.“Doakan ana dapat bidadari yang sederhana, faham agamaNya, berakhlak, sejuk wajah memandangnya.
” Bisik kau ke telinga Hazwan saban dia mengangkat tangan berdoa, dan begitulah dia melakukannya kepada engkau, kala kalian berkesempatan.Tetapi Allah jatuhkan rasa itu kepada Si Dia. Dari arah yang tidak disangka-sangka.
“Takkan nampak dari jauh, sudah mahu jatuh hati?” Engkau sentiasa mempersoalkan diri. Kau tidak pernah bertemu dengannya. Engkau tidak kenal sikap dan akhlaknya. Engkau tidak tahu keluarganya bagaimana. Dan engkau tidak pernah tahu bagaimana agamanya.Bertudung labuh bersama seragam sekolahmu, itu belum membuktikan apa-apa. Namun hanya sekilas pandang, jiwamu seakan tidak mahu melepaskannya. Wajah itu lekat di dalam hati, dan sentiasa diulang tayang dalam minda.
“Allahuakbar.” Resah jiwamu, sukar mahu mengaku.
“Inikah cinta?”Tetapi engkau tidak terus lemas di dalam perasaan. Jiwamu belum buta. Engkau tahu cinta hanya rasa, bukan Tuhan yang perlu diutama. Maka engkau tidak lama membiarkan diri bertarung dengan raksasa rasa.
“Ini kenapa muka sugul ni?” Sapa Ustaz Mikail yang engkau jumpa.Engkau sekadar memandangnya kosong. Wajah lelaki berambut kemas, berbaju melayu, bertubuh sedikit gempal, sedang menatapmu dengan pandangan kasih. Tangan kanannya kini di bahu kirimu, tanda mesra.
“Ana ni macam jatuh hati pada seorang pelajar perempuan ini la Ustaz.”
Dan wajah jernih murabbimu itu kini beriak terkejut. Dua kening terangkat. Kemudian perlahan-lahan bibir merekah dengan senyuman, dan tawa kecil mengekori keadaan.
“Serius?” Tawa masih ada pada ustaz merangkap warden asrama tempat engkau menadah ilmu itu.Engkau memuncungkan bibir. 
“Seriuslah ustaz. Buat apa ana main-main.”“Oh, ok, ok. Dah besar dah rupanya anak murid ustaz ni. Tingkatan enam la katakan.
” Bahumu ditepuk lagi dua tiga kali.“Ustaz, berikanlah ana nasihat. Ana jatuh hati sebab tertengok dia sahaja tempoh hari. Ana tak kenal dia. Ana tak tahu dia bagaimana. Jadi, apa ana patut buat?” Engkau meluahkan segala ragu di dalam kalbu. Dan Ustaz Mikail tidak terus menjawab persoalanmu.Beberapa ketika, bilik warden itu hanya dihiasi bunyi kipas yang berpusing di siling.
“Cinta. Dasarnya mestilah Pencipta Kepada Cinta.” Ustaz Mikail mula berbicara.
“Maka jika benar itu cinta, mestilah menurut perintahNya.” Kali ini tangannya menggosok belakang tubuhmu. Senyuman di bibir Ustaz Ridhwan, seakan diiringi 1001 makna.Mata engkau membesar.
“Jangan tertipu dengan cinta. Kadangkala, syaitan hanya mempermainkan kita. Sekarang, pergilah dengan nama Tuhan, bermulalah kembara enta untuk mencapai cinta dengan pengalaman.”“Aduh, sasteranya Ustaz.” Engkau mencebik. Dan mulut Ustaz Mikail berbuah tawa.
“Sudah tidak tahu, perlulah menjemput tahu. Jangan sekadar rasa, nanti merasa sahaja.” Kini pipimu pula disentuh lembut, seterusnya Ustaz Ridhwan bangun.
“Itu sahaja nasihat Ustaz?”“Iya. Lebih dari cukup bukan? Enta bukan anak kecil lagi. Allah memberikan kita peluang untuk berusaha. Masanya, kembara bermula.
Engkau menggaris senyum. Engkau sedar, bukan Ustaz Ridhwan tidak mampu membantumu dari A hingga Z, dari sifar kepada infiniti, tetapi dia memilih untuk mendidikmu. Cukup sekadar engkau mengetahui atas dasar apa cinta harus engkau bina, sekaligus engkau mengetahui apa yang sepatutnya engkau jauhi, dan kemudian dia menghantarmu bergerak memulakankembara.Kembara cinta.
“Terima kasih ustaz.”

Wednesday, May 2, 2012

Hati..


Sesungguhnya  di dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh djahit melainkan bertemu ALLAH..
Dihatimu juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama ALLAH..
Dihatiu pun ada kesedihan yang tidak mamou dihapuskan kecuali dengan mengenali ALLAH..
Dihatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada ALLAH..

Dihatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada ALLAH..

sama2 kita ingat Allah selalu..semoga kita terus dan sentiasa tabah meniti cubitan kasih sayang dari-NYA..^-^

Tuesday, May 1, 2012

Tegur e2 Menasihati..:D

Buat antumna semua..


Buat yang menegur,
Tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaa punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah 
dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis air mata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang
menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara 
tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau di dunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat
sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman di muka,
bila ada secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus
kepada-Nya..

CREDIT TO: JZKK K.UDA & AKAK2 USRAH..T-T

Friday, April 6, 2012


Bukan bermakna diriku tidak menegurmu bermakna diriku membenci,
Bukan bermakna diriku sudah tidak memandangmu bermakna diriku melupakanmu,
Tetapi diriku cuba melupakan kepahitan yang telah dirasai bersama kamu,
Yang mungkin kamu tidak memahaminya,
Kata-katamu yang mengguris hati,
Pemikiranmu serta pandanganmu yang tak mampu memahami pendirianku,
Mencemari maruahku sebagai wanita,
Mempersoalkan akidahku sebagai seorang Islam,
Yang menitikberatkan syariatNya,
Dan meninggalkan mungkarNya

Ya sahabat,
Bukan bermakna ku tidak memaafimu,
Itu jauh sekali dari fikiran ana,
Cuma ana mahu,
Mahukan ketenangan sebelum ini,
Kutidak bermaksud untuk memutuskan sillaturahim,
Kerna kau tetap ku anggap sebagai saudara seagama,
Namun tidak lebih,dan tidak jua kurang,
Ku harap,
dikau memahami isi hatiku,
Serta jihadku demi kembali
Kembali ke perjuanganku dahulu.

Hatiku suci dari dendam,
Hatiku telah ku bersihkan,
Niatku telah ku luruskan,
Ku meredhai kedatanganmu dalam hidupku,
Adalah ujian untuk menguji keimananku,
Dan kini telah ku hadapinya,
Dengan hati yang redha dan kemaafan diberi padamu.

Kini hatiku terkunci padamu,
Bukan bermakna ku membencimu,
Bukan bermaksud ku tidak memaafimu,
Cuma lepaskanlah aku,
Redhakanlah aku dalam berpegang pada pendirianku,
Meneruskan jihadku,
Menegakkan syiar Islam yang agung,
Mengikut apa yang ku pelajari,
Dari para ulama,
Para guru,
Para sahabat,
Dan Al-Kitab,Hadis dan Sunnah Nabi.

Hatiku terbuka hanya padaNya,
kekasihNya,serta keluargaku,
Ayat-ayat cintaNya mula bergema dalam hatiku,
Kiniku sedari,
Bahwa segala perasaan dan mimpi itu hanyalah tipu daya iblis,
Demi menjeremuskanku ke jalan yang dianggap syurga,
Padahal neraka jahanam yang apinya menjulang sedang memanggil,
Kanku doakan yang terbaik padamu,
Demi mendapat kembali kesedaran yang sebenar,
Memperoleh cahya hidayah yang kau mahu,
Ingatlah,hidayah itu bukanlah dariku,
Tetapi dari Tuhan,
Ar-Rahman Ar-Rahim,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yang sedangkan diriku ini hanyalah pengantara,
Salah satu daripada bilangan yang tidak terkira
Dikurniakan oleh Allah,
Bukalah matamu,carilah pengantara itu,
Janganlah sempitkan pandangan dan fikiranmu
hanya pada diriku yang serba kekurangan,
Tetapi mintalah dariNya,
Maha Pemberi Hidayah.

credit to --> InDaHnYa berPurdah
 

Tuesday, March 6, 2012

RAHSIA MEKAH : NOMBOR 1.618 – KEAJAIBAN ALLAH


Kota Mekah
Makkah (ataupun Mekahdengan nama penuhnyaMakkah al-Mukarramah;Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnyaKaabah.
Dalam klip video ini, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.
Keunikan Manusia
Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Keplermenyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagaiHARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.
Dimanakah Titik Nisbah Emas Di Bumi?
Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah danKutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..
Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam danMetametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T……