^^,


Monday, May 20, 2013

exam + home


Bismillahhirrahmannirrahim
Alhamdulillah, brsyukur ke hadrat Ilahi krna masih diberi pluang utk brnafas lgi pd hari ini, ketika ini dan saat ini..alhamdulillah.. tamatnya 5 paper bg semester ini maka tamatlah semester 3 bagi saya dan sahabat seperjuangan..alhamdulillah, semuanya dipermudahkn walaupun ada kalanya, tekanan tetap rasa menikam kalbu, menitipkan rasa ingin brputus asa namun kebergantungan yg tinggi kpd Allah mengatasi segala2nya..pmbakar semangat drpd kata2 para sahabat dn pling utama doa ibu+papa..syukur sgt2..antara petua lain ialah amalkan doa seperti di bawah, amalkan surah al-waqiah dan surah al-kauthar, in sya Allah,. Dipermudahkan sgalanya..sy dn sahabat2 sdah amalkn, anda bila lagi?? Ayuh sama2 kita amalkan..=))
 
        Dlm satu usrah ringkas, seorng sahabat brkongsi supaya kita amalkan surah al-Qalam (selepas surah Al-Mulk) selepas exam tamat..tujuannya supaya apabila pnsyarah tgh marking kita punya krtas, dia lembut hati dan dpt bg mrkah sebaiknya utk kita..selama dua semester sahabat ini amalkan, Alhamdulillah, resultnya baik..dn dikngsikn pula brsama sahabat sekelasnya dn sy smpaikn pula kpd sahabat2 yg mmbaca blog ini..moga sama2 dpt manfaatnya, in sya Allah..(n-n)
        Rsanya stakat ni dlu kalam sy,..barang2 sudah siap dikemas, tgl nk msukkn dlm blik yg dijadikn stor, bilik dlm proses mengemas, beg2 sudah tersedia utk diangkut pulang..ya Allahm xsabarnya nk pulang ke rumah, wlupun lbih kurang 2 mngu lepas baru pulang..xkisahlah, apa2 pn doakan smuanya brjalan lncar, drpmudahkn sgala urusan sy dan sahabat2 yg akan berangkat pulang, esok@lusa@ tulat @ bila2 je la..:P
ok ni nk kngsi 1 lirik lgu..best..lirik je la..nk lagu dia, blh klik link ni --> cute song..^^,


You Are The One by Julen Drolon ft Heliza Helmi

early morning
the sun is rising
I’m ready to give you my day
Cause since I found you
It can’t be more true
You’re bringing
The best out of me

Early morning
I'm reading your words
And listening to the birds singing
A sweet melody
For you and for me
Oh I fell
You’re so close to me now

You are the one (You are the one)
I was waiting (I was waiting)
To give a sense to my life

You are the truth (You are the truth)
I was searching (I was searching)
And the reason why I smile

This love is so strong
I can’t control it
Oh please help me
To find a way
To give You the best
Cause You are the one
Who changed my heart
And took my pain away

This love is so pure
I can’t define it
Oh please help me to understand
What is the purpose
Of me being here
Could it be love and love again


Sunday, May 19, 2013

Pra Perkahwinan



Renungan Bersama...
Pra Perkahwinan
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

Teringat pengisian dalam sebuah usrah. Antara pengisiannya menyentuh soal menjaga hak manusia atau sahabat. Kata seorang teman "andai hari ini kita tidak mampu untuk menerima kelemahan teman kita,bayangkan macam mana kita apabila berhadapan dengan kelemahan soulmate kita akan datang".

Katanya lagi "anak kita selalunya akan mengikuti jejak langkah kita ketika kita remaja.Oleh itu,perbaiki akhlak kita sebelum terlambat". 
 

via:fb Rushdan Mat

Saturday, May 18, 2013

exam+ilmu+rehlah


Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum sahabat semua..kaifa halukum? Sy harap semua sihat2 belaka…in sya Allah..=) alhamdulillah, 3 paper da selesai.. tgl 1 paper je lagi..paper apa? Pj-anatomi..mudah2an dipermudahkn segalanya..amin3…doa dan usaha dah, lpas ni tawakal je..harapnya result pn brtambah ok sem ni..tp jgn lupa sahabat2, rezeki tu Allah yg tentukan..kita exam, niatlah kerana Allah..Allah akan bntu kita..yakinlah..
        Lagi satu nk share, walaupun sbuk exam 3 hari brturut2 utk 4 paper, Alhamdulillah diri ini dn juga shabat2 seperjuangan masih diberi peluang dan dibukakan hati oleh Allah utk menghadiri majlis ilmu @ usrah umum utk kali terakhir bagi semester ini..kalau diberi kesempatan, semester dpan ada lgi..in sha Allah..sahabat, sesibuk mana urusan kita utk dunia, sibukkanlah juga diri kita untuk urusan akhirat..Allah sentiasa bersama kita (Innallaha Maa’na)..
        Oke, sblum sy brpuitis lbih2 lgi, hehe…doakan aktiviti kelas sy berjalan lncar n smoga aktiviti kami diberkati Allah..mudah2ah hendaknya..esk kmi g Lata Belatan, Besut..(air terjun) 2 tahun setengah duk Terengganu, baru ni la kmi nk g brjalan jauh skit..heee…tutor kami, Pn Norihan n family pn ikut..seronoknya,.1st time jgak g jlan2 dgn tutor wlupun sblum ni da prnh g rumah die, mkan2..:DD
        Apa2 pn..bittaufiq wannajah utk sy dn sahabat2 for one paper more next..blik aktiviti, kita p smbung stdy naa…huhu..oke, bittaufiq wannajah juga buat senior2 dan junior2 yg paper exam nya berderet2 jgak next week..lillahi ta’ala semua..
p/s-jika diberi ksmpatan, brtemu lagi pd entry akn dtg..maaf salah silap..fi hifzillah wa fi amanillah..(n-n) senyum selalu n berdoa slalu kpdNya, hnya Dia yg utama..

Friday, May 10, 2013

salam muhasabah diri


[Buat semua yang mempunyai hati & perasaan]

Lelaki -> berhentilah menguji tanpa alasan. sekadar untuk bermain hati. stop it! Perempuan bukan bahan uji kaji, bukan bahan mainan & bukan bahan untuk bersenda gurau. Ya, bukan semua kaum ini begitu. Semoga yang membaca tidak terg0long dalam golongan yang mmpermainkan. Hargailah selagi ada.

Perempuan -> Binalah diri, berprinsip. Berhenti ditipu. Berhenti dipermainankan. Kalau benar mereka srius. Pasti jalan yang paling terhormat dipilih untuk memiliki mu hai sahabat :) - Duri itu perlu untuk menghalang kita dari dirosakkan.

Satu kisah (ambillah ibrah) :
~ hari ini salah seorang kawan talaqi ku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone. (kaedah - bukan syarak). Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami.

Syeikh : Kamu suka dia?
Fulan : ya syeikh.
Syeikh : kamu suka tu suka-suka @ kamu rasa dia memang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?
Fulan : ya syeikh. pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya & agama saya.
Syeikh : bila kamu akan bernikah?
Fulan : lepas belajar syeikh, 3 tahun lagi.
syeikh : JADI KENAPA KAMU ROSAKKAN DIA? KAMU BUKAN NAK BERNIKAH SEKARANG. KAMU ROSAKKAN DIA sekaarang dan 3 tahun akan datang? knapa kamu jadikan air mutlak menjadi air mustakmal, tanpa sebab? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya. Sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah sehingga sampai waktu kalian benar-benar ingin bernikah kemudia kamu jumpa AYAHnya dan pinang dia secara suci?

"Wanita seperti air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal. ia boleh digunakan untuk bersuci, tetapi hanya untuk perkara selain bersuci (angkat hadas) seperti basuh pinggan dan baju. apa kamu sanggup ibu untuk anak-anak kamu setaraf itu? sesungguhnya, wanita itu akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya. kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu , mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran. sedangkan lelaki mmg perangai mereka hanya bermain-main kecuali benar-benar bersedia untuk bernikah. tetapi sekirnaya mereka belum bersedia. contohnya masih belajar dll. jelas permainan mereka dengan wanita itu banyak tipu daya, tapi tipu daya semudah itupun dapat menipu para wanita. Lelaki fungsinya menjadi PENJAGA WANITA bukan PEROSAK"

lelaki : bantulah wanita menjadi solehah dengan melindungi bukan mempermainkan hati. terima kasih kerana memebantu memelihara kehormatan mawar-mawar agama yang ada

perempuan : binalah peribadi. tetapkan hati. Jangan takut memiliki prinsip. Letakkan syarat dalam perhubungan. Mereka tak setia? mencari yang lain, sebelum sempat berkahwin? TAHNIAH. Biarkan mereka pergi. Itu tanda mereka bukanlah golongan setia. lebih baik putus sekarang, daripada putus saat kita memberi sepenuhnya & seluruh hati, tapi mereka curang. Alhamdulillah.

0h muslimah. binalah prinsip & ketegasanmu. moga redha Allah sentiasa bersama pilihan kalian.
~ J0m! mujahadah ala nafs. (buat semua masyarakat. bukan muslimat sahaja :) )

>semua kerana sayang ♥ <
Perkongsian dr fb Khazinatul Asrar

Thursday, May 2, 2013

home + exam..:)


Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah.. moga dlm keadaan sihat selalu..home sweet home to me..alhamdulillah selamat juga tiba d teratak yg sentiasa dirindui petang semalam setelah menempuhi perjalanan yg jauh lagi mencabar..[opss mncabar ke, heee xtaula]..brtemu dgn parents menenangkan jiwa yg tgh serabut fkirkn exam..hee [yela tu kn]..tpi btul la, ckap dalam telefon dgn parents xsama apabila ckap face to face dgn parents ye…kn3..so happy sgt bila dpt blik rumah..sebulan berlalu dgn kesibukan yg amat sgt..mnjalankn tugas sbgai seorg pelajar..tiap2 mngu ada shja program..fuh, penat tp pengalaman yg dpt sgt brguna utk bakal2 guru sprt sy..yakinlah, hanya dengan pertolongan Allah, kita jadi kuat utk mnghadapi segalanya..syukur3..
next week da study week, bwak bku+krtas2 nak study..in sya Allah lps update ni nk study..moga dprmudahkan sgalanya..amin..sahabat sperjuangan ipg msti tgh berjuang utk final exam..moga sgala urusan kalian juga dprmudahkan..:)) setiap kali balik rumah ada je aktiviti yg perlu dibuat..sbb tu bila time nk exam ni, nk2 kat rumah pulak kn, so, ada ruang kosong je stdy..biar sekejap asalkan apa yg di study tu mantap dlm fikiran..heee.. 

rsenye stakat tu dulu story-mory sy..ada kesempatan nnt sy kongsikn lagi pngalaman sy atau apa sahaja…bittaufiq wannajah fil imtihan buat sahabat2 yg akn mmdduki peperiksaan..do d best..n bila study, niatkn kerana Allah dan ingin gunakan ilmu yg dipelajari smpai bila2..jgn niat utk exam shaja..=)


p/s-sy mohon maaf andai sy terkasar bahasa, maaf andai melukakan hati org tanpa disedari, maaf juga jika tidak dpt mnjadi sahabat yg baik, maaf klau sy tidak melakukan tugas dgn baik,..maaf atas segala-galanya..gudluck for exam, sy sentiasa mendoakan kejayaan kita brsama dan mohon doakan sy juga....in sya Allah..:D jom berjuang!!
home