^^,


Thursday, October 17, 2013

BIG 4 di Laguna Agro Resort (1)



assalamualaikum kalian.
Lama tak kongsi cerita kan..:P jadinya hari ni nak kongsi pengalaman berBIG di tepi laut Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu,..:D

’kan da masuk musim tengkujuh ni..nak pergi jugak ke?’

‘hmm pergila, kertas kerja pun da lulus, masa ni la nak merasa pengalaman berkhemah tepi laut, mengharungi situasi2 yang tidak dijangka..’ [dalam hati, timbul jua perasaan risau itu namun ditepis tepi dan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja]
Setiap sem wajib BIG tapi dlm byk2 BIG, BIG sem ni paling best, sempoi, seronok n awesome! Kenapa?? Sebabnya akan diceritakan sebentar lagi….heee sebelum tu nak kongsi pengalaman menjadi ketua ajk makanan..bukan mudah nak uruskan makanan untuk 72 orang pelajar bagi 3 hari 2 malam. Walaupun pada perancangan awalnya, kami menempah makanan dengan pihak agro, namun setelah perbincangan dibuat bersama pensyarah pengiring, hanya makanan siang yang akan ditempah..yela, sebab dari pagi sampai petang ada aktiviti, xsempat nak masak..huhu makanan malam pula kita akan masak..bermula saat dpt tahu kena masak..kepala da mula pening sebab bila kita nak masak, kena fikir banyak perkara…nak masak apa, bahan2 masakan apa, peralatan apa kena bawa, makanan sampingan apa, air nak buat atau beli dan macam2 la..tapi itu la dinamakan pengalaman, kalau tidak, tak merasa nak uruskan semua2 ni…^^^^, oke, sekarang jom kita menyelusuri pengalaman saya sepanjang berBIG dan menguruskan makanan di laguna..^_^
Hari pertama: pagi2 lagi sudah bersiap untuk uruskan makanan yg da ditempah dan akan diambil, beli ais, LO dan sewaktu dgnnya..kawan2 lain tak siap lagi, kita da siap2..alhamdulillah, semua dipermudahkan..walaupun pagi itu agak kelam kabut…hehe zikir penenang jiwa, metenteramkan diri yg gundah..selesai uruskan makanan pagi dan tengah hari, ambil roti dan ais, diri mendapat panggilan untuk segera ke bahagian peralatan memasak..semakan peralatan dibuat agar tiada yang tertinggal..ketika itu bas dah sampai, beg2 ku diserahkan kepada rakan2 untuk diangkut dalam bas..selesai hal peralatan, masuk bus dan bersedia untuk bergerak..ambil ayam dan bahan2 masakan di suatu gudang..penat tp tanggungjawab sy..sy kena lakukannya dgn baik..-smile- sampai2 di jeti, hari panas terik namun sy kuatkan hati untuk uruskan apa2 yg perlu..sampai d tapak prkhemahan, terus fikir hal masakan, dapur kat mana, makanan sampingan kt mana, nak bagi masa bila..banyak perkara kena fikir..emosi mula tidak terkawal tp dikawal juga sebaik mungkin..apa sy buat nak kawal semua tu? Ye, senyum+zikir=moga Allah kuatkan sy..=) dlm masa yg sama juga sy cuba utk bantu kawan sekhemah sy dirikan khemah..bila dipanggil utk makanan, bergegas pula ke dapur..nampak da kelam kabut kat situ..hehe macam tu la agaknya tugas qm makanan sebelum2 ni..petang itu, aktiviti kami membersihkan kawasan pantai..tapi saya tak join sangat sebab kena urus untuk makan malam, bersama dengan beberapa ajk makanan yg bertugas..selesai masak, kawan2 pun da siap bersihkan pantai, kami pun berkumpul dan … 1 kejadian yang disangka akan berlaku iaitu RIBUT…hampir jam 6 petang, kami semua terpegun meliha awan gelap yg berarak semakin menghampiri kami diiringi dengan hujan lebat ++ angin kencang…masa tu, hanya fikir khemah, barang2 dalam khemah,.dan kami dapat arahan untuk kemaskan khemah dan cabut semua khemah yag diapasang..sebabnya sudah ada khemah yang patah..waktu tu boleh lagi saya dan rakan sekhemah lambat2 kemaskan barang,.yela, kami dapat arahan paling akhir gara2 khemah kami antara yang paling hujung..dalam sekelip mata, kawasan khemah lengang, kosong seperti baru mula2 sampai tadi..masa tu baru la terfikir, macam mana nak tidur malam ni..tidur je la kat mana2, nama pun camping kan..heeeee

Back to kitchen, we ready to eat..perut masing2 da lapar, jadi sy pun kedapur uruskan mana yg patut..lauknya ayam merah BIG+nasi putih+timun+air oren..terima kasih yang sudi membantu dan menghulurkan tangan secara sukarela..qm makanan makan x? makan sikit, sekadar menjamah dan dipaksan oleh clasmates..hee makan tu pun berkongsi pinggan dengan sorang lagi classmate yg nak makan sikit juga..kebiasaannya gitulah, orang duduk dapur, memasak, dia xkan rasa nak makan sangat, melihat kawan2 dia makan pun dah terasa kenyang..erk? gitu eh? Yela, cuba tengok mak kita, bila dia masak, lama lepas tu baru makan..betul x?? selepas isya’, sy dapat arahan utk buat air panas, teh panas untuk kawan2 yang pasangkan khemah guna flying sheet semasa hujan lebat antara maghrib-isya’ tadi..ya Allah, kesian kat mereka…nasib baik ada biskut tawar untuk cicah2 dengan air teh…dan rasa nak ketawa bila ingat balik, kami masuk tidur jam 9.30 malam! Tak pernah saya g kem tidur awal macam tu..hehe nasib baik saya baring paling hujung dalam khemah panjang tu jadi saya bangun semula, pergi kat dapur, tengok apa la yang dieorang buat kat dapur..masa tu rasa kesian kat dieorang, lapar rupanya..aduii, layankan jugak beberapa orang yang datang dapur, nak air, nak biskut sambil2 kemas mana yang patut dan bual2 dengan orang2 yang ada kat situ…terima kasih semua..jam 11 malam, baru masuk tidur…masa tu tengok classmate da nyenyak tidur..terus baca doa dan tidur dalam kesejukan…macam tidur dalam aircond tapi aircond ni yang paling natural…

Next entry, sy akan sambung pengalaman hari kedua dan ketiga..macam dah panjang sangat entry ni..heee..=)

Thursday, September 19, 2013

Teaching PE



assalamualaikum..
rajin pula nak update blog minggu ni kan..Cuma nak kongsi pengalaman bermikro teaching bersama murid tahun 2 SKTeaching School, KT.. pengajaran ini melibatkan 30% markah assginments..tiada exam seperti yang saya terangkan pada entry sebelum ni.. kiranya saya dan ahli kumpulan mesti buat betul2..jika dibandingkan dgn pre-mikro teaching sebelum ni, pengajaran yang sebenar ini lebih baik tapi xcukup baik jika dibandingkan dengan kumpula lain,.dukacitanya, kumpulan saya diberi peluang utk mengajar semula atau tidak atas sebab yg paling utama ialah class management. Jadinya, kami befikir, membuat refleksi dan ambil keputusan untuk buat semula..sekurang2nya jika dapat markah tinggi sikit dari sebelum ni, Alhamdulillah..lebih baik ambil peluang yg ada daripada membiarkan ia berlalu kerna peluang itu datang tanpa dipinta..:)
walaupun kena mengulang, tapi bila sesi pengajaran itu sedang berlaku, happy sangat dapat mengajar buadak2 tu..p kadang2 tu naik suara jugak sebab diaorang tak dengar cakap..mana tidaknya, padang kan luas, tinggi kan suara mcm mana sekali pun, pensyarah tetap cakap, “xcukup tinggi lagi suara tu.”adoi, pening kepala fikir macam mana nak tinggi kan lagi suara…hhuhuhu in sya Allah I’ll try best,nasib ada wisel, sgt2 membantu..doakan saya ye kawan2..seorang guru PE perlu ada wisel..yes..PE is fun but sometimes it can make me stress..nak mengajar apa, permainan apa nak main, cara pengajaran apa nak guna, semua mempengaruhi kelas kita..so, to be a PE teacher is not easy..=)

dan saya yakin, Allah bersama saya ketika pengajaran,.walaupun masa xcukup sebab mula lambat atas sebab2 tertentu, tapi kami dapat habiskan semua aktiviti kami dengan baik. Walaupun aktiviti yang dimainkan hanya sekejap sahaja. Alhamdulillah..^^ sebab saya rasa tenang, tidak kelam kabut semasa menguruskan kelas bersama ahli kumpulan..dan in sya Allah zikir2 sentiasa dialunkan bila ada kelapangan walaupun sekejap utk tenangkn diri..[peace ^-*] dan bila tengok semula video yang dirakam, rasa macam kelakar je..macam ni ke saya jdi cikgu..hehe  apa2 pn, terima kasih banyak2 kepada rakan sekelas yang membantu secara langsung atau tak, pensyarah pembimbing yang sentiasa memberikan kata2 semangat untuk kami buat yang terbaik dan juga papa&ibu saya yang mendorong dan mendoakan saya..moga Allah memberikan yang terbaik buat semua..terimaksih juga buat murid2 tahun 2P yang memberikan kerjasama yang baik..dan goodluck untuk rakan2 yang akan mengajar nextweek..do your best..:DD and pray for us too..

Monday, September 16, 2013

Klik2!


=)


assalamualaikum
tugasan2 subjek hampir selesai..tinggal beberapa tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar dalam masa terdekat ni..antaranya, gambar2 semasa sesi fotografi, tugasan RPH PJ + mikro teaching = markahnya 100% [yg ni memang kena buat betul2, no exam for this paper starting from this sem, berdebarnya bila nak mengajar nanti..ya Allah, permudahkan urusan kami..tugasan projek iaitu kalkulus yg akan dihantar hjung bulan ni [dah mula untuk mencari bahan2 bacaan utk tugasan ni]..tugasan sebagai ketua AJK makanan bagi program BIG yg akan diadakan di Setiu, Terengganu [uruskan borang LO je setakat ni, heee]..dan yang paling penting dan diutamakan adalah tugasan kita sebagai hamba-Nya..”manusia dijadikan untuk beribadat kepada Allah.” Jadi, niatkan dalam diri kita, setiap perkara yang kita laksanakan Lillahi Ta’ala..ikhlaskan diri, betulkan niat, lakukan dengan sabar dan tenang..mudah-mudahan dapat hasil yang baik..=)

sesi fotografi untuk sesi amali subjek Teknologi Pendidikan berjalan dengan lancar. Diadakan di Waterfront, Kuala Terengganu. Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan tugasan mengambil gambar pemandangan di sekitar waterfront menggunakan kamera d*** .. bersyukur kerana dikurniakan minat dalam fotografi walaupun minat yang tak mendalam sangat..heee tapi dengan minat yang ada itu, saya dapat mencungkil lagi bakat yang ada, in sya Allah..selesai sesi fotografi, kami perlu mengedit gambar2 yang terpilih untuk dihantar kepada pensyarah subjek..terima kasih encik sebab beri tunjuk ajar kat kami, sabar melayan karenah2 kami…:P dan terima kasih jemput kami datang rumah untuk tengok baby baru dan kenal2 dengan keluarga encik…comel sangat..heee
okelah, setakat itu dulu perkongsian saya..nak buat tugasan untuk subjek pengakap iaitu menyiapkan nota2 dalam buku log..[ada siapa2 nak tlong x?] dan tugasan buat video dokumentasi perkhemahan UB as carry mark for our class in subject TP…sy mohon maaf kalau ada tersilap kata..teguran daripada sahabat2 amat dialu-alukan..jzkk ^_____^ 
p/s-gambar2 yg dikongsikan adalah antara hasil fotografi sy..^^,
taman permainan di WaterFront, KT


Saturday, September 7, 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM JULAI 2013



Assalamualaikum..
Baru pulang dari perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu..pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan..alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..penat jangan dikata tapi apa yang berlaku di sana banyak manfaatnnya..^^, entah bila pula dapat join perkhemahan sebagai pelajar lagi kan..mungkin lepas ni, saya yang kena conduct bila kat sekolah nanti..:) jadual perkhemahan tidaklah begitu padat..simple n sempoi..boleh rileks2 lagi..tapi bagi saya, masa ni la kita nak kenal2 dengan ahli kem yang lain..terutamanya bila memasak..kita bekerjasama untuk masak yang terbaik buat sahabat kem semua..terima kasih kpd sekawan saya dan lain yang beri kepercayaan kepada saya untuk tolong memasak makanan malam [hari pertama tiba], serta makanan tengah hari dan malam [hari kedua]..memang ada jadual yang disediakan tapi telah berlaku penukaran jadual bertugas atas sebab2 tertentu..kalau ikutkan, penat jugak dan kalau boleh nak kawan2 lain join waktu memasak tu bila perlu tapi tiada yang sukarela..bila dapat kepercayaan daripada kawan2 lain, in sya Allah saya cuba buat yang terbaik untuk hari kedua tu walaupun penat..tapi seronok sebenarnya duduk dapur..banyak perkara kita boleh belajar..berkongsi ilmu masakan dengan kawan-kawan yang bertugas masa tu terutama dari kawan-kawan lelaki (ops, batasan jgn lupa jaga oke..:) ) ..banyak jugak ilmu masakan dieorang..heeee terima kasih atas segala perlongsian..in sya Allah, ingat dan akan diamalkan..=))
        Bagi aktiviti kumpulan pula, kami berperah idea untuk hasilkan yang terbaik walaupun bukan terbaik..:) ya, masa ini kita belajar,.salah takpe..kita belajar untuk buat yang lebih baik..waktu aktiviti ni xperlu stress2..semuanya buat suka2..:DD bagi UB pengakap, kami byk ceramah tapi ceramah kami simple..diselang seli dengan nyanyian lagu pengakap, waktu ceramah tidak berasa bosan dan mengantuk..best sangat..pensyarah2 yang sporting dan sempoi..^^ terima kasih banyak2 atas tunjukajar..
         Ini sahaja perkongsian perkhemahan UB saya..banyak lagi pengalaman2 + kenangan2 pahit manis lain, tapi biarlah ia tersemat di kotak memori saya..:D lepas ini akan ada 1 lagi perkhemahan iaitu perkhemahan BIG di Setiu, Terengganu. Moga dipermudahkan urusan kami menguruskan BIG ini..amiinn..


p/s- saya mohon maaf jika sepanjang perkhemahan ini, saya terkasar bahasa, termarah, mengarah sesuatu ke, membuat korang terasa hati ke, menegur ke…maaf sangat2 sebab semua tu berlaku tanpa dipinta..xde niat di hati nak buatkan korang terasa hati atau nak hilangkan mood korang ke apa..andai saya salah, tegurlah saya juga kerana saya juga memerlukan teguran daripada kawan-kawan semua..terimakasih kpd kawan2 pengakap saya..anda memang terbaik.. cogan kami “Buat Habis Baik!!” :DDD

Sunday, September 1, 2013

homesick lagi




assalamualaikum,
Seperti tajuk di atas, saya homesick lgi..haha.walaupun baru je lepas jumpa parents, tapi rasa rindu cepat sangat datang..heeee...yelah, orang lain balik, kita duduk la dekat asrama ni..menunggu parents datang..alhamdulillah, dapat jugak siapkan assignments yang perlu dihantar minggu ni. Bila parents sampai, tak ingat dah assignments..(boleh tak lupakan kejap)..huhu seminggu kat sini macam dah lama je, mungkin dengan keadaan diri yang tak berapa sihat lagi bertambah dengan homesick bertambah dengan tugasan2, dan kem2 lagi..
Oke, fine, saya tak de la sampai menangis depan kawan2, cover2 sikit ye..huhuhu tapi bila salam, peluk cium parents sebelum nak balik, ya, bergenang juga air mata..T-T tapi saya selalu ingatkan diri saya, kalau kita rindukan parents kita, adikberadik kita, then kita berbicara dengan Allah, in sya Allah, Dia akan sampaikan perasaan rindu tu dekat orang yang kita tengah rindu.. tak pernah cuba? Cubalah..heee sama juga, dengan sahabat2 baik, kalau teringat tu, tak lama lepas2 tu, mesti dapat mesej or call..[ops, PERINGATAN! Hanya family dan sahabat2 wanita sahaja,. Yang bukan mahram tu jangan buat ye..] yang penting, berdoa pada Allah, in sya Allah Allah akan gantikan rindu kita tu dengan sesuatu yang baik..rindu itu tidak salah tapi perlu berpada2..selalulah Tanya khabar ibubapa kita..sesibuk mana pun kita, kalau tak sempat call, mesej..ibubapa kita sentiasa mengharapkan khabar daripada kita..jangan tunggu sampai mereka yang call kita..rindu itu mengeratkan tali kekeluargaan..oke…sampai sini dulu..^^,


p/s-jom amalkan lagu zikir di blog saya ni..mudah2an tenang hati, dibukakan pintu rezeki dan dipermudahkan urusan.