^^,


Monday, June 23, 2014

Rindu Kamu



Assalamualaikum
Amboiii, tajuk entry…rindu kat sape la tu..hehe
Ehem2, sape rasa agak2 diri dia tu sedang merindui dan dirindui…haaa
Okay, bila cakap pasal rindu je, mula la ingat rindu kat someone special ke apa kan..
Tapi entry kali ni umum..rindu buat sahabat terutamanya..
Apa perlu buat bila rindu?
Berdoalah. Mudah2an rindu kita itu sampai kepada orang itu.
Lagi? Bersabarlah, kerna ia kurniaan dari Allah. Setiap orang dikurniakan rasa itu. Salurkan rasa itu kpd yang sepatutnya.^^, 
Kalau parent, parent la.. kalau sahabat, sahabatlah.. hmm ada yang tanya, kalau pada lelaki yg bukan jadi mahram kita lagi? Mungkin maksudnya pada bakal zauj dia ke? Yang ni, jom sama2 kita buat research, tanya pada yang lebih tahu..
Nak lagi? Kuatkan diri. Kerna Allah nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan. Rindu itu nikmat. Saling menghulurkan doa tanpa diketahui untuk sama2 terus kuat hati dan tali persahabatan.


Sungguh aku rindu saat itu. Saat berkongsi suka dan duka. Moga dengan masa yang ada ini, diberi kesempatan untuk bertemu dengannya lagi. Walaupun sebentar cuma. Ya, aku malu. Seringkali aku mengelak untuk bertemu mahupun terserempak. Begitu juga dia. Andainya dia membaca entry ini, bukan salah kamu semua ini terjadi..diri ini yang mengundur diri terlebih dahulu sehingga menjauhkan hubungan ini.. Ketahuilah, masing2 mempunyai alasan sendiri kenapa sering mengelak. Masing2 takut untuk bertemu. Maafkan diri ini sis. Maafkan juga kerna ku xmampu untuk membalas mesej2 darimu. Sungguh aku tidak kuat.
Kerinduan itu adakalanya muncul di kala diri ini keseorangan. Moga dapat sibukkan diri dengan apa jua perkara atau kerja, supaya boleh ku tepis rasa rindu itu seketika. Jom, tingkat semangat. Fokus study! Untuk dapatkan yang terbaik, kita kena menjadi antara yang terbaik dulu. Ayuh perbaiki diri!


note: dan kamu, ye kamu, kamu, kamu dan kamu...sungguh aku rindu..[peace : n_n]

Sunday, June 22, 2014

New Entry for Sem 6



Assalamualaikum
Kembali mengaktifkan blog..yeayy
Alhamdulillah selamat tiba di IPG semalam.
Terima kasih teman konvoi, K.pikah & Hani. Walaupun sy drive sorang2..huhu
First time drive sorang2 balik ganu..fuhh!
Terima kasih adik bongsu yang menemani selama 10 minit perjalanan. Owh, bergayut telefon dengan adik. Nasib baik atas highway da. Heee
Terima kasih papa&ibu kerana doakan kelancaran perjalanan kami dan  beri keyakinan pada saya untuk drive sorang..hee
Terima kasih juga pada sahabat2 yang saling mendoakan perjalanan kita semua agar selamat sampai.
Dan terima kasih jugak la pada sesiapa2 yang terlibat sekali, yang hantar mesej pun..^^,
Kembali ke IPG, mula merasakan sedikit kekosongan dan kesedihan sebab bila kat rumah macam2 boleh buat kan, terutama tolong parents kita dan dapat tengok wajah parent kita setiap hari. Ehh pahala tau wajah parent..haa lepas ni jangan la jemu tengok wajah parent yee… sampai2 maktab, tengah kemas2 barang terdetik di hati nak kol ibu..jadi bergayut telefon juga lah dengan ibu n papa jap…hee eh2, baru sampai dah calling..ye la..cuti selama sebulan sedikit memberi kesan pada diri ni…hehe
Kek2 ni la pengubat rindu saya..jemput tengok je ye..dan juga Mr.B ni..:P



my Mr.B..:P

Yes. Actually, I very2 miss them. Simpan dalam hati sorang2. Taknak mengaku depan dieorang…Heee
 Bila rindu, maka berdoalah, moga Allah sampaikan rasa rindu tu pada mereka. Saya selalu buat ni dan memang jadi pun. Nanti tak lama lepas tu ada la parent call. Kalau sy rindu sahabat baik saya, saya berdoa moga Allah sampaikan rindu saya pada dia dan lepas tu saya akan mesej die Tanya khabar dan selang dua tiga hari die akan call. “Sahabat, moga kau kuat disana, bittaufiq wannajah untuk exam tak lama lagi. Aku sentiasa doakan kau. Dan doakan untuk aku juga. Moga diberi kesempatan untuk berjumpa lagi..:D” (miss all my bff so much)


Memulakan semester 6 dengan azam baru. In sya Allah. Banyak perkara perlu difikirkan dan difokuskan. Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara. Moga segala urusan ku dipermudahkan. :D
Akan berpraktikum selama dua bulan bermula 15 Ramadhan nnt. Moga praktikum kali ini juga bertambah baik. Moga diri ini lebih komitmen dalam menjalankan tugas sebagai bakal guru. Moga terus kuat untuk berjuang di medan pendidikan yang banyak cabarannya.

Okla, xtau nak citer apa..makin menaip nanti makin sayu hati teringat mereka..da la sambil melayan lagu instrumental kat blog ni…huhu  Dann…yee…moga diri ini terus kuat untuk meghadapi cabaran semester 6 ni..

Be Strong



Assalamualaikum



Kita seringkali diuji dengan ujian hati. Kadang kita kuat hadapi semua yang terjadi. Tapi kadangnya, kita lemah, jatuh untuk menghadapi semua ni.
Kita kuat dihadapan mereka. Tapi dibelakang mereka, kita lemah.
 Kita gembira dengan mereka, tapi bila bersendirian kita menangis.
Ya, menangislah jika ia mampu membuatmu lega. Menangislah jika ia mampu membuatmu tenang. Menangislah jika ia membuatmu mampu melupakan seketika masalah mu. Allah ada sentiasa di sisi. Mengadulah pada-Nya.
Tak salah juga mencari seseorang sahabat, untuk tenangkan hati kita. Sahabat yang sentiasa ada untuk memberi bahunya kpd kita untuk lepaskan apa yang terbuku dihati..
Semoga diri kita terus kuat dan kuat untuk bermujahadah di jalan-Nya.
Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya nanti.
Doakan diri ini juga terus kuat untuk hadapi situasi seperti ini.
Terimakasih sahabat, kerana sentiasa ada untukku..^^,
Syukur ya Allah, kerana sentiasa ada dan memberiku kekuatan..


Friday, June 13, 2014

-Cerita Cuti Sem-



Bismillah..Aassalamualaikum..

Sepi blog ni sesepi tuannya jugak..hehe kita cuti maka blog pun cuti..
But today, meh la kita story2 sikit apa yang saya buat masa cuti ni..ya, sekadar berkongsi cerita, manalah tau kut2 boleh dapat idea nak buat macam saya cuti akan datang…heee

 Minggu first cuti, xde apa yang dibuat sangat..just rileks2, kemas barang2 yang bawa balik (macam xnak balik maktab da..:P), kemas bilik, have fun with family n jalan2..

Minggu second, yes minggu ni jadi babysitter..eh xde la babysitter sangat pun..jaga seorang  sepupu darjah dua yang nak duduk rumah saya. kira besar la da darjah dua…heee bagi saya, mencabar jugak la nak jaga budak ni..mana tak nye, kita ni da lama tak jaga budak kecik2 gitu..lepas tu kena jaga seminggu..bdak ni sangatlah kuat menyakat saya dan adik2 but its ok..budak2 kan..at least, ceria, bising jugak lah rumah ni seminggu tu dengan kehadiran si afiq ni..oh ye nama sepupu ni Afiq…hehe my parent also happy dengan keletah die..kiteorang pun kuat jugak la menyakat die..mujurlah bukan jenis yang cepat menangis, cepat merajuk ke..bila suruh buat latihan math, ada je alasan die nak buat benda lain tapi die buat jugaklah kejap..dalam 5 minit lepas tu, main…ish2..nasib baik jenis dengar kata…:D yup, will miss him..dua tiga hari lepas die balik, terasa sunyi la jugak rumah..ye la, adik bongsu pun da balik hostel,..hee xpe, cuti sekolah next time datang lagi ye.. minggu ni jugak duk buat keju pelangi, maka main2 la kitaorang buat macam2 bentuk..gara2 sebab acuan die xde.jadi buat la bentuk sesuka hati...ehh, main2 pun, masuk mulut jugak biskut tu…hee sedapp…

my czn, Afiq
my friends in car..^^
main2 buat biskut pelangi
Dan hujung minggu ni juga, memenuhi jemputan walimah sahabat papa dan jiran depan rumah..dua kenduri..melapangkan diri untuk ikut parent pergi kenduri..mudah-mudahan ada berkatnya..heee


Minggu third..minggu mengasah bakat..hehe minggu ni saya terlebih rajin la plak nak belajar semperit..ye la, kuih yang wajib ada setiap kali raya..our family favorite..weee  Alhamdulillah, first try jadi tapi not perfect yet..da buat kena lah bagi bos @ papa rasa dulu kan..so dapat lah beberapa komen yang memberangsangkan..ya, I take the comments to improve my semperit next time..^^, tq for the comment.. next, I baked  ‘kek belang’ or I should call it ‘kek pelangi’..alhamdulillah menjadi..sedap tapi still xkena dengan tekak papa..ye la, first try juga buat tanpa ibu tolong..xempukla, tak menariklah..alaa, makan je la janji sedap…heee xempuk? Rasa lama dah putar sampai kembang…tak menarik? Haa yang ni setuju sebab warna memang tak menarik..salah teknik letak warna…xpe2, we’ll improve it next time..heeee
Dann..apa2 yang saya dan adik buat sekarang ni mesti papa n ibu akan kaitkan dengan masa depan..bak kata papa macam ni, “papa komen2 ni bukan apa, nanti awk nak buat untuk suami, untuk keluarga belah2 sana, da pandai, da sedap…mula2 ni papa komen la dulu, awak baiki la mana2 yang tak ok lgi, kann..nanti da biasa buat haa sedap la jadinya..” haa gitulah, jadi kami pun ‘erkk..oke papa’..hehe

-resepi turun temurun for Semperit-
-resepi turun temurun for kek pelangi-
da siap..tapi salah teknik letak lapis2 tu..hee
Oke, cadangan for next resipi, nak buat pudding trifle for second time for my mom..sebelum ni buat utk pihak sekolah masa praktikum hari tu..kali ni buat untuk mom la plak..hee biarlah hanya saya dan ibu je makan,…nyummy2..
 
tadaaa...puding trifle..
And next week, we’ll do chocolate cake sebab nak bawak balik maktab..makan2 dengan kawan2 sebelum puasa..

 Ginilah, bila lama menyepi, sekali tulis entry panjang berjela, entah apa la yang dicelotehkan..heee apa2 pun moga ada manfaatnya..practice it to make it perfect..

 Selamat Mencuba!