^^,


Saturday, January 10, 2015

^^,



Assalamualaikum
Sebulan menyepi. Bukan kerna malas meng’update’ tetapi kerna hal-hal yang perlu diutamakan. Hal keluarga semestinya. Ya, keluarga yang perlu diutamakan. Tanpa mereka siapalah kita. :)
Selagi upaya kita untuk berbakti kepada orang tua kita, maka teruslah berbakti tanpa rasa jemu, letih dan lelah. Kerna mereka tidak pernah lelah dalam membesarkan kita. Jika mereka sanggup buat apa sahaja untuk kita, apa salahnya, kita juga ada rasa yang sama, sanggup buat apa sahaja untuk menyenangkan dan menggembirakan mereka. Jagalah hati ibu bapa sebaik mungkin.

Kembali ke IPG. Tahun ni dah tahun akhir rupanya. Ku rasakan masa semakin pantas berlalu. Teringat kembali ketika baru mendaftarkan diri di ipg, berada di tahun pertama semester satu, ku bermonolog sendri, ‘lamanya belajar kat sini. Sempat tak agaknya untuk habiskan 5 tahun setengah? Setiap kali exam nanti lepas tak untuk ke sem seterusnya? ‘ Dan pelbagai persoalan lain yang timbul. Dan kini, Alhamdulillah setelah 4 tahun setengah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam dunia sebagai guru pelatih, tinggal setahun je lagi. Senior2 kata, tahun akhir paling sibuk, dengan praktikum 3 bulan, AR, tesis dan mcm2 tugasan lagi. Moga segala urusan kita dipermudahkan. moga apa yang dikehendaki tercapai. ^^,


Terasa ingin menaip lagi meluahkan sesuatu tapi apakan daya tidak mampu diluahkan disini. Biarlah ia bermain di fikiran saja.

Esok hari pertama kuliah. Moga terus diberikan semangat dan kekuatan untuk berjuang di medan ilmu ini. :D

Thursday, December 11, 2014

Baby Comel..:)

Assalamualaikum.. 

Situasi di pasar tani lebih kurang jam 6 pm. baru berhenti di sebuah gerai sebab nak beli makanan, terasa belakang badanku dicuit seseorang. Ya, dicuit sahabat lama yang sudah lama tak jumpa. Last jumpa, masa sahabat ni tengah pregnant. dan sekarang jumpa dah pegang baby. tahniah awak n husband. suka tengok awak tadi. Happy je.. dah jadi mak orang dah. Habis pantang sehari dah berjalan dah..bosan eh duk rumah...hehe Pape pn dengan kehadiran cahaya mata menambahkn lagi kebahagiaan dalam keluarga. Nanti Aunty Farah datang rumah bawak hadiah ye maryam..:D (terasa tua klau makcik farah, so aunty nmpk muda skit..:P)

Bingkisan hari ni khas buat baby comel, Maryam Dalilah. Dah lama kepingin nak jumpa, bercadang nak datang rumah bila berkesempatan minggu depan..tup2..jumpa jugak tadi kat pasar tani plak tu..heee btw, u're sooo cuteee.. N thanks tkah sebab cuit tadi kalau tak memang tak perasan pun awak tadi..dapat pegang pipi pn jadilah..bimbang ganggu tidur, nampak nyenyak sangat..heee nanti kita jumpa ye..:D

ni dia...^^,
sory tikah amik gambar tanpa kebenaran...comel sangat anak awak ni...hehe

Monday, December 8, 2014

Congartes!



Assalamualaikum
Bingkisan kali ni untuk sampaikan ucapan kepada kenalan2 mahupun sahabat2 yang sedang mengecapi bahagia..:D
Eh jap, tuan blog ni tak mengecapi bahagia ke? Heee…Alhamdulillah bahagia sangat dah dengan kehidupan sekarang ni..walaupun sederhana tapi bahagia..syukur sangat2 atas segala kurniaan-Nya.
Ok2 back to the topic,
First, nak ucap tahniah3 kepada kenalan2 juga sahabat2 yang sudah mendirikan masjid cuti ni. Barakallahu lakuma, wa Baraka  ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair ( maksud: semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan). Semoga kalian menjalani kehidupan berumahtangga dengan penuh mawaddah, sakinah dan warahmah. In sya Allah.


Second, nak ucap congratulations kat sahabat2 yang baru menimang cahaya mata. Seronok tengok dieorang. Dah jadi mak2 ayah2 da..heee semoga anak dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah serta menambah seri dalam keluarga. Dan moga sahabat2 saya menjadi ayah dan ibu yang terbaik buat anak2 mereka. In sya Allah. 

they're so cute..:P

Doakan saya juga..:D

Thursday, December 4, 2014

I'm Back



Assalamualaikum
Kembali bersua setelah lama mendiamkan diri. Kembali cuba untuk mengaktifkan blog setelah lama deactivekan blog ni. Kembali berkarya untuk berkongsi sesuatu..:)
Last update blog sebelum mula berpraktikum fasa II. Sibuk dengan urusan praktikum. Tamat praktikum bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Selesai tugasan fokus pada peperiksaan akhir semester. Dan kini sedang cuti semester.
Cuti kali ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Kerna sepanjang semester boleh bilang berapa kali je diri ini pulang. Dan bila da betul2 cuti ni, luangkan masa dengan papa, ibu dan adik. Curahkan bakti pada parent. Masa cuti ni la kita tolong parent uruskan hal2 rumah. Berkongsi cerita dengan mereka. Seronoknya rasa itu. Nanti bila kembali ke ipg pasti ku merindui saat manis itu. :D
Alhamdulillah, praktikum fasa II dapat dilaksanakan dengan baik walaupun pelbagai dugaan menimpa. Berpraktikum bersama dua lagi sahabat yang sentiasa ada untuk diri ini kuat menghadapi suasana sekelilingku terutamanya ketika berhadapan dengan kerenah murid yang pelbagai. Tq korang..^_^ Dan prkatikum III juga akan bersama mereka. Moga segala urusan kita dipermudahkan nanti. Moga praktikum akhir ini juga adalah praktikum terbaik kita sebelum menempuh alam perguruan yang sebenar nanti.
Sampai sini dulu kita berceloteh. Nanti kita sambung lagi..:)
-Happy holidays & have a nice days-

Sunday, October 12, 2014

cara untuk terus kuat

"Nur ada satu habit sejak dari dahulu, bilamana nur rasa tersangat sedih,lemah,kecewa, dan sewaktu dengannya dan ketika itu solat dan pengajian Al Quran pun tidak mampu diberi fokus yang sewajarnya, nur akan lakukan perkara ini.(ini untuk tahap yang kritikal.kalau biasa-biasa, biasanya nur hanya akan melakukan solat sunat,tahajud dan perbanyakkan mengaji al quran)

Selepas selesai solat dan berdoa, nur akan rebah di sejadah. Nur yang berbadan panjang ni akan berusaha mengecilkan badan supaya muat-muat di atas sejadah tu. Masa tu nur akan luahkan dan mengadu semua benda yang nur rasa pada Allah walaupun mulut tidak dibuka. Ini kerana nur merasakan sejadah itu sangat menyenangkan dan nur rasa seperti sedang didakap oleh pelukan seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya dan nur tahu itulah dakapan kasih sayang Nya yang sangat menyayangi nur.

Sesi luahan itu berterusan bersama air mata sehinggalah nur tertidur dalam dakapan kasih sayang Nya. Dan apabila nur tersedar dari tidur yang sekejap itu, nur akan rasa seakan tenaga dan semangat nur telah dipulihkan dan dirawat. Allahu Allah. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang berlaku kepada hamba Mu. Dakaplah aku sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Mu. Allahumma aaminn.

Ramai yang bertanya pada nur akan tips untuk menjadi kuat dalam menghadapi dugaan dan ujian. InsyaAllah inilah cara yang nur amalkan selama ini. Moga bermanfaat. J

Nur dan kamu semua hanyalah hamba. Sebagai seorang hamba sudah selayaknya kita diuji. Ada masa kita gembira ada masa pula kita bersedih. Itulah kehidupan. Tidak akan pernah ada rehat melainkan kerehatan yang sebenar selepas kita mati dan menemui Pencipta kita.

Bertabahlah duhai sahabat dan hati, kerana sesungguhnya ujian itu tanda cinta Allah kepada kita. Cinta menuntut kesabaran dan keyakinan. Cintanya kita kepada Allah menuntut pengorbanan dan pengertian yang lebih hebat dan kuat kerana yang kita cintai itu juga hebat. Bersabarlah kerana disebalik kesedihan itu tersimpan sejuta hikmah yang tidak kita ketahui dan tiadalah sesuatu itu berlaku melainkan Allah sedang memelihara kita dari sejuta keburukan yang tidak kita ketahui.


Senjata kita adalah doa. Doa,doa,doa dan teruskan berdoa. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kejujuran dan keilhlasan hati kita dalam memanjatkan doa kepada Nya pasti tidak akan disia-siakan. Sabarlah kerana Allah lebih tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk doa kita dimakbulkan. Teruskan berdoa dan dekatkan diri kepada Nya. insyaAllah. Wallahualam."

sumber : http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2014/10/random-post.html

Saturday, July 5, 2014

Second Week.



Assalamualaikum.
Seminggu telah memasuki bulan Ramadhan, bulan penuh barakah.
Seminggu berlalu dengan kesibukan kuliah.
Seminggu memikirkan perihal praktikum.
Seminggu ini juga menghadapi segala macam perkara.

Penat. Penat memikirkan sesuatu yang seringkali muncul di fikiran. Penat memikirkan situasi yang sedang berlaku sekarang ini. Penat memikirkan pelbagai persoalan yang timbul.

Tenang. Sandarkan rasa penat itu dengan berdoa memohon kekuatan daripada Allah. In sya Allah, kedamaian dan ketenangan kita dapat. Jika kita rasa gelisah taktala memikirkan masalah itu, segerakanlah berzikir. Carilah Allah, Dia sentiasa ada untuk kita. Jika kita ingin melakukan suatu pilihan, isthikarahlah, mohon petunjuk daripada-Nya.

Sibuk mana pun kita, Ibadah kepada Allah jangan lupa. Terutama di bulan puasa ni. Jom sama2 tingkatkan amalan kita..in sya Allah ^^,
Sibuk mana pun kita, sahabat jangan dilupa. Kerna mereka lah orang kedua yang sentiasa bersama kita, susah senang bersama selain ibu bapa kita. Terimakasih sahabat2 yang banyak membantu diri ini. Menguruskan perihal praktikum. Mendidik diri ini untuk lebih berfikiran terbuka dan sabar. Yes, senang kata to be professional lah. Jangan dicampur adukkan urusan kerja dengan peribadi. :D

Sibuk mana pun kita, kesihatan diri jangan diabaikan. Diri kita perlukan kasih sayang. Terimakasih sahabat sentiasa mengingatkan daku tentang kesihatan diri. Terimaksih jugak sentiasa ingatkan diri ini untuk makan.:P
Alhamdulillah, seminggu berpuasa ini, sama2 meraikan sahabat2. Seronok rasanya berukhuwah begini. Moga berkekalan hingga Jannah.
Walaupun agak sedih xdapat berpuasa dan berbuka juga bersahur di rumah bersama, ku tahu ada sebabnya tersendiri.
Ya, rindu untuk pulang ke rumah berjumpa papa n ibu. Rindu untuk bercerita, bergurau dengan mereka. Hampir setiap hari call or mesej. Nak pergi mana2 pun inform dulu kat parent. Miss them so much.

Seminggu ini juga berkesempatan untuk membelikan kek sahabat2 yang meraikan ulangtahun mereka. Sanah helwah to three of you. May Allah bless u always. Berkesempatan untuk melihat keindahan panorama ciptaan Allah. Subhanallah, cantik sangattt…suka tengok pemandangan gitu dan membuatkan diri ini berfikiran tentang kekuasaan Allah.
 

Alhamdulillah selesai urusan cari rumah praktikum. Terimakasih ibu n papa sama2 bantu beri kekuatan dan pendapat. Terimakasih sahabat2 yang sama2 bantu mencari rumah, memberi pendapat dan juga kekuatan.. In sya Allah, saya dan partner2 redha dengan keputusan ini. biarlah mahal sikit pun, asalkan kita selesa dan rumah tu beri kemudahan pada kita.^^, saya yakin ada lah tu Allah nak bagi kat mana2..biiznillah..Cuma kita tak nampak lagi..

** kuliah ganti di hari Sabtu.