^^,


Sunday, December 26, 2010

RENUNGAN BERSAMA 2 ...


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya. Beberapa bulan berlalu.

Ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. 

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima. Sungguh, bukan itu yg kuhajatkan. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan. Seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka. Apa makna semua ini??? Sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak. "Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah x mampu utk membelikannya. Sudah ayah, bukan al-Quran ni yang saya nak." katanya keras. Al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.

10 tahun berlalu, Si anak kini merupakan seorang yang berharta. Punyai syarikat sendiri. Dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu, dia tidak pernah menjenguk ayahnya sedang dia berkira2 sendiri. Telefonnya berdering. Dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yg menyimpan 1001  nostalgia dlm hidupnya. Hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya, al-Quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan2 langkahnya menuju ke situ, mengambil al-Quran itu. Membelek2-nya dengan penuh keharuan.

Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari al-quran itu. Segugus kunci. Di muka belakang al-quran itu sebuah sampul surat ternyata diselatipkan disitu. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya2. Nyata sekali di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya. Dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa utk putera kesayanganku.

Air mata si anak menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat... 

Sekadar renungan bersama:- Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

>>nasihat ini sekadar untuk berkongsi ilmu dan utk saling mengingati...


RENUNGAN BERSAMA..


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :-
>Tolong pergi kedai - RM1.00
>Tolong jaga adik - RM2.00
>Tolong buang sampah - RM1.00
>Tolong kemas bilik - RM2.00
>Tolong siram bunga - RM2.00
>Tolong sapu sampah - RM2.00

>JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

>Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
>Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
>Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
>Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
>Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

>JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada muka surat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"
Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

>Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Seorang Muslimah Itu....

 
Seorang Muslimah itu...
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
Lentur hati, telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya, dalamnya ada air,
Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
Ceritera hidupnya ...

Seorang Muslimah itu...
Hatinya penuh manja,
Penuh kasih sayang semuanya,
Cinta untuk diberi, kasih untuk dirasa,
Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah, atau kelemahan dunia...
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia,begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...

Seorang Muslimah itu ...
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini, dari indahnya Jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap nikmat-Nya...

Seorang Muslimah itu...
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
Tabah dan tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
Pengubat duka dan laranya...
Bijaksana ia,
Menyimpan lmu, si teman bicara,
Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama,
Kalamullah...

Seorang Muslimah itu...
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya Allah memuji ,
Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah, kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita...

Penegak agama dan penjulang fikrah,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda...
Bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan tegar melindung Khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya Khalifah rebah,
Syahid menyahut panggilan Allah...

Seorang Muslimah itu...
Perlu ada yang membela,
Agar ia terdidik jiwa,
Agar ia terpelihara dengan cinta Rabbnya,
Dengan rindu Rasulnya, dengan yakin Deennya,
Dengan teguh aqidahnya,
Dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga Rasul-Nya,
Dalam ketaatan penuh setia...
Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya...

Seorang Muslimah itu...
Melenturnya perlu kasih sayang,
Membentuknya perlu kebijaksanaan,
Kesabaran dan kemaafan,
Keyakinan dan penghargaan,
Tanpa jemu dan tanpa bosan,
Memimpin tangan, menunjuk jalan...

Seorang Muslimah itu...
Yang hidup di alaf ini, Muslimah akhir zaman,
Era hidup perlu berdikari...
Dirinya terancam dek fitnah,
Sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
Tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
Kerana dihambur ucapkata nista, Hanya kerana dunia memperdaya...

Kerana seorang Muslimah itu,
Yang hidup di zaman ini,
Perlu teguh kakinya,
Mantap iman mengunci jiwanya,
Dari lemah dan kalah,
Dalam pertarungan yang lama...
Dari rebah dan salah,
Dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
Dalam perjuangan menggapai cinta,
Nikmat hakiki seorang hamba,
Dari Allah yang menciptakan,
Dari Allah yang mengurniakan,
Seorang akhawat itu,
Anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang Muslimah itu...
Tinggallah di dunia, sebagai da'ieah dan mujahidah,
Pejuang ummah, anak ummi dan ayah,
Muslimah yang solehah, kelak jadi ibu,
Membentuk anak-anak ummah,
Rumahnya taman ilmu, taman budi dan ma'rifatullah...

Seorang Muslimah itu...
Moga akan pulang,
Dalam cinta dan dalam sayang,
Redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan...

Seorang Muslimah itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
Merahmati dan merestui,
Perjalanan seorang Muslimah itu...
Menuju cinta-Nya yang ABADI...
Amin....

SIAPAKAH KITA?? SIAPA...YAA...??



Siapakah orang yang sombong? 
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya? 
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? 
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? 
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? 
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? 
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? 
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? 
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh? 
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? 
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang- orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? 
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? 
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wednesday, December 22, 2010

Macam Mana Nih ?!


Kalau kita malas nak zikir, Malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)

Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, Susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?)



Kalau kita malas berpuasa, Malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yg amat memerlukan kekuatan dalaman?)


Kalau kita susah & lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, Untuk apa kita berhutang dgn Allah.
(Contohnya; tinggal solat, puasa, zakat & macam2 lagilah! Tak ke namanya hutang dgn Allah itu?)



Kalau kita tak mahu memaafkan org lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan Nabi sendiri ampunkan ummatnya yg seribu!)

Kalau kita jauhkan diri kita 1 langkah dari Allah, Allah meninggalkan kita seribu langkah jauhnya.
(Fikirlah sendiri)

Kalau kita membenci Islam, Cuba fikir balik, Macam mana kalau Allah benci kita, meluat dgn kita?
(Fikir dahulu sebelum buat)



TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam 1 hadith, Nabi SAW bersabda "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati."

Banyak t'tawa m'jadikan hati semakin malap & tidak berseri. Lampu hati tidak b'sinar & akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak b'fungsi lagi.



Nabi Muhammad SAW melarang ummatnya dari gelak ketaawa yg melampui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal & ilmu. Barang siapa ketawa t'gelak-gelak, akan hilang 1 pintu drpd pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa b'dekah-dekah? Dalam keadaan suka yg keterlaluan, hati kita lalai & lupa suasana akhirat & alam barzakh yg bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dlm sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke 1 destinasi yg belum tentu m'janjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita b'fikir bagaimana kedudukan kita di sana nnt, sama ada b'bahagia @ menderita. B'bahagia di dunia b'sifat sementara tetapi di akhirat b'panjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yg b'terusan & b'kekalan. Merenung & memikirkan keadaan ini cukup utk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yg akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur." Demikian ditegaskan oleh Nabi SAW. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yg bakal kita duduki dlm tempoh yg panjang. Kita keseorangan & kesunyian tanpa teman & keluarga. Kubur ialah 1 pintu ke syurga @ neraka. betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dgn sikap kita yg suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yg melampui batas menjadikan kita kurang b'ilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan t'hadap akhirat juga menurun. Nabi SAW pernah b'sabda, "Barangsiapa t'tawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yg banyak t'tawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."



Saidina Ali sentiasa mengeluh, "..... jauhnya perjalanan ..... sedikitnya bekalan ....." Walaupun hebat zuhud & ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yg kerdil & malas beribadat ini sanggup b'gembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi SAW b'sabda, "Barangsiapa banyak t'tawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka." Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka t'hadap sesuatu. Cuma yg dilarang ialah b'terusan gembira dgn ketawa yg b'lebihan. Sebaik-baik cara b'gembira ialah seperti yg dicontohkan oleh Nabi SAW. Baginda tidak t'bahak-bahak tetapi hanya t'senyum menampakkan gigi tanpa b'suara kuat.

Para sahabat pernah, "Ketawa segala nabi ialah senyum, tetapi ketawa syaitan itu t'gelak-gelak."


sebuah kisah .......

“Enti menangis..?”


“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”


“Habis, mata enti berair?”


“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.


“Ana tahu enti menangis..”


“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.


“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”


“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”


“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”


“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”


“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.


“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh? 


“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkesima sendirian.

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”

“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”

“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”

“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya. 

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia . Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,
“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel . Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”
Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

-TAMAT-