^^,


Monday, January 30, 2012

Diamnya Diri Ini...

Diamnya diri ini bukan bererti membenci dirimu,
Diamnya diri ini bukan bererti berdendam sampai ke mati,
Diamnya diri ini bukan untuk mengatakan diri ini betul atau bersalah,
Diamnya diri ini bukan untuk menyatakan bahawa anda salah atau anda betul

... Diam bukan kerna dendam,
Diam bukan kerna hati yang telah dilukai,
Diam ini untuk mengelakkan berkata-kata pada sesuatu perkataan yang tak sewajarnya yang bisa mengguriskan hati dan perasaan insan

Diamnya diri ini untuk sentiasa sedar dan kenal siapa diri ini,
Diamnya diri ini agar sentiasa peka pada persekitaran
Diamnya diri ini agar selalu sedar dari kelalaian dan kealpaan diri
Diamnya diri ini bukan untuk menagih simpati
Diamnya diri ini untuk sentiasa menilai diri yang serba kekurangan

Sesungguhnya diri ini sentiasa sedar dimana selayaknya waktu dan saatnya untuk
berkata-kata agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan pada segala kemusykilan

Kemaafan itu satu dendam yang terindah, namun parutnya masih tersisa dalam kenangan dan ingatan.

sekadar peringatan 2

Lelaki yang baik adalah lelaki yang terjumpa seorang perempuan yang cantk atau yang membuatnya tertarik, kemudian menundukkan pandangannya dan berkataAstarghfirullah hal 'azim...

Lelaki yang baik adalah lelaki yang bila ditolak cintanya kerna perempuan itu berniat untuk mengelakkan dirinya lalai dan turut menjadikan lelaki itu lalai dari mengingati Yang Maha Melihat, maka dia akan terimanya dengan redha serta tidak menganggu perempuan dan hatinya itu dar terus berjuang demi ALLAH...

Perempuan yang baik adalah perempuan yang tidak mudah terpikat dari kata-kata, serta tidak mudah goyah pendiriannya apabila dicerca,serta keras hatinya kerana pendiriannya untuk menjaga dirinya dari dilaknat olehNYA serta menjadi fitnah dunya bagi lelaki...

Perempuan yang baik adalah yang mengutamakan cinta kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan keluarga dari yang lain. Meskipun tibanya seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya, namun kerana rasa takut padaNYA bahawa kalau dterimanya lelaki itu maka dia akan lalai dari meraih cintaNYA dia rela hilang cinta manusia itu demi kebaikan dirinya dan lelaki itu sendiri...

Tuesday, January 24, 2012

‎::-Duhai MUSLIMAH -::


Duhai MUSLIMAH,


Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu.

Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan MUSLIMAHku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH..


MUSLIMAHku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah MUSLIMAHku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Duhai MUSLIMAH,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

MUSLIMAHku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi MUSLIMAHku,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya,
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

insyaALLAH...jadikan ia sebagai iktibar buat diri kita semua, akhawat sekalian..^^

Tuesday, January 17, 2012

SAKIT? UCAPLAH ALHAMDULILLAH BUKAN MENGELUH

Sebagai umat Islam, kita ditegah sama sekali untuk mengeluh,memarahi malah memaki diri yang sedang sakit..kerana sakit itu sebenarnya adalah satu peringatan dan ujian dari Allah SWT buat diri kita sebagai hamba-Nya.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri"(Surah Al An'am, ayat 42).

Dalam ayat diatas jelas ALLAH telah menerangkan bahawa kita menilai kembali diri kita, mengingati ALLAH yang merupakan pemilik segala kenikmatan yg kita nikmati dalam hidup kita ini. Oleh kerana itu, mengapa harus kita memaki kerana SAKIT? Begitu juga dengan jelas dinyatakan dalam Surah Yusuf:

"(Nabi Yaakub) menjawab:Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya."(Surah Yusuf ayat 86).

Ayat diatas juga jelas menyatakan bahawa kita dituntut untuk memohon doa kepada ALLAH sekiranya ditimpa sebarang kesusahan dan dukacita (sakit),bukan dengan cara memarahi atau memaki hamun kesakitan yang kita alami, itu sama sekali seperti kita menyalahkan ketentuan yang sudah ditentukan oleh ALLAH kepada kita. Siapa lagi kalau bukan ALLAH yang menentukan takdir kita?



Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu" (Hadis Muttafaqun alaih).

Mengapa perlu kita memaki hamun dengan kesakitan, walhal itulah salah satu cara untuk kita mendapatkan keampunan daripada ALLAH Taala? Perlukah sakit itu ditemani dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kita ungkapkan? SEBAB itulah kita dianjurkan utk mengucapkan ALHAMDULILLAH ketika sakit. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menyebut:

"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim).

Kita haruslah ingat akan sakit juga merupakan salah satu cara untuk kita memperingati MATI. ALLAH memberikan kita peluang untuk merasakan sakit sebagai salah satu persediaan menghadapi MATI, dimana jika amalan kita buruk (lalai daripada perintah ALLAH seperti SOLAT) , maka kesakitan yang ditanggung adalah pedih, sakit yang sangat-sangat kuat ketika Sakaratul Maut. Jika amalan kita sentiasa terjaga (walaupun ketika sakit) dan diterima-NYA, insyaALLAH akan mendapat pembalasan sebaik-baiknya. Sentiasalah berSABAR menghadapi segala ujian ALLAH termasuklah SAKIT, seperti sabda Rasulullah:

Dari Anas R.A, katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:"Apabila seorang hamba mendapat cubaan dari-Ku pada dua perkara yang amat disayangi (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak akan Aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga" (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Mengucap ALHAMDULILLAH merupakan tanda kesyukuran kita ketika diuji oleh ALLAH Taala, juga tanda kesabaran kita menghadapi ujian-NYA. Kalimah ini bukan sahaja diungkapkan ketika kenyang atau senang hati, tapi disaat ALLAH menguji kita, perlu juga untuk mengucapkan kalimah ini sebagai tanda syukur kerana ALLAH memilih untuk menguji kita. Janganlah mudah menilai orang yang mengucapkan ALHAMDULILLAH ketika SAKIT itu sebagai BODOH atau GILA, kerana mungkin saja orang yang berkata sedemikian itu lebih tahu akan fadhilat menghadapi sakit ini. Sekiranya sakit, hendaklah berikhtiar utk mencari penawar yg sebaiknya. Kemudian berdoalah kepada ALLAH yg berKUASA menyembuhkan sebarang penyakit agar disembuhkan seperti sediakala dan memperoleh kesihatan yang baik. Semoga kita mendapat kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat ALLAH!

apa yang dpt sy konklusikan disini ialah, apabila kita sakit maka nikmatilah rasa sakit itu kerana apabila kita sabar dgn ujian sakit itu kita juga akan dpat merasa indahnya sakit itu..tabah dan sabarlah apabila mnghadapi kesakitan luaran mahupun dalaman..sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan dan Allah tidak akan membebani sesuatu ujian itu kpd hamba-Nya yg tidak mampu memikulnya..Wallahualam.

Saturday, January 14, 2012

Tundukkanlah...

Tundukkanlah pandanganmu,
Untuk menjaga kehormatanmu sebagai wanita yang dimuliakan Allah.

Tundukkanlah pandanganmu,
Agar matamu yang indah tidak dicuri pandang oleh lelaki sebarangan.

Tundukkanlah pandanganmu,
Agar hijabmu semakin sempurna dengan sikap muliamu.

Tundukkanlah pandanganmu,
Jagalah mata yang penuh dengan kecantikan dan pesona hanya untuk dilihat oleh suamimu tercinta.

Tundukkanlah pandanganmu,
Agar para lelaki dengan mata yang liar segan untuk menggodamu.

Tundukkanlah pandanganmu,
Agar semakin bercahaya wajah cantikmu dengan mata yang terjaga.

Tundukkanlah pandanganmu,
Agar terjaga perasaan suamimu dari rasa cemburu kerana matamu dan wajahmu yang indah hanya miliknya seorang.

Tundukkanlah pandanganmu,
Dari fitnah dunia, dari silaunya harta agar terjaga hidayah Allah kepadamu.

Tundukkanlah pandanganmu,
Dari hal-hal yang boleh merosakkan hati dan fikiranmu agar mulia iman dan akhlakmu.

Wednesday, January 11, 2012

5 Ubat Hati


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sunday, January 8, 2012

Perhatian Untuk Wanita!

PERHATIAN UNTUK WANITA !!

kalau ada yang cuba mengorat anda , katakanlah padanya...

"MAAF!! untuk kali ni, HARAP AWAK FAHAM.
Saya tak nak kita jadi macam orang lain. SAYA nak BERKAT ALLAH.
BIARLAH AWAK FIKIR SAYA SOMBONG, taknak layan awak!
Cuma kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK-ANAK AWAK,
Jumpalah mak ayah saya. Kita bercinta lepas nikah"


_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████

_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_<---tu mak ayah ada kat dalam
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿★
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██