^^,


Monday, September 24, 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita..

Wednesday, September 19, 2012

masalah itu manis sebenarnya.


“Jangan katakan kepada Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah  kita ada Allah”
Ketika kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.
Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.
Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.
Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah.
Masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan menjadi orang yang luar biasa. 
”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.
Mari bersama kita menakluki masalah!

Friday, September 14, 2012

Cerita Hati


assalamualaikum semua..kesibukan spnjang brada dsni, sedar x sedar da 2 minggu di negeri trganu..slama tu juga xjumpa fmily..rindunya pd mereka diubati dgn mndgr suara, brtnya khabar mereka..at least, in 2 days i'll call them..sibuk mcm mane skali pn,contact la ibu bapa kita walaupun hanya send mesej ,beri salam,.tnya khabar.. jdual ku penuh sehngga niat di hati mahu pulang ke rumah trpksa ditangguhkan, dek kerana tugasan2 yg mnnti juga..sahabat2 sekelas kebykknnya pulang.. jeles brtndang dhati tpi hanya trsekat disitu,,..insyaAllah, jika diizinkan pulang akn ku pulang jua, paling2 tidak cuti sem nnt..walaupun hanya mnghantar sahabat2 semua dgn pandangan mata dan senyuman mengiringi, ku selitkan doa moga kalian semua slamat tiba d rumah dan seronok brsama keluarga..doakn juga kami yg x pulang ni..hehe..



bukan mudah mnjadi seorng pelajar dan anak..masing2 ada amanah tersndri..Cuma kita sndri prlu pndai mengatur kotak2 kehidupan kita..yg mana prlu diutamakn dan yg mane didahulukan.. sebaik mana rncangan kita, rancangan Allah adalah paling baik..Dia mengaturkan sesuatu bukan mengikut kehendak kita ttpi keperluan kita..jika Dia merancang sesuatu, ia adalah utk kebaikan kita..Dia titipkan ujian@dugaan, agar kita lebih dekat dn mengingati-Nya..Allahu rabbi..Kau sentiasa ingin dekat dgn kami.. tetapkan lah hati2 kami agar mengingati-Mu slalu,,dekatknlah diri kami dgn pelukkn, cubitan kasih syng-Mu.. jentiklah diri kami dgn peringatan2 dr-Mu..sesungguhnya kami hamba yg alpa dn lalai…ketuklah pntu hati kami,.brtaubat kpd-Mu…tunjukkanlah kami jalan yg Kau redhai..amin



sekadar prkongsian utk entry kali ni..^^, taktala jdual pnuh dgn asgmnts..jari-jemari ni seakan2 ingin menari mnitipkn sesuatu..kotak minda ligat bekerja berfikir penyelesaian2 msalah..moga hati yg t’usik ni tenang..=)

Tuesday, August 28, 2012

Biar Allah Tentukan


A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~



Monday, August 27, 2012

diari hati 1



~::: Jika Aku Pilihanmu :::~

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yang menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,

Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku isteri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,

Ketahuilah,

Aku akan memilihmu kerana-Nya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah..

“Kau memilih aku kerana ALLAH”


ssumber:
 seindahcintaislam.blogspot.com

Friday, August 17, 2012

Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive ^_^

Saturday, August 11, 2012

Muslimin Bantu Kami Mencari Erti Solehah

Gerak langkahmu memikat hati,                     
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.
Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.
Ranjau Menawan - NowSeeHeart

Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.

Ketahuilah wahai muslimin,
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
 
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.
Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!

Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.

Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.

Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.

"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni  terlalu formal kita biasa-biasa je "

Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.

Ketahulah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.

ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.