^^,


Thursday, July 25, 2013

pertandingan-hijrah-si-mawar-biru

assalamulaikum..post kali ni saya nak ajak sahabat2 akhawat terutamanya untuk join pertandingan ni..jom sahabat2 kita join pertandingan ni..tak salah berkongsi pengalaman kan..in sya Allah Lillahi Ta'ala..^^ sama2 kita bergerak, berjuang di jalan yang diredhai-Nya..^^, join this competition!  pertandingan-hijrah-si-mawar-biru ayuh rebut peluang semua!!


Sunday, July 14, 2013

Hikmah-Nya



Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum..
Salam ramadhan buat sahabat2 semua yang disayangi kerana Allah. Moga sihat2 dan sentiasa dibawah payungan rahmat-Nya. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi hari ni, diberi kesempatan untuk menghirup udara yang dikurniakan-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk memasuki gerbang rahmat ramadhan. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menambahkan kecintaan beribadah di bulan yang penuh kemuliaan ini. Alhamdulillah masih diberi kesabaran yang tinggi untuk menghadapi ujian-ujian daripada-Nya. Alhamdulillah, dapat bertemu keluarga tersayang.

Dalam masa hampir sebulan berlalu, pelbagai dugaan dihadapi. Alhamdulillah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian-ujian ini. Gembira, seronok, sedih, kecewa, penat semua dirasai dan dikongsi bersama sahabat2. Terimakasih sahabat2 kerana selalu menyokongku daripada belakang, membantuku taktala susah dan senang, menegurku ketika ku salah, membelaiku ketika ku inginkan perhatian sementara. Allah..terimakasih sahabat2 yang sentiasa disayangi kerana Allah.moga ukhuwah ini sentiasa bertaut di hati kita semua. Semoga tali persahabatan ini kekal utuh hingga ke syurga. Terimakasih sudi menjadi sahabatku. Mengingatiku sentiasa dalam doa kalian.


Agak berpuitis ayat2 di atas..tapi tak pe la..sekadar luahan hati tanpa bicara. Saya nak kongsi dua cerita dengan kalian. 1) rehlah di Pulau Redang dan 2) pengalaman  pulang ke kampung. Tetapi saya nak kongsi cerita yang kedua. Yang pertama tu kita buat satu entry khas nanti.

Ceritanya, saya dalam perjalanan pulang ke rumah di salah satu daerah di Pahang. Tapi sebelum tu saya perlu transit ke Kuantan terlebih dahulu sebabnya tiket direct terus ke daerah rumah saya telah habis dijual. Ketika dalam perjalanan pertama iaitu ke Kuantan, diri ini hanya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusanku dipermudahkan. Mesej2 di hantar kepada sahabat2 untuk memohon doa dari mereka jua. Masa ni memang 100% pergantungan hanya pada Allah sahaja. Jam menunjukkan angka 7.30pm, ‘boleh buka puasa dah ni.’ Lalu botol air diambil, baca doa dan air diteguk perlahan. ‘alhamdulillah, nikmatnya walaupun berbuka dengan air kosong.’ Hati masih gelisah kerana memikirkan sempat atau tidak untuk menaiki bas seterusnya pada jam 8 malam. 7. 45pm. Masih lagi dalam perjalanan. Beberapa orang penumpang minta diberhentikan di kawasan2 tertentu. Diri makin gelisah. Hanya berzikir + berdoa kepada Allah moga dipermudahkan segala urusanku. 7.58pm. sudah memasuki kawasan Bandar Kuantan. 8.03pm. hampir tiba di terminal sementara di Kuantan. 
Dan…Alhamdulillah sempat. Berlari ku turun dari bas, mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas lalu berlari mencari bas ke daerah rumah ku. Nasib baik tidak jauh dari bas yang ku naik sebntar lalu. Segera ku menghampiri pemandu bas itu, lalu menghulurkan tiket. Alhamdulillah sempat! Menaiki tangga bas dengan Bismillah. Mencari tempat duduk dan mengucapkan syukur lagi. Allah, terasa sangat Allah bersamaku. terima kasih ya Allah. Selang 3 minit kemudian, bas memulakan perjalanan. Doa dibaca. Terasa penat sekali tetapi ku tahu ada hikmahnya. Doa makan dibaca lalu ku menjamah 2 keping roti. Selesai mengisi perut, ku terlena. Setengah jam sebelum tiba ke destinasi, ku tersedar. ‘Alhamdulillah, nak sampai da. Mudahnya urusanku hari ini, ya Allah. Moga urusanku dan urusan2 keluargaku, urusan2 sahabatku juga dipermudahkan juga. Ameen.’
Ingatlah Allah selalu, nescaya Allah akan mengingatimu. Ingatlah Allah ketika senang, Allah akan ingat kita ketika kita susah. Cara mudah nak Allah? BERZIKIRLAH. Dengan mengingati Allah hati kita kan tenang. In sya Allah. Setakat ini dulu perkongsian saya. moga ada maslahatnya. ^^, 
salam ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelum ini. jom tingkatkan amal ibadah kita. rebutlah peluang bertemu Lailatul Qada

Monday, June 24, 2013

tragedi kemalangan pelajar jordan+uk



Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum..
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..tabahlah3…Allah menyayangimu, wahai saudara2 seagamaku…hnya itu yg mmpu ku bicara seketika setelah selesai mmbaca kisah benar yg begitu mnyentuh hati ini juga kpd seiapa yg mmbacanya.. hmpir menitis mutiara jernih ketika membaca kisah ini…sprtimana berita trkini iaitu tragedi kemalangan pelajar UK dan Jordan yg mengakibatkn seorang maut..
è              -->Baca kisah selanjutnya di blog ini.. 
 
  Tabah dan kuatlah saudara2ku..Allah mengujimu mengikut kemampuanmu..sesiapa yg mengetahui kisah mu psti mendoakanmu.. buat summayah, walau tidak prnh mengenalimu, ku sgt mengagumi pendirianmu, seorang yg bersemangat dlm jalan dakwah-Mu..moga aku juga kuat utk mnjadi sprti mu..Amiin..

Sahabat2, marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan mereka, moga mereka cepat sembuh,.moga mereka tabah dalam mngharungi ujian ini..moga mereka kuat..moga segala urusan mereka dipermudahkan..

bagi yg ingin menderma, blhlah drma di akaun yg trdpt dlm link blog di atas..bantulah stakat mana kemampuan kita..doa itu snjata orang mukmin…moga kita juga tabah seperti mereka…n-n

Saturday, June 22, 2013

Kembara Hamba Mencari Cahaya- karya Hilal Asyraf



Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum..
Suka untuk sy memetik beberapa ayat drpd buku Kembara Hamba Mencari Cahaya (Langit Ilahi 2) karya Hilal Asyraf yang mana bagi saya situasi yg akan sy kngsikan sbntar nnt prnh dialami oleh segelintir drpd kita trmasuklah sy..bicara yg disampaikn sedikit sbyk mmbuatkn sy trfikir dan terfikir lalu sy mengambil kputusan sprti yg dilakukan penulis buku ini.. jika penulis mmbca blog ini, sy mohon utk menyalin sdikit utk dikngsikn brsama sahabat lain..jzkk..


“dalam hidup ini ada banyak benda yang akan mmbuatkan kita resah. Memang ada manusia yg kita baik kpd dia, dia tidak baik kpd kita. Ada juga manusia, kita memang betul2 memerlukan dia utk mmberi perhatian kpd kita, ttpi mereka langsung tidak mengendahkan kita. Ada juga sahabat yg sudah lama brsama, lama kenal, ttpi masih lgi tidak memahami kita, walaupun kita amat memahami dia.. Apabila memikirkn semua itu, sy kadangkala merasakan, apakah apabila kita menundukkan sedikit kepala kita, maka orang akan memijak kepala kita?

        Bukan masalah mereka mmbalas segala kebaikan sy, masalahnya ialah sy yg mmberikan kebaikan kpd mereka. Knp? Kerna sy nmpak, sy sayang, rindu, jaga, cinta, faham mereka bukan kerana mereka ttpi kerana Allah. Jika mereka tidak menghiraukan sy, dan langsung tidak mnjga sy, itu masalah mereka dgn Allah sbnarnya. Bukan dgn sy.”

Bicara kata di atas telah di edit sdikit..jadi, kalau nk baca sepenuhnya, belilah buku ni..xrugi pun beli..byk input yg kita dpt..kngsikn juga ilmu yg dpt brsama yg lain.. ”Hanya resolusi daripada Allah, yang boleh mmberi solusi kpd masalah hamba.”

1st week at IPG 4 sem 4



Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum..
Lama blog terbiar tanpa ada pengisian baru..=) dek kerana kesibukan sudah bermula..mngu 1st kuliah sprti sudah brminggu brkuliah rasanya..byk tugasan diterima terutamanya utk pembentangan..subjek matematik perlukan latihan yg byk, sbjek seni dlm pndidikn prlukan kemahiran fikir yg kreatif dan kritis,, kemahiran brmain alat muzik, subjek tknologi dlm pendidikan prlukan kmahiran mngunakan software2 trtntu, kemahiran IT, subjek PJ prlukan kecergasan yg tinggi, subjek BI prlukan kemhiran bahasa yg tinggi..
semakin naik semester, subjeknya juga semakin susah namun itu la cabaran kita sebagai pelajar..kita belajar dr senang ke susah..begitu juga dgn kehidupan kita..waktu kecil kita tidak prlu fikirkn masalah tpi bila dewasa kita perlu melatih diri utk selesaikan masalah@ cabaran yg dtg..seminggu berada d ipg terasa begitu cepat waktu berlalu..Allahu rabbi..xlama lgi ramadhan bakal tiba..apa persediaan kita?? Moga kita sama2 dlm persediaan menunggu bulan yg penuh barakah…moga kita diberi kesempatan utk merasai kenikmatan bulan ramadhan bersama..=) in sya Allah..
dlm kesibukan, smpat juga menghadiri usrah yg diadakan ptg td..wlupun keletihan kerana baru pulang dr menyelesaikan beberapa prkara,. Xsmpai sejam usrah da tamat atas sbb2 trtntu..namun Alhamdulillah, byk juga input yg dpt..disini sy kngsikan input usrah..

tajuk :tasawwur tarbiah islamiah

“wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” (Al-Maidah : 35)

Tarbiyah – segala usaha yang dilakukan kea rah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Ia melibatkan segala usaha yg melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan beberapa faktor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.

Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
a)   melahirkan umat muttaqin yang mempunyai ta’alluq billah yang kuat.
b)   Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
c)   Melahirkan para mukmin yang menhayati perjuangan.

“sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka kepada Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat : 15)

Elemen penting Tarbiyyah Islamiyyah
1)  Tauhidullah (mengesakan Allah)
2)  Nubuwwah (berlandaskan apa yang dibawa oleh para Nabi)
3)  Al-Hasyr wal Jaza’ (hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan)

Ruang Lingkup Tarbiyyah
1)  Tarbiyyah Aqliyah
2)  Tarbiyyah Khuluqiyah
3)  Tarbiyyah Jihad
4)  Tarbiyyah Ijtima’ie (masyarakat)
5)  Tarbiyyah Fizikal
6)  Tarbiyyah Siasah (Politik)

Dikongsikan juga kisah tentang pensil..blh klik link ni klau nk tahu lbih lnjut..^^,

okla, rsanya stakat tu dlu..doakan smoga kita sama2 tbah mnghadapi apa jua cabaran kehidupan..kerana semua itu adalah utk mendidik diri kita mnjadi lebih matang..doakan juga agar kita diberikan kesihatan yg baik utk kita melaksanakan ibadah kepada-Nya..doakan juga agar segala urusan kita dipermudahkn..amiiinn…:D