^^,


Friday, December 6, 2013

Resepi2 (1)



Assalamualaikum
kali ni nak kongsi berkenaan resepi.
Dua resepi akan diberitahu.
Pertama resepi bubur jagung. Dan kedua, resepi ikan patin masak tempoyak. :D
Manalah tahu kut hujung minggu ni tak tahu nak masak apa kan..heee

1)  Bubur Jagung
Bahan2nya:
 - beberapa tongkol jagung (di hiris kasar)
- santan
- air
- gula kabung (sekeping)
- gula kasar (secukupnya)
- daun pandan

Cara membuatnya cukup senang. Ini cara yang ibu saya ajarkan. Dan saya pasti lain orang lain caranya.

1)  Masukkan air, jagung, santan, gula kabung, dan gula kasar sekali gus.
2)  Masak atas api yang sederhana.
3)  Sentiasa gaul dengan perlahan untuk elakkan jagung hancur dan santan pecah.
4)  Agak2 nak mendidih, masukkan daun pandan untuk wangikan masakan.
5)  Apabila da masak, rasa sedikit untuk tahu kemanisan bubur. Bagi siapa nak rasa manis, boleh lah tambah gula kasar sikit. Tapi jangan manis2 sangat ye. Maniskan dalam senyuman boleh..heee lepas tu kalau nak pekat warna, boleh tambah gula kabung sedikit, bergantung kpd kuantiti bubur yg dimasak.
6)  Masak sehingga mendidih. Tutup api. Dan boleh hidangkan. Dan makan..
first time buat sendiri..^^
2)  Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan2:
-ikan patin seekor
-air (secukupnya)
-tempoyak (secukupnya)
-cili api (bergantung, klau nak pedas boleh guna banyak dan sebaliknya)
-bunga kantan
-asam keping (1-2 keping)
-daun kesum

Cara membuatnya:
1)  Kisarkan tempoyak dan cili api. Masukkan dalam periuk yang berisi air.
2)  Masukkan ikan patin yang telah dipotong.
3)  Masak sehingga isi ikan masak. Jangan gaul terlalu kasar kerana boleh menyebabkan isi ikan pecah dan hancur.
4)  Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
5)  Masukkan garam secukup rasa.
6)  Masak sehingga mendidih. Apabila mendidih, biarkan beberapa minit dan siap.
** untuk pekatkan kuah, biasanya ibu saya akan masak pada waktu malam dan simpan semalaman. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Keesokkannya,masukkan sedikit air panas dan panaskan masakan tadi dengan api yang sederhana. Siap dan boleh makan dengan nasi panas.
 
masakan ibu..^_^
Ok, tu je perkongsian resepi saya kali ini. Selamat Mencuba. ^^,

Thursday, December 5, 2013

Banjir di Pahang



Assalamualaikum
Banjir di Pahang semakin teruk.
Kelmarin, empangan di Kuala Lipis tidak dapat menampung jumlah air yang berlebihan.dan air2 perlu dilepaskan melalui pintu2 yg ada kat empangan tu. (mf, saya tak tahu nama tempat air tu dilepaskan, pintu pun okla kn..heee, harap korang faham)
Malam ini juga dikatakan gelombang seterusnya akan berlaku.
Air dari Jerantut dan Kuala Lipis akan turun ke sungai Pahang dan akan mengakibatkan banjir besar sekali lagi di Kuantan dan kawasan2 rendah.
Dikatakan juga bantuan lambat tiba di sesetengah tempat.
Bersabarlah wahai saudara2ku di sana. :)

KDYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli membantu memasak di pusat pemindahan SUKPA.
Sama2 turun padang, memasak dan menyediakan makanan.
^^,
Petang tadi berkesempatan melihat air sungai Pahang di Esplanade, Temerloh. Air sungai semakin meningkat.
Papaku kata, banjir kali ini mungkin lebih teruk berbanding banjir besar yang berlaku sebelum ini pada tahun 2007.
Jalan Temerloh-Bera juga sudah dinaiki air petang tadi.
Nasib baik papaku dan rakan2 sekerjanya sempat pulang tetapi perlu mengharungi air dahulu. Jalan pun dibuka sehala sahaja.
Malam ni mungkin jalan disitu sudah ditutup kepada kenderaan ringan. Sebabnya hujan agak lebat pada sebelah petang.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, kawasan2 rendah yang berhampiran dengan paya mula dinaiki air. Penduduk2 disitu juga mula mengangkat barang2 ke tempat lebih tinggi.
Moga mereka tabah.
Moga bantuan cepat sampai.
Saya selalu tengok page ni Info Banjir di Pahang, nak tahu perkembangan terkini banjir di Pahang.
Sedang scroll melihat gambar2 banjir, terjumpa video ini -> video banjir
Alhamdulillah, kawasan rumahku di kawasan yang tinggi dan jauh dari air sungai dan kawasan paya.
In sya Allah, tak terkena banjir.
Paling tidak pun menjadi pulau. ^_^

** teringin nak jadi sukarela, beri bantuan pada mangsa2 banjir. Tapi tak tahu nak rujuk siapa..heee (peace)

Tuesday, December 3, 2013

....



Assalamualaikum
Hai2 semua..
Apa khabar??
Harap masing2 dapat jaga diri dan kesihatan..
Hujan di pantai timur sudah tiba..
Kat sini hampir 4 hari hujan turun tanpa henti.
Kadang2 renyai, kadang2 sederhana dan kadang2 lebat.
Bagi kawasan yang dinaiki air @ banjir, dengarlah nasihat pihak berkuasa, jangan main air dsb.
:))

seminggu blog ini sepi tanpa entry baru.
Jadi, hari ni nak kongsi beberapa cerita.
Mungkin agak panjang.
Harap korang tak jemu nak baca celoteh ku ini..hehe

1)  sabtu lepas (30/11/13) – Alhamdulillah, berkesempatan untuk menziarah keluarga sahabatku yang kemalangan jalan raya. Boleh rujuk entry sebelum ni. Kisah kemalangan ini menjadi tajuk utama dalam beberapa buah akhbar.
Seronok sangat dapat berjumpa dengan sahabatku ini yang mesra dengan panggilan dian. Seronok melihat dia tersenyum taktala ku tiba di pintu wad kanak2 itu. Lepas rindu kami setelah hampir 3 tahun tidak bertemu. Banyak cerita yang dikongsikan. bermula dgn kisah kemalangan tu, kisah kami, kisah ketika kami bersekolah dulu dan kisah2 lain.:)
‘Dian, aku tahu ko kuat nak harungi semua ni. Ko kena kuat demi adik2 ko. Kena kuat demi masa depan. Aku tahu ko redha dengan semua yang berlaku walaupun ada ketikanya ko menangis sendirian. Ingatlah, aku sentiasa ada untuk ko. Aku da cakap sebelum kita berpisah hari tu kan. Apa2 contact je aku. Dan terima kasih juga jadikan aku orang yang sampaikan berita kemalangan tu kepada cikgu dan sahabat2 sekolah teknik. :) keep in touch ok.


2)  Keesokannya, hari ahad. Hari bersama keluarga. Kebetulan adik ada balik. Jadi, papa saya ajak keluar. Jalan2. Pergi beli barang sikit. Makan2. Dan buat muffin.

3)  Bila dah hari Isnin, maka tugasku menghantar dan menjemput adikku tuisyen bermula. Minggu ni kelas dia sejam setengah je sehari. Jadi macam x berbaloi je nak balik rumah dengan keadaan hujan lagi..heee nak tau saya pergi mana? Saya pergi ke taska. Ye, taska. Taska yang saya duduk semasa kecil2 dahulu..hehe berjumpa dengan pengasuh2 saya dan adik2 saya. Alhamdulillah, kenal lagi dieorg kat saya..heee muka dieorg pun maintain macam dulu gak. Kelakar dieorang pun maca dulu gak.. mak da, mak nor, mak yam, mak ina (owner taska) dan mak na..seronok duduk taska. Tengok keletah budak2 yang kebanyakkannya kecil2 lagi. Ada yang manja, cepat mesra, ada yang buat tak tahu je..heee comel la dieorg ni. 2 hari duduk kat taska membuatkan ku terfikir banyak perkara. Antaranya, bukan mudah nak jaga anak2 kecil dalam 1 tempat (taska). Banyak risikonya. Tapi saya percaya taska ni yang terbaik. :DDD nak bagi yell la..”terbaik3!!”- lupa nak amik gambar budak2 comel-


4)  Saya nak minta maaf kat dua orang senior yang melangsungkan walimah hujung minggu lepas. Maaf xdapat hadir. :)

## tiba2 risau dengan result exam. Harapnya ok. 

 Sampai sini dulu celoteh sy. Ada beberapa entry yang saya hutang dengan kalian kan. Nanti akan di update dalam masa terdekat..^^