^^,


Saturday, February 8, 2014

Galeri Perkahwinan..^^



Assalamualaikum
Kembali di bumi Terengganu..kembali sibuk dengan tugasan sebagai pelajar..
Kembali mencari kekuatan untuk menghadapi segala perkara..kembali mencari jalan untuk istiqamah dalam segala kebaikan yang dilakukan..kembali mengikat hati ini dengan ilmu tarbiyah..

Alhamdulillah, sekembalinya di IPG, kerinduan itu tidaklah terlalu kuat..mungkin kerana sibuk dengan kelas, tugasan, pembentangan, sahabat..setiap hari di kelas pasti ada agenda yang melucukan berlaku..pensyarah pun join sekali…terasa seronok belajar dalam suasana begitu..kalau serius sangat pun kelas jadi tak best..

2-3 hari lepas,berkesempatan untuk berbual panjang dengan seorang sahabat..banyak cerita yang diluahkan..banyak nasihat yang dikongsi..banyak gurau senda dalam bentuk memberi peringatan..seronok berbicara dengannya..moga ukhuwah yg terbina kekal hinggan jannah..:DD dan dapat juga cenderahati daripada sahabat ini..jzkk..tidak pernah ku pinta balasan apa2 dari mu jika ku memberi sesuatu untukmu..hanya kepercayaan dalam persahabatan yang ku inginkan.:)))
cenderahati yg comel..
 Dan hari ni berkesempatan untuk beli barang2 keperluan..pelik juga kenapalah ramai sangat orang kat situ..nak satu tempat ke satu tempat lain perlu bersesak-sesak..Alhamdulillah, urusan ku dan seorang sahabat dipermudahkan walaupun masa datang kat situ dah kena parking jauh…:P selesai membeli barang, kami ke Galeri Perkahwinan yang diadakan di TTC. Tak rancang untuk kesana tetapi ketika dalam perjalanan ke Bandar ternampak banner event ni kat tiang2 lampu. Kebetulan pula, kakak sahabat saya ni (Miss Uni) akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi jadi alang2 pergi tu bolehlah survey2 design pelamin, jenis2 doorgift, makanan, kek dan lain2..eh kakak Miss Uni ni nak kahwin, knp saya plak yang beria-ria menanyakan..hee xpe2..kita asah cara bergaul dengan orang..heee promoter kat situ siap promote habis2an kat kami..erkk layan je la kan..yang kami rasa nak sukanya bila singgah kat satu2 booth tu, orang tu kata , “kak, tengoklah catalog pelamin ni dulu.”, “kak tengoklah dulu design doorgift ni / kad kahwin.” , “kak, tengoklah design kek ni dulu. Nak tempah awal pun boleh kalau majlis akak bulan 7 or 8 nnt.” [ erk yg ni mmg tak la sbb mmg lmbt lgi..:P] dan pelbagai dialog yg tak dirancang berlaku..hee [lagak mcm kita je kahwin menanyakan itu ini kat promoter..niat di hati hanya nak amik hati mereka..:))] oh ye, Galeri Perkahwinan ini berlangsung selama 3 hari dari 6-8 Feb 2013 di Terengganu Trade Center..sape2 rasa nak tengok idea2 yang berkaitan perkahwinan boleh la pergi..nak cuci2 mata pun boleh..
Apa2 pun terima kasih sebab promote kat kiteorg walaupun bukan masanya lagi utk kami memikirkan hal ni…heee  
xteringat nak snap gambar banner event ni...ni pun sumber gmbr dr hp Miss Uni..:P
   
kertas2 yg dapat..:))
 



bila bercerita kat beberapa orang sahabat,mereka tanya, dah xlama lagi ke..boleh plak pergi survey2 bab2 ni...heee in sya Allah..doa2kan lah..apabila tiba waktu, akan diketahui jugak..manalah tau, menantikan jodoh tetapi ajal yg menjemput dulu..Allah..n_n
 
** teringin nak pergi pantai waktu pagi..melihat sang matahari mengeluarkan sinarnya di sebalik awan..teringat ketika berada di Laguna Agro Resort, Setiu pd waktu pagi..sungguh mendamaikan dan menenangkan hati..rindunya saat tu..^^^^,
Ada siapa2 nak teman sy g pantai waktu pagi x ???

Monday, February 3, 2014

Lepas Rindu



Assalamualaikum
Alhamdulillah dah berada di rumah. Bercuti selama 6 hari sempena CNY ni.
Seorang sahabat lama bertanya, “eh awalnya cuti. Budak sekolah tak cuti pun lagi.”
Saya menjawab, “orang dah bagi cuti awal, kita cutilah..hee”
Apa2 pun, lega sangat dapat pulang rumah..nak tenangkan hati..lari dr segala keserabutan.. heee

Ok..macam biasalah, bila lama x berceloteh kat sini maka akan banyak la story2 nak kongsi..berkaitan dengan tajuk entry iaitu “Lepas Rindu”. :D

Pertama, semestinya bila dah balik tu lepas rindu pada ibu n papa..n adik2 yang balik lewat sikit dari saya..eh..saya balik rumah paling awal, balik maktab pun paling lambat..soo…..bercuti paling lama dari adik2…hehe

Kedua, dapat bergayut telefon dengan seorang sahabat, Dian..kebetulan, befday dia pd hujung bulan Jan. jadi ambil kesempatan untuk bercakap lama dengan Dian, bertanya khabar, kongsi cerita dan banyak lagi. Seronok dengar die bercerita sedangkan ku tahu, di hatinya masih lagi terasa kehilangan ibu dan adik2 tersayang. Asalkan dia tahu, saya sentiasa ada untuk dia walaupun jauh..^^,

Ketiga, dapat jumpa czn2 yg comel..lepas rindu dapat menyakat, main2 dengan dieorang. Makin petah berbicara. Makin aktif bermain. Dan makin pandai cakap nak ikut balik rumah..hee bdak2 kan, bila dah rapat gitulah..dalam pada tu, dapat melatih diri ni untuk ……………………(secret..:P)
rindunya kat korang..

Keempat, dapat jumpa kawan lama yang berkahwin baru2 ni. Mula2 tu rancangnya nak pergi kenduri je tapi sehari sebelum tu dapat msg dari seorang kawan ni ajak untuk pergi majlis akad nikah yang diadakan pd malam sebelum majlis kenduri. Jadi bersiap2 lah saya untuk menemani sahabat lama dalam debaran untuk menjadi zaujah..weee waktu majlis tu, kita2orang ni yang debar..haha aih apa pasal kteorg yang berdebar??
Apa2 pun lepas lafaz akad disahkan, lega rasa tengok pengantin senyum..dan tiba2 rasa sebak..doa dibaca..moga rumahtangga yang dibina penuh barakah dan kekal till jannah..in sya Allah
Dan saya juga tidak lari dari soalan iaitu,
Emak pengantin: “lepas ni awk plak ye,”
Saya: “[senyum] err…in sya Allah..”
Bukan emak pengantin je cakap, mana2 orang yang kenal saya la..hee doakan yang terbaik untuk saya juga..:)))
kad undangan
^^,
Dan terakhir, dapat makan yang best2 kat rumah…ya, walaupun masih berpantang tp ada dah sesetengah makanan dah boleh makan. Adakalanya sampai fikir dua tiga kali sebelum nk makan, bimbang kalau sakit atau seangkatan dengannya..hee tp yg pastinya, seafood, daging merah, kekacang, masakan pedas memang xboleh makan lagi..xpela, kesihatan itu lebih penting..:)) dan puas dapat makan masakan ibu…alhamdulillah…:DD

Hari ni nak balik maktab da..mudah2an urusan perjalanan kami dipermudahkan..amiin

Friday, January 24, 2014

^^-^^



Assalamualaikum
Time to update blog!
Ewah, banyak kerja pun sempat lagi nak update blog..haha
Sebenarnya, tgh cari mood nak sambung buat slides..heee
Oke, straight to d point je la..:P
Entry kali ni nak kongsi beberapa perkara..

Pertama, IPG KDRI baru selesai musim PRK kelmarin. Tahniah kepada kalian yang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan JPP 2014/2015. Laksanakan tugas dengan sebaiknya Lillahi Ta’ala.

Kedua, tugasan projek dan pembentangan sudah masuk musimnya. Heee
awal kami dapat tugasan kali ini sebab kami akan berpraktikum hujung bulan 3 nanti. dapat awal, mudah-mudahan dapat siapkan awal juga. Sudah mula mencari bahan2 tugasan. Moga Allah mudahkan urusan kami.
Dalam kesibukan itu juga, kami perlu menyelesaikan kertas kerja untuk lawatan projek PJ ke SSBJ dan MSN. Selaku ajk perhubungan bersama seorang lagi sahabat, kami belajar untuk berurusan dengan orang luar. Kali ini, saya hanya membantu sahabat saya untuk berhubung. Jika dia x yakin, barulah saya akan ambil alih..hihi bukan mudah untuk berurusan dengan orang luar. Dalam percakapan, kita perlu berhati2 dalam penggunaan ayat, lembut dalam bicara, yakin dengan kata yang diungkapkan, bertolak ansur dan dengar sebaik mungkin..:D
Walaupun tekanan mula terasa, tapi seronok dapat buat kerja. Dah lama tak rasa sibuk. Cuti lama sangat..haha
Disebabkan ada had untuk diri dalam melakukan kerja tertentu, saya hanya diberi tugas yang tidak terlalu beban. Xbest sangat la sebenarnya..hee tapi apakan daya..kesihatan ini lebih penting..lebih kurang 2 months to go…moga diri ini cepat sihat agar dapat laksanakan tugas lain dan sama2 sibuk dengan clasmates…weeee

Ketiga, CNY kembali lagi..tak sabar nak balik cuti nextweek sebenarnya..hehe
Sabarlah wahai hati..tak lama da..3 days to go..tak sabar nak tukar menu makanan..nak minta ibu masakkan singgang n cekodok ikan bilis..eh singgang je? Yela, pantang makanan saya tak habis lagi..heee jadi tu la menu saya. duduk sni, tak nasi air, nasi+sup sayur+ikan bilis goreng..2 minggu lebih saya duk sni, tu la menu saya..xjemu ke?? Nak buat mcm mana kan..nak tukar menu sikit, buatla mihun sup ke..haa, guna rice cooker je..buat simple2..boleh la tukar2 selera…:P
Keempat, sanah helwah kepada 2 orang sahabat..minta maaf sangat2 sebab terlupa befday korang. Biasanya jam 12 tgh mlm wish dah..ni nak masuk tengah hari baru ingat, tu pun ada orang yang tolong ingatkan..hee maaf ye…
“semoga panjang umur, murah rezeki dan tercapai yang yang diinginkan.:D”

Dan yang terakhir, barakallah sahabat sekolah menengah yang akan mendirikan baitul muslim xlama lagi. In sya Allah kalau xde pape, akan sampailah ke majlis kalian. :D dan mudah2an dapat jumpa dengan yang lain juga...kira reunion la…
 
ginilah jadinya kalau jarang update blog. Sekali update banyak cerita dikongsikan. selesai berblogging, jom sambung buat kerja..

p/S- doakan saya dan seorang sahabat saya yang juga operate untuk buang tyroid baru2 ni, cepat sembuh..in sya Allah..jzkk

Thursday, January 16, 2014

Back to IPG



Assalamualaikum
Seminggu berlalu..
Kini, sudah berada di IPG, memulakan pengajian yang tertangguh selama 7 hari.
Banyak kerja yang perlu dilunaskan tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Rakan-rakan sekelas banyak membantu.
Para pensyarah juga memahami.
Rakan-rakan di IPG juga banyak yang bertanya khabar apabila bertemu.
Tertanya-tanya jugak bagaimana mereka mengetahui ketidakhadiran ku selama seminggu. Ya, mungkin mereka mengetahui daripada rakan sekelasku dan ada segelintirnya membaca blog ini.^^.
Dan, setiap kali jumpa, mereka pasti akan bertanya, “sihat dah? Sakit apa sebenarnya? Kalau ada apa2,bagitaulah kami..:) semoga cepat sembuh..”
Terima kasih atas sokongan anda..
ada ketikanya ku hanya mampu tersenyum, cuba menyembunyikan kesakitan yang dihadapi.


Malam ni nak story2 sempoi2 je..heee
Seminggu kat ipg, tak terasa sangat ‘homesick’ tu..mungkin sebab banyak perkara yang perlu diuruskan..kelas penuh pagi dan petang..presentation lagi..latihan subjek lagi..tapi bila sorang2 tu timbul la rasa rindu tu...hehe
Kali ni bila berpisah dengan parents xdapat nak nangis pun, sebak je..haha
Sebabnya ada program lepas kelas tu..
Parents hantar sampai berdekatan dengan dewan.
Macam2 pesanan diberi. Antaranya, jangan lupa makan ubat, kesihatan kena jaga, jangan lasak sangat, jalan kena perlahan, banyakkan rehat dan banyak lagi la..in sya Allah cuba jaga diri ini sebaik mungkin.
Kalau kat rumah, terlupa nak makan ubat, nak minum air gamat, ibu lah yang selalu ingatkan tapi bila di ipg ni, kalau ingat pun kadang2 buat lupa..hee terutamanya bila time nak minum air gamat…’kenapalah susah sangat nak minum air gamat nii??!’
Sebab xsedap…hee ubat mana ada yang sedap kan..sedap xsedap pun kena juga telan. Saya minum tu campur dengan madu asli..okla sikit. Minum sikit2.
Alhamdulillah sekarang semakin sembuh dan sihat walaupun adakalanya terasa cepat penat, adakalanya juga terasa ngilu di tempat operate tu..apa2 pun hidup perlu diteruskan, perjuangan harus dilaksanakan, ini baru sakit sikit tapi memberi kesan dalam diri dan juga orang sekeliling.

Semenjak pulang ke ipg, ramai sahabat perempuan yang bertanya, apa puncanya cysts ni terjadi? Macam mana nak sembuh? Cysts ni apa sebenarnya? Sakit tak bila kena? Macam mana nak tau kita ad cysts? Dan banyak lagi persoalan yang ditanya.
Dan saya juga terbuka untuk kongsi kisah dengan mereka personally. Mula2 tu mcm segan je nak buka cerita pasal ni tapi bila fikir2 semula, saya sebenarnya membuka fikiran mereka tentang cysts ni, tentang kesihatan diri terutamanya yang ada masalah wanita..
Biasanya yg menanya individu. Dan sy xlokek untuk kongsi pengalaman ni.
Bukan hendak berbangga atau apa, tapi seronok berkongsi sesuatu yang kita tahu melalui pengalaman sendiri.
Kerna, suatu ketika dahulu saya tidak pernah tahu apa itu cysts? Saya tidak pernah tahu kebanyakkan perempuan akan ada cysts? Jenis2 cyst? Ubat untuk cegah cysts? Dan pelbagai lagi.
Bila dah kena kat diri sendiri, barulah nak mencari info tentang cysts ni.
Jadinya, kalau sahabat nak tau berkenaan cyst, rujuklah daripada pelbagai sumber.
Nak tanya saya pun boleh..:D sedia membantu bagi yang memerlukan..^^

dan bila pulang ke ipg ni, ramai rakan yang mengambil berat.
Xlupa juga kepada rakan yang sentiasa membuatkan diri ini tersenyum, tergelak kecil dengan gurauan mereka, sentiasa ada untuk mendengar luahan ketika saya berasa sakit..terima kasih semua.
Dan parents yang selalu call tanya khabar. Tiap2 hari kol nak tahu kondisi kesihatanku. Mengurangkan sikit rindu yang terbuku.
Luarnya, cool je, tapi dalamnya siapa yang tahu..:P


Rasanya macam dah panjang je bercerita..sekadar berkongsi apa yang tahu.
Ingatlah, sehebat mana kita merancang, perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.
Hari ini, kita cuba membantu orang lain, siapa kan tahu, esok lusa orang itu yang akan membantu kita pula..:D
Emel saya masih terbuka kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut. farah_azryena@yahoo.com
Bagi sahabat yang kenal, boleh contact number saya.

Saya mohon maaf jika terdapat sebarangan kekurangan dalam penyampaian saya. coretan saya hanya sekadar perkongsian untuk semua..^^