^^,


Tuesday, December 27, 2011

CORETAN BUAT AKHI WA UKHTI....

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.


•❤•Ya Akhi....
"Jangan salah menaruh cinta...
kerana engkau akan menyesal selamanya...
titipkanlah cintamu pada wanita solehah..
yang menutup mahkotanya dengan sempurna dengan pakaian takwa..
kerana kelak dari rahimnya akan lahir cahaya mata..
yang kan menjadi penolong agama dan dakwah"..

Maka....
"Janganlah engkau salah menaruh cinta....
titipkanlah pada wanita solehah...
kerana ia adalah bidadari dunia..
anugerah terindah yang Allah berikan kepadamu"....

>>>Sabda baginda Rasulullah, " Seseorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu." (Riwayat Bukhari, Muslim)

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah....

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸

•❤•Ya Ukhti...
"Jangan salah menaruh cinta...
kerana engkau akan merana selamanya...
titipkanlah cintamu pada lelaki yang soleh...
yang ada AGAMA di hati yang mampu menjadi iman dalam solatmu kelak...
kerana ia bakal menjadi bapa kepada anak-anakmu...

Maka.....

Janganlah engkau salah menaruh cinta...
titipkanlah pada lelaki yang soleh...
kerana di hati dia akan sentiasa berusaha sama-sama mencari jalan kesyurga bila bahtera di layar dan masjid di bina...

>>>Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”.
(Ali Imran 133-134).

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸

•❤•Semoga kita semua menjadi insan yang soleh dan solehah serta mendapat pasangan yang soleh dan solehah....INSYAALLAH..

•❤•HasbunAllah Wani' mal waqil Semoga Yang Hadir Itu Menguatkan Kasih ku Dengan Illahi iaitu Pemilik Seluruh Hati Ini...

..♥(❤◕‿◕❤)Amin Amin Ya Rabbal Alamin♥(❤◕‿◕❤)...
Senyum (✿◠‿◠)....

Friday, December 16, 2011

Bingkisan 13

Hati...terlalu haluskah ia??
Mekar bila disentuh,
Bahagia bila dibelai;
Berputik kuntuman yang harum mewangi,
Mewarnai episod kehidupan..

Hati...terlalu haluskah ia??
Tercalar bila dikasari,
Terluka bila diherdik;
Memakan hati menjerat diri,
Kan tetap terpalit walau tiada dendam

Hati...terlalu haluskah ia??
Sejuk bila dipujuk,
Cair bila sering dirayu;
Terjalinlah sebuah ikatan yang pernah terlerai...

Namun...sampai bila ia akan terus bertahan???
Mampukah ia menanggungnya?
Bila badai datang melanda;
Masih adakah kesempatan?
Masih terbukakah pintu kemaafan??
Buat insan yang pernah bertakhta..
NUKILAN-NSK

Tudung Labuh Tak Semestinya Ustazah..

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sastera la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
dan ingat wahai lelaki.. ramai yg lbih alim dr kalangn kmu..

Tuesday, November 29, 2011

Fakta Menarik - Rahsia Alam


  • *Rama2 merasa makanannya dgn kaki
  • *Bunyi itik tidak mnghasilkan talun (echo)
  • *Dlm tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih byk tenaga b’banding keseluruhan tenaga yg boleh dibebaskan dr senjata nuklear yg t’dapat di bumi
  • *Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah drpd takut mati
  • *Gajah ialah satu-satunya mamalia yg tidak boleh melompat
  • *1 dr 2 billion manusia akan dapat hidup hingga 116 tahun atau lebih.
  • *Tidah mustahil bago lembu menaiki tangga, tetapi tidak boleh menuruni tangga.
  • *Wanita berkelip mata 2 kali lebih byk drpd lelaki
  • *Siput boleh tidur sehingga 3 tahun
  • *Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan tetapi tumbesaran hidung & telinga tidaknpernah berhenti selagi hidup
  • *Semua beruang kutub adalah kidal
  • *Mata burung unta adalah lebih besar dr saiz otaknya
  • *TYPEWRITER adalah perkataan yg trpanjang yg boleh dibina dr huruf2 yg trdapat dlm 1 barisam yg sama  pd papan kekunci

Friday, November 25, 2011

SOLAT DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, 



Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud:"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," ( Riwayat At-Thabarani )

Wednesday, November 23, 2011

ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU…

Bagaimana si dia menawarkan cinta kepada anda? 

Persoalan Lazim Remaja
            “Bagaimana kita hendak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?”
“Selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?”
“Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buatistikharah. Jadi, perlukah saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun kepadanya?”
“Saya takutlah hendak membuat istikharah. Takut nampak apa yang saya tidak berkenan.”
Apa Itu Istikharah?
            Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, mahu membeli kereta VIVA ataupun Myvi? Mahu balik kampung ataupun mengikuti program keusahawanan semasa cuti semester? Mahu mengikuti jurusan Undang-undang Sivil ataupun Undang-undang Syariah?
Bagaimana membuat pilihan?
Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.
Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan larangan-Nya. Contohnya, mahu memakai tudung ataupun tidak? Mahu memakai jeans ataupun baju kurung? Mahu pergi dating ataupun study?
Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan
            Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mantera dan meramal masa depan. Pelbagai kreativiti direka-reka bagi menilik nasib seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu. Mereka meramal bagi mengetahui bilakah waktu yang sesuai memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90).
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti itu, Allah SWT mensyariatkan istikharahyang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilihistikharah sebelum memutuskan urusannya.
Doa Istikharah
 
            Maksudnya: 
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”
Galakan Istikharah
            Galakan istikharah sangat tinggi dalam Islam, hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh (generasi awal yang dekat dengan zaman Nabi) bersepakat yang istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah, “Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran, sabdanya, 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini….'” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
            Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.
            Rasulullah SAW berkata: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
            Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharahdan berbincang, kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .
Apakah pandangan Islam berkenaan mimpi (ru’yah)?
Realiti tiga golongan.
1.      Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.
2.      Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit(tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.
3.      Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah  dengan apa yang sudah diyakini berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat ini lebih adil dan sederhana.
Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan berkenaan kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya adalah:
·Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi, hubungannya dengan Allah sudah mantap maka dia hanya perlu solat dengan menggunakan niat, maka mimpinya dikira batil dan tidak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).
·Mimpi seseorang tidak diambil kira sekiranya bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung  bermimpi makan khinzir hingga menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap.)
·Mimpi seseorang yang tidak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sendiri, bukan hujah untuk orang lain. (Misalnya, seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang itu memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)
·Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham(prasangka), justeru kita tidak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui berkenaan agama dan akhlaknya, maka tidak perlu terburu-buru percaya kepada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).
·Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang sudah tetap (thabit) daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.
·Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).
·Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan, perlunya nilaian daripada al-Quran dan al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber itu yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).
·Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).
Wujudkan Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?
            Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita supaya beristikharah (berdoa pada Allah) dan bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.
Kita tidak perlu meragui lagi yang Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup baginda apabila mahu membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan, seperti baginda mengajar kami satu surah dari al-Quran, sabdanya:
Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan melakukan sesuatu perlulah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat.” Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.
Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun a’laih).
Selepas mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah dengan Khaulah binti Hakim bin al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang mencadangkan calon isteri untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan iaitu Saudah dan Aisyah. Berdasarkan nilaian akhlak dan agama memang patut dijadikan isteri. Natijahnya, Rasulullah SAW meminta beliau menyampaikan pinangan baginda kepada calon yang dimaksudkan itu.
Kesimpulannya:
·Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah.
·Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi. Namun sekiranya kita bermimpi yang baik, ia boleh menjadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tidak patut diingkari secara umumnya.
·Petunjuk dapat hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama.
·Selepas beristikharah dan berbincang ,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.

copy from sebarkanbahagia.blogspot.com

Friday, November 4, 2011

Bingkisan 12

hujan membasahi bumi
selebat mutiara  mengiringi kesedihanku
dinginnya alam menambahkan dingin di hati
tika aku keseorangan
kilauan kilat menyapa lamunanku
menyentap pandanganku
ku tatap ciptaan Ilahi
dengan kesyahduan hati
keindahannya menusuk kalbu
ketenangan bertandang
angin bayu menampar tubuhku
menggamit memori lalu,,
dan pergi bersamanya..

Friday, October 28, 2011

izinkan aku..~


‎~✿..Izinkan aku MENGUNDUR DIRI, kerana aku TAKUT hati ini TERSASAR dari landasan cintaNya..
...izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh HARAPAN pada sesuatu yang tidak pasti..
...izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri ini TIDAK SETANDING kamu, aku tahu tahap IMANKU..


Namun aku TIDAK TAHU tahap iman kamu..yang pasti, tahap iman kamu jauh LEBIH TINGGI daripada tahap imanku yang cuma secebis..✿~

>>> Hati kita Allah yang PUNYA, hati kita biar Allah yang 
JAGA..kamu, cukuplah aku MENYAYANGIMU sebagai SAHABAT..kerana diri ini masih mencari CINTA SEJATI milik Yang Maha Melihat..(✿◠‿◠)

Wednesday, October 26, 2011

~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM~

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


READ THIS..

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?



Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.."

Monday, October 17, 2011

Bingkisan 11

... alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru penuh ketenangan,
tetapi,
hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya ..
begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa...
tetapi,
hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya ..


jika kau rasa kecewa,
maka pandanglah sungai,
airnya tetap mengalir,
biarpun berjuta-juta batu menghalang..


jika kau merasa sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar,
bahawa Allah sentiasa bersamamu..


- bersangka baiklah dengan Allah -

Friday, October 14, 2011

Lelaki..

Lelaki,

Jika betul kau menyayangi aku seorang wanita,

Bimbing lah aku ke jalan Allah,

Lelaki ,

Jika betul kau ingin bersamaku ,
Janganlah kau bawa aku ketempat maksiat,
Bawalah aku ke Masjid menambah ilmu,
Untuk kesucian Agama Allah.....

Lelaki ,

Jika betul kau mengharapkan kesetiaanku,
Janganlah kau membiarkan aku sendirian ,
Mencari kesetiaanmu pula...



Lelaki,

Kau adalah kaum Adam,
Aku wanita kaum Hawa dari rusuk kirimu,
Kayu yang bengkok perlu diluruskan,
Dengan iman bukannya dengan penghinaan....

Lelaki,

Lembutku bukan hiasan ,
Lembutku adalah keistimewaan,
Untuk menjadi peneman setiamu,
Dan menjadi surimu sentiasa,

Lelaki,

Mari bersama ku ,
Untuk membina agama Allah,
Aku lemah tetapi akan kuat ,
Jika kau bersama ku....

InsyaAllah..........

Jaga Diri ...

Jaga diri untuk Allah,
Jangan sia-siakan ciptaanNya,

Jaga diri untuk Rasulullah,
Jangan hampakan baginda di mahsyar,

Jaga diri untuk Islam,
Jangan cemarkan akidahnya,

Jaga diri untuk keluarga,
Jangan rosakkan maruah mereka,

Jaga diri untuk insan terpilih,
Jangan biarkan dia rugi memilikimu.