^^,


Sunday, October 12, 2014

cara untuk terus kuat

"Nur ada satu habit sejak dari dahulu, bilamana nur rasa tersangat sedih,lemah,kecewa, dan sewaktu dengannya dan ketika itu solat dan pengajian Al Quran pun tidak mampu diberi fokus yang sewajarnya, nur akan lakukan perkara ini.(ini untuk tahap yang kritikal.kalau biasa-biasa, biasanya nur hanya akan melakukan solat sunat,tahajud dan perbanyakkan mengaji al quran)

Selepas selesai solat dan berdoa, nur akan rebah di sejadah. Nur yang berbadan panjang ni akan berusaha mengecilkan badan supaya muat-muat di atas sejadah tu. Masa tu nur akan luahkan dan mengadu semua benda yang nur rasa pada Allah walaupun mulut tidak dibuka. Ini kerana nur merasakan sejadah itu sangat menyenangkan dan nur rasa seperti sedang didakap oleh pelukan seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya dan nur tahu itulah dakapan kasih sayang Nya yang sangat menyayangi nur.

Sesi luahan itu berterusan bersama air mata sehinggalah nur tertidur dalam dakapan kasih sayang Nya. Dan apabila nur tersedar dari tidur yang sekejap itu, nur akan rasa seakan tenaga dan semangat nur telah dipulihkan dan dirawat. Allahu Allah. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang berlaku kepada hamba Mu. Dakaplah aku sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Mu. Allahumma aaminn.

Ramai yang bertanya pada nur akan tips untuk menjadi kuat dalam menghadapi dugaan dan ujian. InsyaAllah inilah cara yang nur amalkan selama ini. Moga bermanfaat. J

Nur dan kamu semua hanyalah hamba. Sebagai seorang hamba sudah selayaknya kita diuji. Ada masa kita gembira ada masa pula kita bersedih. Itulah kehidupan. Tidak akan pernah ada rehat melainkan kerehatan yang sebenar selepas kita mati dan menemui Pencipta kita.

Bertabahlah duhai sahabat dan hati, kerana sesungguhnya ujian itu tanda cinta Allah kepada kita. Cinta menuntut kesabaran dan keyakinan. Cintanya kita kepada Allah menuntut pengorbanan dan pengertian yang lebih hebat dan kuat kerana yang kita cintai itu juga hebat. Bersabarlah kerana disebalik kesedihan itu tersimpan sejuta hikmah yang tidak kita ketahui dan tiadalah sesuatu itu berlaku melainkan Allah sedang memelihara kita dari sejuta keburukan yang tidak kita ketahui.


Senjata kita adalah doa. Doa,doa,doa dan teruskan berdoa. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kejujuran dan keilhlasan hati kita dalam memanjatkan doa kepada Nya pasti tidak akan disia-siakan. Sabarlah kerana Allah lebih tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk doa kita dimakbulkan. Teruskan berdoa dan dekatkan diri kepada Nya. insyaAllah. Wallahualam."

sumber : http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2014/10/random-post.html