^^,


Friday, October 28, 2011

izinkan aku..~


‎~✿..Izinkan aku MENGUNDUR DIRI, kerana aku TAKUT hati ini TERSASAR dari landasan cintaNya..
...izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh HARAPAN pada sesuatu yang tidak pasti..
...izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri ini TIDAK SETANDING kamu, aku tahu tahap IMANKU..


Namun aku TIDAK TAHU tahap iman kamu..yang pasti, tahap iman kamu jauh LEBIH TINGGI daripada tahap imanku yang cuma secebis..✿~

>>> Hati kita Allah yang PUNYA, hati kita biar Allah yang 
JAGA..kamu, cukuplah aku MENYAYANGIMU sebagai SAHABAT..kerana diri ini masih mencari CINTA SEJATI milik Yang Maha Melihat..(✿◠‿◠)

Wednesday, October 26, 2011

~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM~

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


READ THIS..

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?



Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.."

Monday, October 17, 2011

Bingkisan 11

... alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru penuh ketenangan,
tetapi,
hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya ..
begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa...
tetapi,
hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya ..


jika kau rasa kecewa,
maka pandanglah sungai,
airnya tetap mengalir,
biarpun berjuta-juta batu menghalang..


jika kau merasa sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar,
bahawa Allah sentiasa bersamamu..


- bersangka baiklah dengan Allah -

Friday, October 14, 2011

Lelaki..

Lelaki,

Jika betul kau menyayangi aku seorang wanita,

Bimbing lah aku ke jalan Allah,

Lelaki ,

Jika betul kau ingin bersamaku ,
Janganlah kau bawa aku ketempat maksiat,
Bawalah aku ke Masjid menambah ilmu,
Untuk kesucian Agama Allah.....

Lelaki ,

Jika betul kau mengharapkan kesetiaanku,
Janganlah kau membiarkan aku sendirian ,
Mencari kesetiaanmu pula...



Lelaki,

Kau adalah kaum Adam,
Aku wanita kaum Hawa dari rusuk kirimu,
Kayu yang bengkok perlu diluruskan,
Dengan iman bukannya dengan penghinaan....

Lelaki,

Lembutku bukan hiasan ,
Lembutku adalah keistimewaan,
Untuk menjadi peneman setiamu,
Dan menjadi surimu sentiasa,

Lelaki,

Mari bersama ku ,
Untuk membina agama Allah,
Aku lemah tetapi akan kuat ,
Jika kau bersama ku....

InsyaAllah..........

Jaga Diri ...

Jaga diri untuk Allah,
Jangan sia-siakan ciptaanNya,

Jaga diri untuk Rasulullah,
Jangan hampakan baginda di mahsyar,

Jaga diri untuk Islam,
Jangan cemarkan akidahnya,

Jaga diri untuk keluarga,
Jangan rosakkan maruah mereka,

Jaga diri untuk insan terpilih,
Jangan biarkan dia rugi memilikimu.

Thursday, October 13, 2011

Konsep 5K

Konsep 5K bagi mereka yg memikirkan tentang perkahwinan...

Tahukah anda Konsep 5K ?

Konsep 5K adalah cetusan dari 4 Saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup yg Islami:

1. Kenal - Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenal = kenali melalui saluran yg betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.

2. Kelas - Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.

3. Kufu - Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.

4. Kasih - Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima - keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua2 dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan.

5. Kahwin - Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. 

Wednesday, October 12, 2011

KEBAIKAN AIR MATA

1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata

.5. Mengurangi stress Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Sunday, October 9, 2011

Darjat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu. Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan hati yang terbuka dan bersyukur. Kalau tidak diberi, dia bersabar, lebih suka membantu suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Ini adalah darjat Isteri paling istimewa seperti mana darjat yang ada kepada ummul mu'minin dan wali Allah.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Kalau yang diperlukan tidak ada, maka dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu duniawi, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah kepada rumahtangga. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasiq
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, bahkan yang tidak perlu. Menjadikan nafsu lebih daripada kehendak agama. Kalau diberi pun tidak pernah puas dan bersyukur, tidak pernah rasa cukup selalu ingin disanjungi. Kalau tidak diberi dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasiq. Isteri ini selalu sahaja derhaka kepada suami, apatah lagi dengan Allah.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai keranaNya: sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

7 Kalimat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa di laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merancangkan sesuatu di hari esok.

5. Mengucap Laa haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tidak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya ..

Thursday, October 6, 2011

Memandangnya..Dapat Pahala..

apabila kita tengok sahaja 5 perkara nie, kita akan dapat pahala..InsyaAllah..
  • Ka'abah
  • Air Zam-zam
  • Al-Quran --> 1 huruf [dalam solat] = 100 ganjaran
                      --> 1 huruf [luar solat] = 10 ganjaran
                      --> 1 huruf [melihat sahaja] = 1 ganjaran
  • Wajah kedua-dua ibu bapa
  • Lautan
Betapa mudahnya untuk kita mendapat pahala dan begitu juga mudahnya Allah nak berikan kita pahala, namun kenapa begitu sukar untuk kita laksanakannya..sama2lah kita muhasabah diri..setiap perkara yang diciptakan pasti ada tujuannya..Allah tidak akan menciptakan sesuatu yg sia2..sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui..renung2kan dan selamat beramal..