^^,


Monday, February 24, 2014

Senyum



Assalamualaikum..
Taktala kesibukan ini, hati meronta nak update jugak blog..hehe
Baca je la apa yg akan dicelotehkan tgh2 mlm ni..:P
Alhamdulillah dapat siapkan tugasan pertama dengan baiknya bersama ahli kumpulan. ada lagi 3 tugasan yang perlu dihantar sebelum cuti sekolah ni..tu tak termasuk lawatan dan aktiviti maktab..aiyakk..! *-*
Moga dipermudahkan segalanya.
Kalau kita rasa stress, serabut, kelam kabut dan sewaktu dengannya, cepat2 berzikir dan senyum..senyum untuk tenangkan hati..senyum untuk damaikan jiwa..senyum untuk diri sendiri..:D:Dtak pun curi sedikit masa dalam kesibukan itu, untuk muhasabah diri..biasanya buatlah selepas solat..ambil masa untuk bersama Allah..in sya Allah tenang diri..”dengan mengingati Allah, hati kan tenang.”
Kalau kita terasa hati dengan seseorang, cepat sangat rasa down + sedih, xtau kenapa..mungkin Allah bagi teguran secara tak langsung melalui sahabat tu tapi adakalanya kita tak sedar..pun cepat2 istighfar..moga diberikan ketenangan dalam diri. Ini adalah sebahagian dari dugaan hati. Sama ada diri kita, hati kita kuat atau tidak.^^^^,, asam garam kehidupan gitu..heee
Dan pilihlah MEMAAFKAN..walaupun ia susah..n-n
 (forgiveness is the medicine of heart) - betul kan..?

Setakat tu dulu sembang santai malam ni..boleh sambung buat tugasan lain lepas ni..ingatlah, “sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (surah Insyirah)
Sebelum tidur, jom audit diri dulu. Moga hari esok bertambah baik dari hari sebelumnya..
-JAGA HATI DENGAN ZIKIR DAN SENYUM-
peace

Thursday, February 20, 2014

Talkshow ‘Aku Ada Wali’ - Ustazah Fatimah Syarha



Assalamualaikum..
Alhamdulillah, atas nikmat udara yang diberikan. Alhamdulillah atas nikmat kesihatan dan kudrat yang dikurniakan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang ada di muka bumi ini. Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menghadiri satu lagi majlis ilmu walaupun sedang berada dalam kesesakan dan kesibukan tugasan. Syukur sangat2 dapat bertemu dengan Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Tak puas rasanya mata ini memandang wajah ustazah. Tak puas telinga ini mendengar suara (live) ustazah.. tersangat mengagumi peribadi ustazah. Moga diberi kekuatan untuk mendidik hati ini, diri ini menjadi sepertinya..amin.
Sembang Santai / Talkshow ‘Aku Ada Wali’ telah diadakan pada 18 Feb 2014 bersamaa 18 Rabiulakhir 1435H.
Tak nak berceloteh panjang, saya nak berkongsi 7 Nota Cinta yang difokuskan dalam sembang santai ni. Kebanyakkan nota cinta ini diterangkan serba sedikit oleh ustazah dan doktor serta dikaitkan dengan drama Aku Ada Wali yang sedang ditayang di Tv Al-Hijrah setiap Selasa jam 10 malam. :))
                                   
1)      Nota Cinta 1 – Cinta nombor satu. Cinta pada yang Satu.
-  Apabila kita rindu Allah, carilah surat cinta Allah (AL-QURAN)
2)      Nota Cinta 2 – Begin with the end in the mind. Niat dan Matlamat.
3)      Nota Cinta 3 – Dapat Allah lebih beruntung dari segalanya.
4)      Nota Cinta 4 – Cintakan ibubapa menghantar kepada Cinta Utama.
5)      Nota Cinta 5 – Bijak Memilih.
6)      Nota Cinta 6 – Celikkan Cinta yang Buta.
7)      Nota Cinta 7 – Kudrat Manusia Terbatas. Bergantunglah pada ALLAH yang kuasanya Maha Luas.

Alhamdulillah majlis ilmu ini berjalan dengan lancar meskipun ustazah tidak berapa sihat tapi cinta hatinya sentiasa membantunya..:D
Di akhir majlis, ada jualan buku2 ustazah dan saya telah membeli dua buku ini. Dah lama mencari buku ini dan akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. Siap ambil tandatangan ustazah untuk dijadikan kenangan..^^, dan berkesempatan untuk bergambar bersama ustazah. Allah, ibaratnya niat di hati ini untuk berjumpa depan2 dengan ustazah diperkenankan..moga ketemu lagi. Moga diizinkan juga untuk menghadirkan diri ke majlis2 ilmu lagi..in sya Allah.


Noted: terbaca kisah Adik Sofwatul Amani. Sedih mengenangkan bayi yang masih kecil menanggung derita ini. Moga ibu dan ayah amani kuat menhadapi ujian ini. Moga adik amani juga kuat.  Allah uji orang2 yang Dia sayang. T_T mari sama2 kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan. Doakan yang terbaik buat amani dan keluarganya. kini Sofwatul Amani tenat.
  

Friday, February 14, 2014

**,



Assalamualaikum..
Terasa seminggu ini berlalu dengan cepat..hajatnya nak pulang ke rumah (walaupun last minute) tetapi tak jadi atas sebab2 tertentu..antaranya xdpt kebenaran drpd parents..heee takpela,.mungkin ada lah sebabnya yg kita xtau..:D
Tugasan semakin banyak, tapi kenapa susah sangat nak mula dan buat ni…mood assgmnts cepatlah dtggg…tarikh test math juga makin hampir…bila nak mula study nii??! Ya Allah, mudahkanlah urusan kami..

Alhamdulillah, hari rabu baru2 ni berkesempatan menghadirkan diri ke taman syurga iaitu majlis ilmu yang bertajuk “Kerana-Mu, Aku dan Dia Bertemu”. Masa mula2 dengar tajuk forum ni minda ligat berfikir, ada banyak tafsiran berkenaan tajuk ni. Dan dibawah ni ada sedikit perkongsian berkenaan tajuk forum..[sumber]

Panel Pertama oleh Ustaz Luqman Daud

Tafsiran pertama:
Kerana Rasulullah, aku dan Allah bertemu dalam erti kata melalui pengorbanan Rasulullah kita dpt mengenali Allah.

Tafsiran kedua:
Sepasang kekasih,lebih kepada hubungan antara manusia. :)

Tafsiran ketiga:
Pertemuan dengan haiwan kesayangan.

Panel memilih tafsiran pertama:
Rasulullah dan para sahabat telah berkorban spenuh harta dan jiwa mereka dalam menyampaikan Islam sehingga agama Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia hingga ke hari ini. Banyak sirah yang menceritakan tentang pengorbanan mereka.

Panel Kedua oleh Ustazah Nurul Atiliana

Menafsirkan tajuk dengan erti kata 'Bulatan gembira' atau Usrah kerana di dalam bulatan tersebut hati-hati yang ingin memahami Islam bertemu. Dalam bulatan gembira tersebut, hati-hati disatukan, ikatan ukhuwah terjalin, dan banyak ilmu yang dipelajari.

Kedua - kedua panel menyentuh mengenai usrah yang merupakan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semasa permulaan dakwah baginda, usrah merupakan wasilah untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat. Institusi usrah yang pertama adalah di rumah al-Arqam
 
Antara kepentingan usrah yang di kupas:

1.Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur islam.
2.Meningkatkan penghayatan 'amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam.
3.Menjalinkan dan mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekrja secara jemaah.

Usrah bosan? Tidak menarik? Apa puncanya?
- Ahli-ahli dlm usrah tersebut mempunyai peranan untuk menjdikan usrah tersebut mnarik.
- Ahli usrah boleh mencadangkan kepada naqib atau naqibah untuk melaksanakn aktiviti-aktiviti menarik seperti futsal, masak-masak dan sebagainya.


Kesimpulan:

Usrah merupakan wasilah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t ;)

Dan alhamdulillah siang tadi berpeluang untuk melawat sekolah yang bakal saya dan sahabat berpraktikum. Berpeluang juga untuk meneroka jalan2 yang tak pernah lalu sebelum ni. Ibaratnya macam jalan2 sambil menerokai alam. Adventure la jugak sebab pertama kali lalu situ. Berpandukan signboard dan GPS, semuanya berjalan lancar. Macam2 jalan kami lalu. Macam2 orang yang kami jumpa. Terima kasih atas keramahan dan kerjasama anda..(peace)

Walaupun minggu ni berlalu dengan cepat, tapi setiap detik itu dipenuhi dengan aktiviti2 yang mencuit hati..kelas yang berlangsung dengan happy2..makin lama, pensyarah yang baru mengajar kami semester ini mula untuk menyakat2 kami, bergurau senda dengan kami..bagi pensyarah yang dah lama kenal kami lagi la kuat mengenakan kami dan bergurau2..ya, ia adalah 1 sesi pembelajaran dimana kelas tidaklah jadi terlalu serius dan bosan…heee

Alhamdulillah, kesihatan diri ini juga semakin baik. Mula melakukan aktiviti2 yang ditangguhkan sebelum ini antaranya aktivti berkaitan dengan pakaian..(faham2 la kn) lepas stress dpt buat semua tu..xprlu hantar ke dobi lagi..walaupun kat tempat operate bertambah baik tapi aktivti lasak tidak dibenarkan lagi..aktiviti olahraga pun xboleh buat lagi..kalau buat pn, sekadar yang mampu. Syukur sangat sebab ada sahabat ada yang operate juga, so sama2 la kitaorang buat versi slow motion punye…hehe –moga kami cepat sembuh- ^_^

Setakat ni dulu story mory sy..mudah2an diberi kesempatan lagi untuk terus berkarya..(prasan jap, haha) oh ye, MAKLUMAN. 
<Biro Agama, Moral dan Disiplin BADAMD 14/15>

Insyaallah pada 18 Feb 2014 bersamaan 18 Rabiulakhir 1435H BADAMD JPP 14/15 akan menganjurkan Sembang Santai / Talkshow Bersama Ustazah Fatimah Syarha yang bertajuk "Aku Ada Wali"..
Banyak perkara yang akan diulas oleh Ustazah terutama berkaitan dengan cinta di alam remaja terutama dalam kehidupan kita di IPG khususnya...
Oleh itu...
Kosongkan tarikh, luangkan masa, persiapkan diri, jemput rakan sekelas, roomate, housemate, serta rakan-rakan yang berada di luar IPG untuk bersama-sama kita mendengar kupasan serta pendedahan yang lebih lanjut dari salah seorang panel rancangan 3 Ustazah ini insyaallah..JEMPUT HADIR..:))


Noted: Alhamdulillah, capai juga hajat sy nak pergi pantai. Tiba di kawasan pantai, angin bertiup kencang..ombak agak besar. Tapi rasa tenang sangat. Duduk menghadap laut ibarat melihat pemandangan di kertas lukisan. Tenung ke arah langit dan laut yang dalam dirasakan seperti semua masalah hilang ketika itu..Allah, moga diizinkan lagi untuk ke pantai..mungkin pantai di tempat lain..:DD