Pasangan hidup adalah
salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah
kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat
manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang
sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi sesetengah
orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan
tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung
datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum
berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara
telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum
berhasil.
Mari kita berhenti
sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada
sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu
sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui
kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak
pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya
kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika
jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam
bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya
pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang
dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu
sebaik-baik pengatur. Be Positive ^_^
No comments:
Post a Comment