“Jangan katakan kepada
Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah
kita ada Allah”
Ketika kita ditimpa
sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup
ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat
kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk
kita kemudahan.
Kerana sesungguhnya
disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah,
disebalik kesusahan ada kemudahan.
“Maka sesungguhnya
bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan
datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak
akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun,
mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya,
diberikan penyelesaian yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia
memberikan ganjaran pahala untuk kita.
Tanpa malam, bulan
purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga
sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan
takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah
mendung terbitlah cerah.
Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah
sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika
ketabahan yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang
sentiasa kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah.
Masalah datang untuk kita
hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses
pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan
menjadi orang yang luar biasa.
”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.
Mari bersama kita
menakluki masalah!
.
Sumber asal: http://www.dakwatuna.com/2012/03/19201/masalah-itu-manis/
Sumber asal: http://www.dakwatuna.com/2012/03/19201/masalah-itu-manis/
No comments:
Post a Comment