^^,


Tuesday, November 20, 2012

bicara hati


Assalamualaikum sahabat semua..jom muhasabah ttg ukhuwah. berkongsi artikel di blog http://srikandiasytari.blogspot.com/2012/11/ukhuwwah-itu-saudara-iman-oh-aku-baru.html baru sy tahu ukhuwah itu saudara iman. Allah temukan kawan persis kita supaya kita sedar yang dikutuk, dimaki, diherdik itu rupanya diri kita sendiri..pepatah juga mengatakan kawan ibarat cerminan diri kita..makin ramai kita berkawan@bersahabat makin kita dapat lihat tahap keimanan kita dalam tali ukhuwah dengan orang lain..wallahu’alam

renungan bersama:
# sahabat..
bila kau letih & hilang semangat,Allah tahu kau telah mencuba sedaya upaya..
bila tangismu berpanjangan & hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..
bila kau rasa ketinggalan & semua meninggalkanmu, ketahuilah Allah sentiasa disisimu..
bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuannya, Allah ada jalan penyelesaiannya..
bila tiada yang bererti buatmu, keliru & dan kecewa, Allah ada jawapannya..
bila kau sedih & keseoranga,ketahuilah kasih sayang Allah itu indah & luas..
Dia selalu ada untukmu..Allah tahu kadang kau sakit, Allah tahu kau sedih tp percayalah Allah senantiasa ada untukmu..Dia tak akan meninggalkanmu selagi kamu tak meninggalkan-Nya..yakinlah dengan-Nya..^^,

# hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian agar ia boleh terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada ‘KESELESAAN’.. tapi juga selesa pada ‘KESAKITAN’.. jadi senyumlah wahai temanku, walau suka, walau duka.. kerana yang SUKA itu ANUGERAH dan yang DUKA itu TARBIYYAH dr ILAHI buat hamba-Nya yang dikasihi..

#  “wahai khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan” jawab Saidina Ali, “ HUKUMAN adalah BILAMANA KAU DIUJI, DIRIMU SEMAKIN JAUH DARINYA, sedang UJIAN pula BILAMANA KAU DIUJI DIRIU SEMAKIN DEKAT RAPAT PADANYA.” n_n

Friday, November 16, 2012

nora - pedoman

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa
Segala belenggu
Sesal menikam jiwaku hiba terasa kebesaran-mu
Lantas ku tadah berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila ku menjauh kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmat-mu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh ku sebut nama-mu
Yang maha esa, maha pengasih, penyayang
Kurniaan-mu
Lantas ku sujud bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila ku menjauh kembali ke pangkal jalan

Biar pedoman ini berkekalan di hati selamanya
Pengubat jiwa
Penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba