Assalamualaikum sahabat semua..jom muhasabah ttg ukhuwah.
berkongsi artikel di blog http://srikandiasytari.blogspot.com/2012/11/ukhuwwah-itu-saudara-iman-oh-aku-baru.html
baru sy tahu ukhuwah itu saudara iman. Allah temukan kawan persis kita supaya kita
sedar yang dikutuk, dimaki, diherdik itu rupanya diri kita sendiri..pepatah
juga mengatakan kawan ibarat cerminan diri kita..makin ramai kita
berkawan@bersahabat makin kita dapat lihat tahap keimanan kita dalam tali
ukhuwah dengan orang lain..wallahu’alam
renungan bersama:
# sahabat..
bila kau letih & hilang
semangat,Allah tahu kau telah mencuba sedaya upaya..
bila tangismu berpanjangan &
hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..
bila kau rasa ketinggalan &
semua meninggalkanmu, ketahuilah Allah sentiasa disisimu..
bila kau telah mencuba segalanya
tapi tak tahu tujuannya, Allah ada jalan penyelesaiannya..
bila tiada yang bererti buatmu,
keliru & dan kecewa, Allah ada jawapannya..
bila kau sedih &
keseoranga,ketahuilah kasih sayang Allah itu indah & luas..
Dia selalu ada untukmu..Allah tahu kadang kau sakit,
Allah tahu kau sedih tp percayalah Allah senantiasa ada untukmu..Dia tak akan
meninggalkanmu selagi kamu tak meninggalkan-Nya..yakinlah dengan-Nya..^^,
# hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian
agar ia boleh terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada ‘KESELESAAN’.. tapi
juga selesa pada ‘KESAKITAN’.. jadi senyumlah wahai temanku, walau suka, walau
duka.. kerana yang SUKA itu ANUGERAH dan yang DUKA itu TARBIYYAH dr ILAHI buat
hamba-Nya yang dikasihi..
# “wahai
khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan” jawab
Saidina Ali, “ HUKUMAN adalah BILAMANA KAU DIUJI, DIRIMU SEMAKIN JAUH DARINYA,
sedang UJIAN pula BILAMANA KAU DIUJI DIRIU SEMAKIN DEKAT RAPAT PADANYA.” n_n
No comments:
Post a Comment