Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir
lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada
Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu
menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita
perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan
asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. Kita hanya perlu
bersabar. Yakinlah
bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan
terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta
yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?
Tentu
sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta
tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini.
Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah,
maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas
kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta
dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di
hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati
kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?
Pernah tak
anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman
lelakinya? Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki
berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman
lelakinya.
Tetapi
waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa
bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah,
ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah
Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah
yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka
tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak
kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk
kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong,
tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan
sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat
diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )
.
rujukan:
1. kerana cinta harus memilih (Ust. Burhan Sodiq)
credit to akuislam.com