Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam
kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap
dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam
kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh
dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati
menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam
hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah
diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan
dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti
ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi
ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian
untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang
mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi
seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan
yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin
menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive ^_^
No comments:
Post a Comment