assalamulaikum..post kali ni saya nak ajak sahabat2 akhawat terutamanya untuk join pertandingan ni..jom sahabat2 kita join pertandingan ni..tak salah berkongsi pengalaman kan..in sya Allah Lillahi Ta'ala..^^ sama2 kita bergerak, berjuang di jalan yang diredhai-Nya..^^, join this competition! pertandingan-hijrah-si-mawar-biru ayuh rebut peluang semua!!
^^,
Thursday, July 25, 2013
Sunday, July 14, 2013
Hikmah-Nya
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum..
Salam ramadhan buat sahabat2 semua yang disayangi kerana Allah. Moga
sihat2 dan sentiasa dibawah payungan rahmat-Nya. Alhamdulillah kita masih
bernafas lagi hari ni, diberi kesempatan untuk menghirup udara yang
dikurniakan-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan
peluang untuk memasuki gerbang rahmat ramadhan. Alhamdulillah masih diberi
kekuatan untuk menambahkan kecintaan beribadah di bulan yang penuh kemuliaan
ini. Alhamdulillah masih diberi kesabaran yang tinggi untuk menghadapi
ujian-ujian daripada-Nya. Alhamdulillah, dapat bertemu keluarga tersayang.
Dalam masa hampir sebulan berlalu, pelbagai dugaan dihadapi. Alhamdulillah
diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian-ujian ini. Gembira, seronok, sedih,
kecewa, penat semua dirasai dan dikongsi bersama sahabat2. Terimakasih sahabat2
kerana selalu menyokongku daripada belakang, membantuku taktala susah dan
senang, menegurku ketika ku salah, membelaiku ketika ku inginkan perhatian
sementara. Allah..terimakasih sahabat2 yang sentiasa disayangi kerana
Allah.moga ukhuwah ini sentiasa bertaut di hati kita semua. Semoga tali
persahabatan ini kekal utuh hingga ke syurga. Terimakasih
sudi menjadi sahabatku. Mengingatiku sentiasa dalam doa kalian.
Agak berpuitis ayat2 di atas..tapi tak pe la..sekadar luahan
hati tanpa bicara. Saya nak kongsi dua cerita dengan kalian. 1) rehlah di Pulau
Redang dan 2) pengalaman pulang ke
kampung. Tetapi saya nak kongsi cerita yang kedua. Yang pertama tu kita buat satu
entry khas nanti.
Ceritanya, saya dalam
perjalanan pulang ke rumah di salah satu daerah di Pahang. Tapi sebelum tu saya
perlu transit ke Kuantan terlebih dahulu sebabnya tiket direct terus ke daerah
rumah saya telah habis dijual. Ketika dalam perjalanan pertama iaitu ke
Kuantan, diri ini hanya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusanku
dipermudahkan. Mesej2 di hantar kepada sahabat2 untuk memohon doa dari mereka
jua. Masa ni memang 100% pergantungan hanya pada Allah sahaja. Jam menunjukkan
angka 7.30pm, ‘boleh buka puasa dah ni.’ Lalu botol air diambil, baca doa dan
air diteguk perlahan. ‘alhamdulillah, nikmatnya walaupun berbuka dengan air
kosong.’ Hati masih gelisah kerana memikirkan sempat atau tidak untuk menaiki
bas seterusnya pada jam 8 malam. 7. 45pm. Masih lagi dalam perjalanan. Beberapa
orang penumpang minta diberhentikan di kawasan2 tertentu. Diri makin gelisah. Hanya
berzikir + berdoa kepada Allah moga dipermudahkan segala urusanku. 7.58pm.
sudah memasuki kawasan Bandar Kuantan. 8.03pm. hampir tiba di terminal
sementara di Kuantan.
Dan…Alhamdulillah sempat. Berlari ku turun dari bas,
mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas lalu berlari mencari bas ke daerah
rumah ku. Nasib baik tidak jauh dari bas yang ku naik sebntar lalu. Segera ku
menghampiri pemandu bas itu, lalu menghulurkan tiket. Alhamdulillah sempat! Menaiki
tangga bas dengan Bismillah. Mencari tempat duduk dan mengucapkan syukur lagi. Allah,
terasa sangat Allah bersamaku. terima kasih ya Allah. Selang 3 minit kemudian,
bas memulakan perjalanan. Doa dibaca. Terasa penat sekali tetapi ku tahu ada
hikmahnya. Doa makan dibaca lalu ku menjamah 2 keping roti. Selesai mengisi
perut, ku terlena. Setengah jam sebelum tiba ke destinasi, ku tersedar. ‘Alhamdulillah,
nak sampai da. Mudahnya urusanku hari ini, ya Allah. Moga urusanku dan urusan2
keluargaku, urusan2 sahabatku juga dipermudahkan juga. Ameen.’
Ingatlah Allah selalu, nescaya Allah akan mengingatimu. Ingatlah
Allah ketika senang, Allah akan ingat kita ketika kita susah. Cara mudah nak
Allah? BERZIKIRLAH. Dengan mengingati Allah hati kita kan tenang. In sya Allah.
Setakat ini dulu perkongsian saya. moga ada maslahatnya. ^^,
salam ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelum ini. jom tingkatkan amal ibadah kita. rebutlah peluang bertemu Lailatul Qada |
Subscribe to:
Posts (Atom)