^^,


Sunday, July 14, 2013

Hikmah-Nya



Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum..
Salam ramadhan buat sahabat2 semua yang disayangi kerana Allah. Moga sihat2 dan sentiasa dibawah payungan rahmat-Nya. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi hari ni, diberi kesempatan untuk menghirup udara yang dikurniakan-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk memasuki gerbang rahmat ramadhan. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menambahkan kecintaan beribadah di bulan yang penuh kemuliaan ini. Alhamdulillah masih diberi kesabaran yang tinggi untuk menghadapi ujian-ujian daripada-Nya. Alhamdulillah, dapat bertemu keluarga tersayang.

Dalam masa hampir sebulan berlalu, pelbagai dugaan dihadapi. Alhamdulillah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian-ujian ini. Gembira, seronok, sedih, kecewa, penat semua dirasai dan dikongsi bersama sahabat2. Terimakasih sahabat2 kerana selalu menyokongku daripada belakang, membantuku taktala susah dan senang, menegurku ketika ku salah, membelaiku ketika ku inginkan perhatian sementara. Allah..terimakasih sahabat2 yang sentiasa disayangi kerana Allah.moga ukhuwah ini sentiasa bertaut di hati kita semua. Semoga tali persahabatan ini kekal utuh hingga ke syurga. Terimakasih sudi menjadi sahabatku. Mengingatiku sentiasa dalam doa kalian.


Agak berpuitis ayat2 di atas..tapi tak pe la..sekadar luahan hati tanpa bicara. Saya nak kongsi dua cerita dengan kalian. 1) rehlah di Pulau Redang dan 2) pengalaman  pulang ke kampung. Tetapi saya nak kongsi cerita yang kedua. Yang pertama tu kita buat satu entry khas nanti.

Ceritanya, saya dalam perjalanan pulang ke rumah di salah satu daerah di Pahang. Tapi sebelum tu saya perlu transit ke Kuantan terlebih dahulu sebabnya tiket direct terus ke daerah rumah saya telah habis dijual. Ketika dalam perjalanan pertama iaitu ke Kuantan, diri ini hanya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusanku dipermudahkan. Mesej2 di hantar kepada sahabat2 untuk memohon doa dari mereka jua. Masa ni memang 100% pergantungan hanya pada Allah sahaja. Jam menunjukkan angka 7.30pm, ‘boleh buka puasa dah ni.’ Lalu botol air diambil, baca doa dan air diteguk perlahan. ‘alhamdulillah, nikmatnya walaupun berbuka dengan air kosong.’ Hati masih gelisah kerana memikirkan sempat atau tidak untuk menaiki bas seterusnya pada jam 8 malam. 7. 45pm. Masih lagi dalam perjalanan. Beberapa orang penumpang minta diberhentikan di kawasan2 tertentu. Diri makin gelisah. Hanya berzikir + berdoa kepada Allah moga dipermudahkan segala urusanku. 7.58pm. sudah memasuki kawasan Bandar Kuantan. 8.03pm. hampir tiba di terminal sementara di Kuantan. 
Dan…Alhamdulillah sempat. Berlari ku turun dari bas, mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas lalu berlari mencari bas ke daerah rumah ku. Nasib baik tidak jauh dari bas yang ku naik sebntar lalu. Segera ku menghampiri pemandu bas itu, lalu menghulurkan tiket. Alhamdulillah sempat! Menaiki tangga bas dengan Bismillah. Mencari tempat duduk dan mengucapkan syukur lagi. Allah, terasa sangat Allah bersamaku. terima kasih ya Allah. Selang 3 minit kemudian, bas memulakan perjalanan. Doa dibaca. Terasa penat sekali tetapi ku tahu ada hikmahnya. Doa makan dibaca lalu ku menjamah 2 keping roti. Selesai mengisi perut, ku terlena. Setengah jam sebelum tiba ke destinasi, ku tersedar. ‘Alhamdulillah, nak sampai da. Mudahnya urusanku hari ini, ya Allah. Moga urusanku dan urusan2 keluargaku, urusan2 sahabatku juga dipermudahkan juga. Ameen.’
Ingatlah Allah selalu, nescaya Allah akan mengingatimu. Ingatlah Allah ketika senang, Allah akan ingat kita ketika kita susah. Cara mudah nak Allah? BERZIKIRLAH. Dengan mengingati Allah hati kita kan tenang. In sya Allah. Setakat ini dulu perkongsian saya. moga ada maslahatnya. ^^, 
salam ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelum ini. jom tingkatkan amal ibadah kita. rebutlah peluang bertemu Lailatul Qada

No comments:

Post a Comment