Assalamualaikum..
Baru pulang dari perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Taman
Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu..pengalaman yang sangat bermakna dan
menyeronokkan..alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..penat jangan dikata
tapi apa yang berlaku di sana banyak manfaatnnya..^^, entah bila pula dapat
join perkhemahan sebagai pelajar lagi kan..mungkin lepas ni, saya yang kena
conduct bila kat sekolah nanti..:) jadual perkhemahan tidaklah begitu
padat..simple n sempoi..boleh rileks2 lagi..tapi bagi saya, masa ni la kita nak
kenal2 dengan ahli kem yang lain..terutamanya bila memasak..kita bekerjasama
untuk masak yang terbaik buat sahabat kem semua..terima kasih kpd sekawan saya dan
lain yang beri kepercayaan kepada saya untuk tolong memasak makanan malam [hari
pertama tiba], serta makanan tengah hari dan malam [hari kedua]..memang ada
jadual yang disediakan tapi telah berlaku penukaran jadual bertugas atas sebab2
tertentu..kalau ikutkan, penat jugak dan kalau boleh nak kawan2 lain join waktu
memasak tu bila perlu tapi tiada yang sukarela..bila dapat kepercayaan daripada
kawan2 lain, in sya Allah saya cuba buat yang terbaik untuk hari kedua tu
walaupun penat..tapi seronok sebenarnya duduk dapur..banyak perkara kita boleh
belajar..berkongsi ilmu masakan dengan kawan-kawan yang bertugas masa tu
terutama dari kawan-kawan lelaki (ops, batasan jgn lupa jaga oke..:) ) ..banyak
jugak ilmu masakan dieorang..heeee terima kasih atas segala perlongsian..in sya
Allah, ingat dan akan diamalkan..=))
Bagi aktiviti kumpulan
pula, kami berperah idea untuk hasilkan yang terbaik walaupun bukan terbaik..:)
ya, masa ini kita belajar,.salah takpe..kita belajar untuk buat yang lebih
baik..waktu aktiviti ni xperlu stress2..semuanya buat suka2..:DD bagi UB
pengakap, kami byk ceramah tapi ceramah kami simple..diselang seli dengan
nyanyian lagu pengakap, waktu ceramah tidak berasa bosan dan mengantuk..best
sangat..pensyarah2 yang sporting dan sempoi..^^ terima kasih banyak2 atas
tunjukajar..
Ini sahaja
perkongsian perkhemahan UB saya..banyak lagi pengalaman2 + kenangan2 pahit
manis lain, tapi biarlah ia tersemat di kotak memori saya..:D lepas ini akan
ada 1 lagi perkhemahan iaitu perkhemahan BIG di Setiu, Terengganu. Moga dipermudahkan
urusan kami menguruskan BIG ini..amiinn..
p/s- saya mohon maaf jika sepanjang perkhemahan ini, saya
terkasar bahasa, termarah, mengarah sesuatu ke, membuat korang terasa hati ke,
menegur ke…maaf sangat2 sebab semua tu berlaku tanpa dipinta..xde niat di hati
nak buatkan korang terasa hati atau nak hilangkan mood korang ke apa..andai
saya salah, tegurlah saya juga kerana saya juga memerlukan teguran daripada
kawan-kawan semua..terimakasih kpd kawan2 pengakap saya..anda memang terbaik..
cogan kami “Buat Habis Baik!!” :DDD
No comments:
Post a Comment