^^,


Wednesday, October 23, 2013

exam!


Assalamualaikum
Tetiba rasa nak menaip something sebelum sambung study semula..^^,
Sempat lagi tu kan..ish3
baru tiba di ipg kelmarin..punyalah lama menambah cuti kan..hee
org duk sibuk mula study, kita blh lagi cuti..(jgn tiru tingkah laku ini ye..hehe)
so, bila da ad kat hostel, kena gigihkan diri utk stdy..hee niatkan Lillahi Ta'ala ye sahabat2..:)
Exam semester ni ada 5 paper..
Dan macam sem lepas jgak, paper kali ni agak rapat..
29/10-PJ
30/10-BI
7/11-teknologi dlm pendidikan (EDU)
9/11- pedagogi dlm p&p matematik
10/11- kalkulus
dan lepas tu boleh balik rumah..:D
Walaupun subjek sem ni susah, in sya Allah..kita cuba yg terbaik..
Okla, xde mood nak taip panjang2 sbb skrg tgh mood exam, byk lagi kna fahamkan.. [sebenarnya xde idea pn nak taip..hee]
Lebih kepada nak ucapkan gudluck kpd sahabat2 yg akan menduduki peperiksaan tak lama lagi..=)

noted-sy minta maaf atas segala-galanya..minta halalkan apa2 yang sy terambil, terguna atau yg brkaitan dgnnya..gudluck for exam, sy sentiasa mendoakan kejayaan kita brsama dan mohon doakan sy juga....in sya Allah..:D jom berjuang!! Bittaufiq wannajjah fil imtihan..ingat ALLAH selalu..:D

tips: berwudhu’ dan jom amalkan surah al-waqiah dan al-khauthar, doa belajar dan doa mudah urusan sebelum mula study..take it easy. ^^,

Thursday, October 17, 2013

BIG 4 di Laguna Agro Resort (3)



Assalamualaikum
Last day at laguna agro resort..
Tengok gambar je la..
Xde mood nak taip panjang2..heee
Last word for this BIG:
Terima kasih buat MT yang pilih tempat ni untuk buat BIG, bagi saya pilihan anda tepat. Banyak pengalaman dapat timba melalui perkhemahan ni. Suka duka pahit manis diharungi bersama..=)
Terima kasih classmates yang banyak bantu saya, kuatkan saya ketika saya jatuh dan lemah nak uruskan tanggungjawab yang dipikul..MT yang banyak bantu uruskan juga tentang makanan, dan sahabat2 kem yang beri kerjasama yang baik..


Terima kasih semua.=) maaf salah silap, maaf andai saya buat kalian terasa, tersakit hati, terkurang@terlebih dalam gurauan@bicara kata..harap dimaafkan..
Harap sangat dapat pergi kat sini lagi..nak buat aktiviti2 kat sini dengan lebih santai dan xramai orang..dengan teman2 rapat je…heee lepas tu, nak berehat dalam chalet, xnak dalam khemah..hihi [boleh plak rancang macam2, perginya tak tahu lagi bila..:P] in sya Allah, jika diizikan, sampailah juga kesana lagi..:D

BIG 4 di Laguna Agro Resort (2)



Assalamualaikum
Sambungan entry lepas.
Untuk hari kedua berBIG, kita layan tengok gambar je ye..harap segala gambar yg dikongsi dapat menceritakan kegembiraan kami di laguna.
Hari kedua, aktiviti kami pada PAGI hari - menanam pokok bakau dan nipah, mencari kepah, lala dan kawan2nya..heee [padahal tak ingat nama apa yang dicari], TENGAH HARI-bersantai di tepi laut, PETANG - mencari kerang dan berBBQ pada MALAMnya..=)











 walaupun tak dapat join aktiviti kutip kerang sebab kena masak tapi melalui pengalaman yg diceritakan kawan2, best sangat rasanya..harap dapat buat juga 1 hari nnt..melalui aktiviti ni la, saya dapat rasakan situasi sebenar macam mana nak kutip semua ini..selama ni klau nak makan, beli dan masak..tak pernah terfikir cara mengutipnya..bukan mudah ye sahabat2..so hargai para tangkapan hasil2 laut ni..-peace-

BIG 4 di Laguna Agro Resort (1)



assalamualaikum kalian.
Lama tak kongsi cerita kan..:P jadinya hari ni nak kongsi pengalaman berBIG di tepi laut Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu,..:D

’kan da masuk musim tengkujuh ni..nak pergi jugak ke?’

‘hmm pergila, kertas kerja pun da lulus, masa ni la nak merasa pengalaman berkhemah tepi laut, mengharungi situasi2 yang tidak dijangka..’ [dalam hati, timbul jua perasaan risau itu namun ditepis tepi dan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja]
Setiap sem wajib BIG tapi dlm byk2 BIG, BIG sem ni paling best, sempoi, seronok n awesome! Kenapa?? Sebabnya akan diceritakan sebentar lagi….heee sebelum tu nak kongsi pengalaman menjadi ketua ajk makanan..bukan mudah nak uruskan makanan untuk 72 orang pelajar bagi 3 hari 2 malam. Walaupun pada perancangan awalnya, kami menempah makanan dengan pihak agro, namun setelah perbincangan dibuat bersama pensyarah pengiring, hanya makanan siang yang akan ditempah..yela, sebab dari pagi sampai petang ada aktiviti, xsempat nak masak..huhu makanan malam pula kita akan masak..bermula saat dpt tahu kena masak..kepala da mula pening sebab bila kita nak masak, kena fikir banyak perkara…nak masak apa, bahan2 masakan apa, peralatan apa kena bawa, makanan sampingan apa, air nak buat atau beli dan macam2 la..tapi itu la dinamakan pengalaman, kalau tidak, tak merasa nak uruskan semua2 ni…^^^^, oke, sekarang jom kita menyelusuri pengalaman saya sepanjang berBIG dan menguruskan makanan di laguna..^_^
Hari pertama: pagi2 lagi sudah bersiap untuk uruskan makanan yg da ditempah dan akan diambil, beli ais, LO dan sewaktu dgnnya..kawan2 lain tak siap lagi, kita da siap2..alhamdulillah, semua dipermudahkan..walaupun pagi itu agak kelam kabut…hehe zikir penenang jiwa, metenteramkan diri yg gundah..selesai uruskan makanan pagi dan tengah hari, ambil roti dan ais, diri mendapat panggilan untuk segera ke bahagian peralatan memasak..semakan peralatan dibuat agar tiada yang tertinggal..ketika itu bas dah sampai, beg2 ku diserahkan kepada rakan2 untuk diangkut dalam bas..selesai hal peralatan, masuk bus dan bersedia untuk bergerak..ambil ayam dan bahan2 masakan di suatu gudang..penat tp tanggungjawab sy..sy kena lakukannya dgn baik..-smile- sampai2 di jeti, hari panas terik namun sy kuatkan hati untuk uruskan apa2 yg perlu..sampai d tapak prkhemahan, terus fikir hal masakan, dapur kat mana, makanan sampingan kt mana, nak bagi masa bila..banyak perkara kena fikir..emosi mula tidak terkawal tp dikawal juga sebaik mungkin..apa sy buat nak kawal semua tu? Ye, senyum+zikir=moga Allah kuatkan sy..=) dlm masa yg sama juga sy cuba utk bantu kawan sekhemah sy dirikan khemah..bila dipanggil utk makanan, bergegas pula ke dapur..nampak da kelam kabut kat situ..hehe macam tu la agaknya tugas qm makanan sebelum2 ni..petang itu, aktiviti kami membersihkan kawasan pantai..tapi saya tak join sangat sebab kena urus untuk makan malam, bersama dengan beberapa ajk makanan yg bertugas..selesai masak, kawan2 pun da siap bersihkan pantai, kami pun berkumpul dan … 1 kejadian yang disangka akan berlaku iaitu RIBUT…hampir jam 6 petang, kami semua terpegun meliha awan gelap yg berarak semakin menghampiri kami diiringi dengan hujan lebat ++ angin kencang…masa tu, hanya fikir khemah, barang2 dalam khemah,.dan kami dapat arahan untuk kemaskan khemah dan cabut semua khemah yag diapasang..sebabnya sudah ada khemah yang patah..waktu tu boleh lagi saya dan rakan sekhemah lambat2 kemaskan barang,.yela, kami dapat arahan paling akhir gara2 khemah kami antara yang paling hujung..dalam sekelip mata, kawasan khemah lengang, kosong seperti baru mula2 sampai tadi..masa tu baru la terfikir, macam mana nak tidur malam ni..tidur je la kat mana2, nama pun camping kan..heeeee

Back to kitchen, we ready to eat..perut masing2 da lapar, jadi sy pun kedapur uruskan mana yg patut..lauknya ayam merah BIG+nasi putih+timun+air oren..terima kasih yang sudi membantu dan menghulurkan tangan secara sukarela..qm makanan makan x? makan sikit, sekadar menjamah dan dipaksan oleh clasmates..hee makan tu pun berkongsi pinggan dengan sorang lagi classmate yg nak makan sikit juga..kebiasaannya gitulah, orang duduk dapur, memasak, dia xkan rasa nak makan sangat, melihat kawan2 dia makan pun dah terasa kenyang..erk? gitu eh? Yela, cuba tengok mak kita, bila dia masak, lama lepas tu baru makan..betul x?? selepas isya’, sy dapat arahan utk buat air panas, teh panas untuk kawan2 yang pasangkan khemah guna flying sheet semasa hujan lebat antara maghrib-isya’ tadi..ya Allah, kesian kat mereka…nasib baik ada biskut tawar untuk cicah2 dengan air teh…dan rasa nak ketawa bila ingat balik, kami masuk tidur jam 9.30 malam! Tak pernah saya g kem tidur awal macam tu..hehe nasib baik saya baring paling hujung dalam khemah panjang tu jadi saya bangun semula, pergi kat dapur, tengok apa la yang dieorang buat kat dapur..masa tu rasa kesian kat dieorang, lapar rupanya..aduii, layankan jugak beberapa orang yang datang dapur, nak air, nak biskut sambil2 kemas mana yang patut dan bual2 dengan orang2 yang ada kat situ…terima kasih semua..jam 11 malam, baru masuk tidur…masa tu tengok classmate da nyenyak tidur..terus baca doa dan tidur dalam kesejukan…macam tidur dalam aircond tapi aircond ni yang paling natural…

Next entry, sy akan sambung pengalaman hari kedua dan ketiga..macam dah panjang sangat entry ni..heee..=)