^^,


Thursday, October 17, 2013

BIG 4 di Laguna Agro Resort (1)



assalamualaikum kalian.
Lama tak kongsi cerita kan..:P jadinya hari ni nak kongsi pengalaman berBIG di tepi laut Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu,..:D

’kan da masuk musim tengkujuh ni..nak pergi jugak ke?’

‘hmm pergila, kertas kerja pun da lulus, masa ni la nak merasa pengalaman berkhemah tepi laut, mengharungi situasi2 yang tidak dijangka..’ [dalam hati, timbul jua perasaan risau itu namun ditepis tepi dan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja]
Setiap sem wajib BIG tapi dlm byk2 BIG, BIG sem ni paling best, sempoi, seronok n awesome! Kenapa?? Sebabnya akan diceritakan sebentar lagi….heee sebelum tu nak kongsi pengalaman menjadi ketua ajk makanan..bukan mudah nak uruskan makanan untuk 72 orang pelajar bagi 3 hari 2 malam. Walaupun pada perancangan awalnya, kami menempah makanan dengan pihak agro, namun setelah perbincangan dibuat bersama pensyarah pengiring, hanya makanan siang yang akan ditempah..yela, sebab dari pagi sampai petang ada aktiviti, xsempat nak masak..huhu makanan malam pula kita akan masak..bermula saat dpt tahu kena masak..kepala da mula pening sebab bila kita nak masak, kena fikir banyak perkara…nak masak apa, bahan2 masakan apa, peralatan apa kena bawa, makanan sampingan apa, air nak buat atau beli dan macam2 la..tapi itu la dinamakan pengalaman, kalau tidak, tak merasa nak uruskan semua2 ni…^^^^, oke, sekarang jom kita menyelusuri pengalaman saya sepanjang berBIG dan menguruskan makanan di laguna..^_^
Hari pertama: pagi2 lagi sudah bersiap untuk uruskan makanan yg da ditempah dan akan diambil, beli ais, LO dan sewaktu dgnnya..kawan2 lain tak siap lagi, kita da siap2..alhamdulillah, semua dipermudahkan..walaupun pagi itu agak kelam kabut…hehe zikir penenang jiwa, metenteramkan diri yg gundah..selesai uruskan makanan pagi dan tengah hari, ambil roti dan ais, diri mendapat panggilan untuk segera ke bahagian peralatan memasak..semakan peralatan dibuat agar tiada yang tertinggal..ketika itu bas dah sampai, beg2 ku diserahkan kepada rakan2 untuk diangkut dalam bas..selesai hal peralatan, masuk bus dan bersedia untuk bergerak..ambil ayam dan bahan2 masakan di suatu gudang..penat tp tanggungjawab sy..sy kena lakukannya dgn baik..-smile- sampai2 di jeti, hari panas terik namun sy kuatkan hati untuk uruskan apa2 yg perlu..sampai d tapak prkhemahan, terus fikir hal masakan, dapur kat mana, makanan sampingan kt mana, nak bagi masa bila..banyak perkara kena fikir..emosi mula tidak terkawal tp dikawal juga sebaik mungkin..apa sy buat nak kawal semua tu? Ye, senyum+zikir=moga Allah kuatkan sy..=) dlm masa yg sama juga sy cuba utk bantu kawan sekhemah sy dirikan khemah..bila dipanggil utk makanan, bergegas pula ke dapur..nampak da kelam kabut kat situ..hehe macam tu la agaknya tugas qm makanan sebelum2 ni..petang itu, aktiviti kami membersihkan kawasan pantai..tapi saya tak join sangat sebab kena urus untuk makan malam, bersama dengan beberapa ajk makanan yg bertugas..selesai masak, kawan2 pun da siap bersihkan pantai, kami pun berkumpul dan … 1 kejadian yang disangka akan berlaku iaitu RIBUT…hampir jam 6 petang, kami semua terpegun meliha awan gelap yg berarak semakin menghampiri kami diiringi dengan hujan lebat ++ angin kencang…masa tu, hanya fikir khemah, barang2 dalam khemah,.dan kami dapat arahan untuk kemaskan khemah dan cabut semua khemah yag diapasang..sebabnya sudah ada khemah yang patah..waktu tu boleh lagi saya dan rakan sekhemah lambat2 kemaskan barang,.yela, kami dapat arahan paling akhir gara2 khemah kami antara yang paling hujung..dalam sekelip mata, kawasan khemah lengang, kosong seperti baru mula2 sampai tadi..masa tu baru la terfikir, macam mana nak tidur malam ni..tidur je la kat mana2, nama pun camping kan..heeeee

Back to kitchen, we ready to eat..perut masing2 da lapar, jadi sy pun kedapur uruskan mana yg patut..lauknya ayam merah BIG+nasi putih+timun+air oren..terima kasih yang sudi membantu dan menghulurkan tangan secara sukarela..qm makanan makan x? makan sikit, sekadar menjamah dan dipaksan oleh clasmates..hee makan tu pun berkongsi pinggan dengan sorang lagi classmate yg nak makan sikit juga..kebiasaannya gitulah, orang duduk dapur, memasak, dia xkan rasa nak makan sangat, melihat kawan2 dia makan pun dah terasa kenyang..erk? gitu eh? Yela, cuba tengok mak kita, bila dia masak, lama lepas tu baru makan..betul x?? selepas isya’, sy dapat arahan utk buat air panas, teh panas untuk kawan2 yang pasangkan khemah guna flying sheet semasa hujan lebat antara maghrib-isya’ tadi..ya Allah, kesian kat mereka…nasib baik ada biskut tawar untuk cicah2 dengan air teh…dan rasa nak ketawa bila ingat balik, kami masuk tidur jam 9.30 malam! Tak pernah saya g kem tidur awal macam tu..hehe nasib baik saya baring paling hujung dalam khemah panjang tu jadi saya bangun semula, pergi kat dapur, tengok apa la yang dieorang buat kat dapur..masa tu rasa kesian kat dieorang, lapar rupanya..aduii, layankan jugak beberapa orang yang datang dapur, nak air, nak biskut sambil2 kemas mana yang patut dan bual2 dengan orang2 yang ada kat situ…terima kasih semua..jam 11 malam, baru masuk tidur…masa tu tengok classmate da nyenyak tidur..terus baca doa dan tidur dalam kesejukan…macam tidur dalam aircond tapi aircond ni yang paling natural…

Next entry, sy akan sambung pengalaman hari kedua dan ketiga..macam dah panjang sangat entry ni..heee..=)

No comments:

Post a Comment