assalamualaikum
jam 3 pagi.
saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat baik,
meluahkan rasa sedih kerana baru kehilangan ibu dan 2 orang tersayang dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta kancil dengan lori dalam perjalanan pulang ke Rompin. seorang lagi adiknya dalam ICU di Hospital Besar Kuantan.
sayu hati mendengar esakannya.
terkelu lidah ini mendengar luahannya.
tapi ku kuatkan hati memberi kata2 semangat padanya.
aku tidak boleh lemah didepannya.
baru 2-3 hari lepas berchatting dengannya di 'facebook'.
bertukar2 cerita.
berkongsi kegembiraan.
kini, sahabatku dalam kesedihan.
tapi ku tak mampu berada di sisinya saat ini.
hanya doa yang mampu ku kirim agar kamu kuat, redha dan tabah.
perkhabaran ini juga telah ku sampaikan kepada beberapa sahabat2 lain dan Teacher Sadariah.
ingatlah wahai sahabat..
kamu tidak bersendirian.
ALLAH ada bersamamu.
saya ada bersamamu.
sahabat2 lain ada bersamamu.
ku cuba untuk menelefonnya pagi ini.
bagi mengetahui keadaanya.
alhamdulillah, suara dia ok,
apabila ku minta dia menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku,
dia menceritakan dengan tenang.
apabila ku menanyakan bila akan ke Kuantan untuk melihat adik bongsunya,
dia mengatakan akan hubungi aku semula.
dan aku beritahunya bahawa aku ingin berada disisinya saat ini.
aku ingin bersamanya ketika ini.
dan dia senyap.
sebelum menamatkan panggilan,
aku bagi lagi kata2 semangat,
terus dia sebak.
ku dengar suaranya sayu menyambut salamku.
Nur Diyana Razali, sahabat dunia akhiratku,
kuatkan semangat,
aku tahu kamu kuat untuk menghadapi dugaan ini.
kerna aku juga pernah melaluinya suatu ketika dulu.
Nur Diyana Razali, sahabat seperjuanganku,
ketahuilah bahawa aku sentiasa ada disisimu walaupun kita berjauhan.
ketahuilah juga sahabat2 lain mengambil berat tentangmu,
dan ingatlah jua bahawa Allah sentiasa ada untukmu.
yakinlah, apa yang berlaku ini ada hikmahnya.
saya mohon jasa baik pembaca2 blog saya yang dikasihi kerana Allah,.doakan bahawa sahabat saya kuat. doakan agar arwah ibu dan adik-adiknya di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. doakan juga adiknya yang berada di ICU cepat sembuh. Doakan sahabat saya dan keluarganya redha dengan dugaan ini. terima kasih atas doa kalian. Al-Fatihah.