^^,


Saturday, November 2, 2013

^^,


assalamualaikum
ketika sedang mengulangkaji,.
Ditemani radio ikim fm,.
Kotak fikiran di sapa dengan sesuatu yang membuatkan diri ini termenung sejenak..
Khabar2 yang menggembirakan diterima sejak seminggu dua ini..^^
Apa dia?
Jemputan ke walimah sahabat2 yang disayangi kerana Allah.
Alhamdulillah, barakallah.
Dan semakin banyak juga persoalan yang ditanya kepadaku.
Sampai adakalanya aku letih untuk menjawah persoalan2 itu.
Hanya mampu menjawabnya dengan senyuman..:)))
Kerna ku tahu, apabila tiba waktunya, pasti akan diketahui juga.
Tarikh exam seterusnya semakin hampir.
Namun hati semakin ingat pada keluarga.
Sabarlah wahai hati,
Berjuang di medan peperiksaan ini juga merupakan jihad jika niat kita Lillahi Ta’ala.
Kuatkan semangat, teruskan usaha,
Kuntumkan senyuman, damaikan jiwa,
Jadikan zikir pengikat hati,
Pasti hati kan sentiasa tenang.

“ kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang bertawakal.” (Al-Imran:159)


Note: in sya Allah, jika tiada aral, saya akan memenuhi jemputan sahabat2.moga dipermudahkan segalan urusan kita.
Jika kita rasa lelah bersendirian, ingatlah ALLAH sentiasa ada bersama kita. ^^,

No comments:

Post a Comment