^^,


Thursday, May 15, 2014

-Happy Teacher's Day-

Assalamulaikum
Happy Teacher's Day to all my teachers .....
I dedicate this wishes especially to my parents, papa and ibu yang banyak mengajar saya tentang kehidupan, mendidik diri ini menjadi anak yang berguna, in sya Allah..=,= juga merupakan tulang belakang saya yang tidak jemu memberi dorongan dan nasihat2.


I dedicate this wishes also to my teachers, tak kira yang muda atau tua, kerana daripada mereka saya belajar erti kehidupan. daripada mereka saya mengenal kehidupan. daripada mereka juga saya belajar untuk menjadi diri sendiri. daripada mereka saya belajar banyak perkara sama ada secara formal atau tak formal..heee

oh, tak lupa juga buat sahabat2 se-IPG yang juga sahabat seperjuangan, Selamat Hari Guru..moga kita menjadi guru yang serba boleh dalam mendidik anak bangsa mengenal dunia serta membekalkan sesuatu  yang berguna untuk bekalan di akhirat kelak...in sya Allah..

ok, tak nak panjang2 entry kali ni, sebab nak fokus study,.^^, doakan dipermudahkan segala urusanku kerna adakalanya apabila bersendirian diri ni terasa lemah. yup, moga terus kuat dan kuat. niat belajar kerana Allah bukan exam.. :D

TODAY QUOTATION  IS : -"HATI" .. SEMOGA KAU TABAH DAN KUAT. BUKAN UNTUK HARI INI. TAPI UNTUK SETIAP HARI



Sunday, May 11, 2014

Family and Exam..



assalamualaikum

nak berkongsi cerita tapi tak tahu nak mula macam mana..hehe
oklah, kita buat ayat sempoi2, rileks2 je..

2 malam lepas, dapat calling from my parents..katanya nak datang menjengukku. Terkejut juga lah tapi dalam masa yang sama dah boleh agak sebabnya…huhu [sebabnya adalah rahsia]
Ku menghalang juga dieorang datang sebab ialah bukan dekat, jauh..pahang-terengganu amik masa dalam 4 jam lebih kalau ikut highway..tapi bukanlah menghalang dalam keadaan keras atau marah2, just dalam keadaan gurau2 gelak2..dan dalam masa yg sama pelbagai alasan dieorang bagi untuk datang juga..aisehh..dan berlakunya beberapa agenda gurauan menyebabkan akhirnya ku tertewas juga..hehe 3 lawan 1 mestilah 3 yg menang…heee

 
Anyway thank a lots for coming, cheering me before I start study for my exam nextweek..i’m happy with uolls..sempat  lagi pergi jalan2, shopping..ops bukan sy yg shopping tapi parents and adik..:D
Ya, walaupun lagi 2 minggu nak balik, dieorang still datang, katanya nak bagi semangat..so I need to more work smart and hard for these exam..dan katanya lg sebab nak tengok betul ke tidak anak dia ni sakit..hee at first, I feel not well because I got flu and sakit tekak..dalam telefon boleh lah cakap sihat2 tapi bila dah jumpa siap nak bawak g klinik lagi..adehh…heee dun wory, after met all of u I feel better than before this…weee


 
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada pembaca jika ada tersilap bicara sepanjang penulisan blog persendirian ini. saya juga mohon maaf kepada sahabat2 seperjuangan kalau ada apa2 sahaja tersalah kata, tergurau lebih, teramik makanan minuman, teramik ilmu dan sebagainya, mohon dihalalkan semuanya…^^, 
Moga segala urusan seharian kita terutama dalam minggu peperiksaan ini berjalan dengan baik. Semoga ilmu2 yang kita pelajari mudah faham, ingat dan keluar masa nak jawab exam nanti..hee
Bittaufiq wannajah fil imtihan buat sahabat2 seIPG juga buat anak2 murid yang akan menghadapai peperiksaan. Doakan kejayaan bersama. Amiinn..:))

p/s- jom study..study smart not study hard.. moga dipermudahkan segala urusan kita..moga kita sentiasa ingat ALLAH..:D

Thursday, May 8, 2014

Minggu ini punya Cerita



Assalamualaikum.
Yeay  kembali berceloteh, berkongsi cerita.
Cewah, macam lama sangat dah tak taip entry. Huhu
 [prasan kejap kut ada pembaca rindu nak baca bicara hati ini..:P]
Hujung minggu lepas dan Minggu ini punya cerita.
Apa yang terjadi adakalanya berlaku tanpa dirancang. Ia berlaku tanpa kita ketahui ada hikmahnya.
Ok2, dah2 la bermadah tu.. jom kita story2..heee

Hujung minggu..
 tidak pulang ke rumah seperti mana yang lain. Masa2 cuti selama 3 hari 3 malam diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya, kemas bilik yang dah ditinggalkan selama sebulan untuk praktikum, kemas juga barang2 praktikum; alat2 tulis, portfolio, buku rekod mengajar, hadiah2 drpd anak murid, pergi pantai tengok sunrise, shopping – cuci2 mata dengan Cik Syu (nama sebenar adalah rahsia, hee), berkongsi cerita dgn Cik Syu juga, dan lain2. Terima kasih banyak Cik Syu kerana sudi teman dan layan kerenah saya ni sepanjang hujung minggu lalu..hehe










 














minggu ini,.
situasi di hari Ahad..saya berada di HEP untuk menguruskan sesuatu. Lama menunggu untuk berjumpa KJ HEP. Beberapa lama sedang menunggu, lalu Pn Suriani di hadapanku sambil tersenyum dan menegur.

Puan : Nak jumpa KJ ke?
Saya : Ha’ah,  ada urusan sikit.:))
Puan : Oo, nak minta borang kawen ke? (sambil tersnyum)
Saya : Erk..=,= heee [nampak muka ni macam nak kawen da ke..huhu]

**rupanya baru ku tahu, memang time2 gini, sem 5 or sem 7 datang ke HEP untuk minta borang kawen..hehe tapi saya terkecuali…

Siituasi di hari ISNIN.. setelah sekian lama Terengganu gersang dengan cuaca panas, akhirnya hari itu, hujan turun selebatnya menyejukkan bumi, mendamaikan suasana. Alhamdulillah3. Kami bersyukur sangat2. Dan berita yang mengejutkan sikit kami terima iaitu ada ujian subjek PJ keesokannya..waaa gelabah juga la masa ni sebab tak tau nak study apa. Akhirnya, malam tu, buka laptop, cari2 nota pembentangan, cari juga nota yang senior bagi dan ….. yes, jumpa nota ringkas. Terus print dan baca dan fahami dan hafal sikit2…weee

Situasi di hari SELASA pula …pergi ke Lata Changkah [ orang Terengganu sebut Lata Chakoh] ikut la sebut apa2 pun asalkan difahami..hee pergi kesana tanpa membuat perancangan yang rapi. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun diri ini tak ready sangat nak drive sampai ke Setiu tu..tapi disebabkan melihat rakan2 lain bersemangat nak pergi, jadi kita pun bersemangat la juga…^^, menjadi ajk di bawah AJK Makanan, sengaja sukarela nak jadi sebab saya tak main bersama 2-3 orang rakan lain. Dalam suka2 disana, satu kejadian yang sangat tidak diingini berlaku, iaitu salah seorang rakan kami hampir lemas gara-gara pergi ke tempat yang agak dalam. Mulanya, kami ingat dia ni main2 sebab dia merupakan orang yang kuat bergurau dan menyakat orang lain. Tapi selang beberapa  minit, apabila kami melihat dirinya semakin tenggelam, salah seorang rakan lelaki sekelas kami cepat2 tarik tangan dan bawak ke tempat selamat. Fuh! Alhamdulillah mujur tak de apa2..mungkin ada hikmahnya..kawan ni bukan lemas yang teruk tapi hampir lemas je. Tak perlu buat CPR, tekan2 perut nak keluarkan air ke…huhu oke, done cerita itu..

Situasi di hari RABU …paginya majlis persaraan dua pensyarah. Kelas tambahan untuk ulangkaji subjek Linear Algebra – Vektor. Dan petangnya ada refleksi praktikum. Tamat refleksi ada main street soccer kat padang tapi saya tak join..menyokong dari jauh je…heee jangan marah ye kawan2…:p apa2pun tahniah dapat nombor dua..:D dan malamnya ada forum yang bertajuk “Ibrah Perjalanan Seorang Utusan” yang dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Azrul Hafiz dan dua orang panel iaitu, Ustaz Fauzi dan saudara Mursyidi. Perkongsian yang menarik. [ entry akan datang]


Dan situasi hari KHAMIS … takde kelas…yeayyy
Masa ni la berbolak balik nak pulang sebab tak selesa dengan suasana sekeliling yang penuh dengan asap..pagi malam mesti bau asap..sampai rasa nak pakai mask..heee tapi atas sebab2 tertentu, kita study kat hostel je la..senang nak rujuk kawan2 kalau nak buat rujukan kan..moga Allah permudahkan segala urusan kita..

Peperiksaan dah semakin hampir. Persediaan pun baru di peringkat permulaan. Bagi PISMP semester 5 unit Matematik, kami ada tiga kertas; EDU-Budaya dan Pembelajaran (19 Mei 2014), MTE3109-Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan Wang (22 Mei 2014) dan MTE3110-Linear Algebra (23 Mei 2014).
MTE3110 merupakan paper yang agak mencabar bagi saya. Mudah2an dapat jawab soalan2 dengan baik. :))

**disebabkan taktau nak buat apa, maka terhasillah entry ni..:P saje sharing2 cerita..
minta maaf salah silap, atau ada tersalah bicara sepanjang penulisan blog ni.^,^ **

Thursday, May 1, 2014

Hadiah drpd Anak Murid 4 IS


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati alam ciptaan-Nya.
Walaupun kebanyakan sahabat pulang ke rumah, namun diri ini lebih selesa tinggal di asrama. Ya, ku tahu ada hikmahnya. Ada banyak perkara yang telah ku selesaikan satu-satu. Alhamdulillah. Cuma 1. Moga ada kesempatan untuk melihat matahari naik. Rindu suasana itu. kalau tak sempat pun, dapat tengok air laut, mendengar ombak yang menghempas pantai pun dah oke. Heee..sungguh mendamaikan.

-hadiah drpd murid2-
Kisah kali ni nak berkongsi hadiah daripada anak murid 4 IS. Alhamdulillah, praktikum pertama dah terima hadiah dari anak murid. Tidak pernah berharap atau meminta untuk semua hadiah itu. malah pernah ku bertegas agar duit2 itu disimpan untuk kegunaan yang sepatutnya ketika mereka mengatakan ingin membeli sesuatu untukku. Pernah juga ku menolak tapi mereka lebih bijak berfikir; memasukkan hadiah2 itu kedalam beg yang ku bawa, berbicara sesuatu yang menyebabkan ku xbisa untuk menolak..Allah, moga kehidupan mereka terus diberkati, moga mereka lebih rajin dan gigih berusaha.

Xde apa nak diceritakan sangat pun. ^^,
ketahuilah wahai anak didikku sekalian, cikgu sungguh terharu dengan hadiah2 yang diberikan, komen2 yang membina untuk cikgu, surat2 yang penuh dengan kata sayang, dan kesungguhan kamu menahan supaya cikgu terus mengajar kamu..huhuhu
jom layan gambar -->

^^,
nak buat dgn buku kecik2 tu ye??
haa yg ni plak..mcm dpt dr kenduri je...hee btw suka brooch tu..
n d special one..thanks Nina..n-n
  noted : sayang nak guna. Jadi, saya akan simpan semua hadiah tu. Nampaknya kena beli 1 storage khas untuk simpan hadiah anak murid…hehehe