^^,


Thursday, May 8, 2014

Minggu ini punya Cerita



Assalamualaikum.
Yeay  kembali berceloteh, berkongsi cerita.
Cewah, macam lama sangat dah tak taip entry. Huhu
 [prasan kejap kut ada pembaca rindu nak baca bicara hati ini..:P]
Hujung minggu lepas dan Minggu ini punya cerita.
Apa yang terjadi adakalanya berlaku tanpa dirancang. Ia berlaku tanpa kita ketahui ada hikmahnya.
Ok2, dah2 la bermadah tu.. jom kita story2..heee

Hujung minggu..
 tidak pulang ke rumah seperti mana yang lain. Masa2 cuti selama 3 hari 3 malam diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya, kemas bilik yang dah ditinggalkan selama sebulan untuk praktikum, kemas juga barang2 praktikum; alat2 tulis, portfolio, buku rekod mengajar, hadiah2 drpd anak murid, pergi pantai tengok sunrise, shopping – cuci2 mata dengan Cik Syu (nama sebenar adalah rahsia, hee), berkongsi cerita dgn Cik Syu juga, dan lain2. Terima kasih banyak Cik Syu kerana sudi teman dan layan kerenah saya ni sepanjang hujung minggu lalu..hehe










 














minggu ini,.
situasi di hari Ahad..saya berada di HEP untuk menguruskan sesuatu. Lama menunggu untuk berjumpa KJ HEP. Beberapa lama sedang menunggu, lalu Pn Suriani di hadapanku sambil tersenyum dan menegur.

Puan : Nak jumpa KJ ke?
Saya : Ha’ah,  ada urusan sikit.:))
Puan : Oo, nak minta borang kawen ke? (sambil tersnyum)
Saya : Erk..=,= heee [nampak muka ni macam nak kawen da ke..huhu]

**rupanya baru ku tahu, memang time2 gini, sem 5 or sem 7 datang ke HEP untuk minta borang kawen..hehe tapi saya terkecuali…

Siituasi di hari ISNIN.. setelah sekian lama Terengganu gersang dengan cuaca panas, akhirnya hari itu, hujan turun selebatnya menyejukkan bumi, mendamaikan suasana. Alhamdulillah3. Kami bersyukur sangat2. Dan berita yang mengejutkan sikit kami terima iaitu ada ujian subjek PJ keesokannya..waaa gelabah juga la masa ni sebab tak tau nak study apa. Akhirnya, malam tu, buka laptop, cari2 nota pembentangan, cari juga nota yang senior bagi dan ….. yes, jumpa nota ringkas. Terus print dan baca dan fahami dan hafal sikit2…weee

Situasi di hari SELASA pula …pergi ke Lata Changkah [ orang Terengganu sebut Lata Chakoh] ikut la sebut apa2 pun asalkan difahami..hee pergi kesana tanpa membuat perancangan yang rapi. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun diri ini tak ready sangat nak drive sampai ke Setiu tu..tapi disebabkan melihat rakan2 lain bersemangat nak pergi, jadi kita pun bersemangat la juga…^^, menjadi ajk di bawah AJK Makanan, sengaja sukarela nak jadi sebab saya tak main bersama 2-3 orang rakan lain. Dalam suka2 disana, satu kejadian yang sangat tidak diingini berlaku, iaitu salah seorang rakan kami hampir lemas gara-gara pergi ke tempat yang agak dalam. Mulanya, kami ingat dia ni main2 sebab dia merupakan orang yang kuat bergurau dan menyakat orang lain. Tapi selang beberapa  minit, apabila kami melihat dirinya semakin tenggelam, salah seorang rakan lelaki sekelas kami cepat2 tarik tangan dan bawak ke tempat selamat. Fuh! Alhamdulillah mujur tak de apa2..mungkin ada hikmahnya..kawan ni bukan lemas yang teruk tapi hampir lemas je. Tak perlu buat CPR, tekan2 perut nak keluarkan air ke…huhu oke, done cerita itu..

Situasi di hari RABU …paginya majlis persaraan dua pensyarah. Kelas tambahan untuk ulangkaji subjek Linear Algebra – Vektor. Dan petangnya ada refleksi praktikum. Tamat refleksi ada main street soccer kat padang tapi saya tak join..menyokong dari jauh je…heee jangan marah ye kawan2…:p apa2pun tahniah dapat nombor dua..:D dan malamnya ada forum yang bertajuk “Ibrah Perjalanan Seorang Utusan” yang dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Azrul Hafiz dan dua orang panel iaitu, Ustaz Fauzi dan saudara Mursyidi. Perkongsian yang menarik. [ entry akan datang]


Dan situasi hari KHAMIS … takde kelas…yeayyy
Masa ni la berbolak balik nak pulang sebab tak selesa dengan suasana sekeliling yang penuh dengan asap..pagi malam mesti bau asap..sampai rasa nak pakai mask..heee tapi atas sebab2 tertentu, kita study kat hostel je la..senang nak rujuk kawan2 kalau nak buat rujukan kan..moga Allah permudahkan segala urusan kita..

Peperiksaan dah semakin hampir. Persediaan pun baru di peringkat permulaan. Bagi PISMP semester 5 unit Matematik, kami ada tiga kertas; EDU-Budaya dan Pembelajaran (19 Mei 2014), MTE3109-Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan Wang (22 Mei 2014) dan MTE3110-Linear Algebra (23 Mei 2014).
MTE3110 merupakan paper yang agak mencabar bagi saya. Mudah2an dapat jawab soalan2 dengan baik. :))

**disebabkan taktau nak buat apa, maka terhasillah entry ni..:P saje sharing2 cerita..
minta maaf salah silap, atau ada tersalah bicara sepanjang penulisan blog ni.^,^ **

2 comments: