^^,


Saturday, July 5, 2014

Second Week.



Assalamualaikum.
Seminggu telah memasuki bulan Ramadhan, bulan penuh barakah.
Seminggu berlalu dengan kesibukan kuliah.
Seminggu memikirkan perihal praktikum.
Seminggu ini juga menghadapi segala macam perkara.

Penat. Penat memikirkan sesuatu yang seringkali muncul di fikiran. Penat memikirkan situasi yang sedang berlaku sekarang ini. Penat memikirkan pelbagai persoalan yang timbul.

Tenang. Sandarkan rasa penat itu dengan berdoa memohon kekuatan daripada Allah. In sya Allah, kedamaian dan ketenangan kita dapat. Jika kita rasa gelisah taktala memikirkan masalah itu, segerakanlah berzikir. Carilah Allah, Dia sentiasa ada untuk kita. Jika kita ingin melakukan suatu pilihan, isthikarahlah, mohon petunjuk daripada-Nya.

Sibuk mana pun kita, Ibadah kepada Allah jangan lupa. Terutama di bulan puasa ni. Jom sama2 tingkatkan amalan kita..in sya Allah ^^,
Sibuk mana pun kita, sahabat jangan dilupa. Kerna mereka lah orang kedua yang sentiasa bersama kita, susah senang bersama selain ibu bapa kita. Terimakasih sahabat2 yang banyak membantu diri ini. Menguruskan perihal praktikum. Mendidik diri ini untuk lebih berfikiran terbuka dan sabar. Yes, senang kata to be professional lah. Jangan dicampur adukkan urusan kerja dengan peribadi. :D

Sibuk mana pun kita, kesihatan diri jangan diabaikan. Diri kita perlukan kasih sayang. Terimakasih sahabat sentiasa mengingatkan daku tentang kesihatan diri. Terimaksih jugak sentiasa ingatkan diri ini untuk makan.:P
Alhamdulillah, seminggu berpuasa ini, sama2 meraikan sahabat2. Seronok rasanya berukhuwah begini. Moga berkekalan hingga Jannah.
Walaupun agak sedih xdapat berpuasa dan berbuka juga bersahur di rumah bersama, ku tahu ada sebabnya tersendiri.
Ya, rindu untuk pulang ke rumah berjumpa papa n ibu. Rindu untuk bercerita, bergurau dengan mereka. Hampir setiap hari call or mesej. Nak pergi mana2 pun inform dulu kat parent. Miss them so much.

Seminggu ini juga berkesempatan untuk membelikan kek sahabat2 yang meraikan ulangtahun mereka. Sanah helwah to three of you. May Allah bless u always. Berkesempatan untuk melihat keindahan panorama ciptaan Allah. Subhanallah, cantik sangattt…suka tengok pemandangan gitu dan membuatkan diri ini berfikiran tentang kekuasaan Allah.
 

Alhamdulillah selesai urusan cari rumah praktikum. Terimakasih ibu n papa sama2 bantu beri kekuatan dan pendapat. Terimakasih sahabat2 yang sama2 bantu mencari rumah, memberi pendapat dan juga kekuatan.. In sya Allah, saya dan partner2 redha dengan keputusan ini. biarlah mahal sikit pun, asalkan kita selesa dan rumah tu beri kemudahan pada kita.^^, saya yakin ada lah tu Allah nak bagi kat mana2..biiznillah..Cuma kita tak nampak lagi..

** kuliah ganti di hari Sabtu.