Assalamualaikum.
Seminggu telah memasuki bulan Ramadhan, bulan penuh barakah.
Seminggu berlalu dengan kesibukan kuliah.
Seminggu memikirkan perihal praktikum.
Seminggu ini juga menghadapi segala macam perkara.
Penat. Penat memikirkan sesuatu yang seringkali muncul di
fikiran. Penat memikirkan situasi yang sedang berlaku sekarang ini. Penat
memikirkan pelbagai persoalan yang timbul.
Tenang. Sandarkan rasa penat itu dengan berdoa memohon kekuatan
daripada Allah. In sya Allah, kedamaian dan ketenangan kita dapat. Jika kita
rasa gelisah taktala memikirkan masalah itu, segerakanlah berzikir. Carilah
Allah, Dia sentiasa ada untuk kita. Jika kita ingin melakukan suatu pilihan,
isthikarahlah, mohon petunjuk daripada-Nya.
Sibuk mana pun kita, Ibadah kepada Allah jangan lupa. Terutama
di bulan puasa ni. Jom sama2 tingkatkan amalan kita..in sya Allah ^^,
Sibuk mana pun kita, sahabat jangan dilupa. Kerna mereka lah
orang kedua yang sentiasa bersama kita, susah senang bersama selain ibu bapa
kita. Terimakasih sahabat2 yang banyak membantu diri ini. Menguruskan perihal
praktikum. Mendidik diri ini untuk lebih berfikiran terbuka dan sabar. Yes,
senang kata to be professional lah. Jangan dicampur adukkan urusan kerja dengan
peribadi. :D
Sibuk mana pun kita, kesihatan diri jangan diabaikan. Diri kita
perlukan kasih sayang. Terimakasih sahabat sentiasa mengingatkan daku tentang
kesihatan diri. Terimaksih jugak sentiasa ingatkan diri ini untuk makan.:P
Alhamdulillah, seminggu berpuasa ini, sama2 meraikan sahabat2.
Seronok rasanya berukhuwah begini. Moga berkekalan hingga Jannah.
Walaupun agak sedih xdapat berpuasa dan berbuka juga bersahur di
rumah bersama, ku tahu ada sebabnya tersendiri.
Ya, rindu untuk pulang ke rumah berjumpa papa n ibu. Rindu untuk
bercerita, bergurau dengan mereka. Hampir setiap hari call or mesej. Nak pergi
mana2 pun inform dulu kat parent. Miss them so much.
Seminggu ini juga berkesempatan untuk membelikan kek sahabat2
yang meraikan ulangtahun mereka. Sanah helwah to three of you. May Allah bless
u always. Berkesempatan untuk melihat keindahan panorama ciptaan Allah. Subhanallah,
cantik sangattt…suka tengok pemandangan gitu dan membuatkan diri ini berfikiran
tentang kekuasaan Allah.
Alhamdulillah selesai urusan cari rumah praktikum. Terimakasih ibu
n papa sama2 bantu beri kekuatan dan pendapat. Terimakasih sahabat2 yang sama2
bantu mencari rumah, memberi pendapat dan juga kekuatan.. In sya Allah, saya
dan partner2 redha dengan keputusan ini. biarlah mahal sikit pun, asalkan kita
selesa dan rumah tu beri kemudahan pada kita.^^, saya yakin ada lah tu Allah
nak bagi kat mana2..biiznillah..Cuma kita tak nampak lagi..
** kuliah ganti di hari Sabtu.
Haaa sila kuatttt...:-p
ReplyDeleteYeee...in sya Allah..
ReplyDelete