"Nur ada satu habit sejak dari dahulu, bilamana nur rasa
tersangat sedih,lemah,kecewa, dan sewaktu dengannya dan ketika itu solat dan
pengajian Al Quran pun tidak mampu diberi fokus yang sewajarnya, nur akan
lakukan perkara ini.(ini untuk tahap yang kritikal.kalau biasa-biasa, biasanya
nur hanya akan melakukan solat sunat,tahajud dan perbanyakkan mengaji al quran)
Selepas selesai solat dan berdoa, nur akan rebah di sejadah.
Nur yang berbadan panjang ni akan berusaha mengecilkan badan supaya muat-muat
di atas sejadah tu. Masa tu nur akan luahkan dan mengadu semua benda yang nur
rasa pada Allah walaupun mulut tidak dibuka. Ini kerana nur merasakan sejadah
itu sangat menyenangkan dan nur rasa seperti sedang didakap oleh pelukan
seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya dan nur tahu itulah dakapan kasih
sayang Nya yang sangat menyayangi nur.
Sesi luahan itu berterusan bersama air mata sehinggalah nur
tertidur dalam dakapan kasih sayang Nya. Dan apabila nur tersedar dari tidur
yang sekejap itu, nur akan rasa seakan tenaga dan semangat nur telah dipulihkan
dan dirawat. Allahu Allah. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkau Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang berlaku kepada hamba Mu.
Dakaplah aku sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Mu. Allahumma aaminn.
Ramai yang bertanya pada nur akan tips untuk menjadi kuat
dalam menghadapi dugaan dan ujian. InsyaAllah inilah cara yang nur amalkan
selama ini. Moga bermanfaat. J
Nur dan kamu semua hanyalah hamba. Sebagai seorang hamba
sudah selayaknya kita diuji. Ada masa kita gembira ada masa pula kita bersedih.
Itulah kehidupan. Tidak akan pernah ada rehat melainkan kerehatan yang sebenar
selepas kita mati dan menemui Pencipta kita.
Bertabahlah duhai sahabat dan hati, kerana sesungguhnya
ujian itu tanda cinta Allah kepada kita. Cinta menuntut kesabaran dan
keyakinan. Cintanya kita kepada Allah menuntut pengorbanan dan pengertian yang
lebih hebat dan kuat kerana yang kita cintai itu juga hebat. Bersabarlah kerana
disebalik kesedihan itu tersimpan sejuta hikmah yang tidak kita ketahui dan
tiadalah sesuatu itu berlaku melainkan Allah sedang memelihara kita dari sejuta
keburukan yang tidak kita ketahui.
Senjata kita adalah doa. Doa,doa,doa dan teruskan berdoa. Sesungguhnya
Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kejujuran dan keilhlasan hati kita dalam
memanjatkan doa kepada Nya pasti tidak akan disia-siakan. Sabarlah kerana Allah
lebih tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk doa kita dimakbulkan. Teruskan
berdoa dan dekatkan diri kepada Nya. insyaAllah. Wallahualam."
sumber : http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2014/10/random-post.html
No comments:
Post a Comment