^^,


Friday, February 27, 2015

Senyum


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas. Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat-Mu. Masih diberi kekuatan untuk terus mengukir senyuman disebalik 1001 dugaan yang datang.
Alhamdulillah, bermacam perkara yang berlaku. Pejam celik dah sebulan rupanya berpraktikum. Sekejap pula rasa. Semakin boleh terima dengan suasana sekolah, tugasan2 yang diberikan, kesibukan sepanjang hari, minggu dan senang cerita sepanjang berpraktikum ni. Melakar coretan ni pun ambil sikit masa nak lepaskan rindu berblog. Heee… Sibuk2 juga dengan urusan dunia namun urusan akhirat jangan ditinggalkan. Tetapkanlah di hati sesibuk mana pun, sentiasalah ingat Allah. Tengah2 buat rph, bbm, atau laporan ke, berzikirlah, moga diberi ketenangan dan dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah, berkesempatan juga menjenguk family di rumah. Cuti hanya sekejap dan dimanfaatkan sepenuhkan untuk family. Dan, berkesempatan juga mengadiri majlis perkahwinan pakcik saudara di Johor. Tahniah kalian. Moga masjid yang dibina kekal till Jannah. Ku juga tidak lupa untuk ambil berkat. Hehe. Moga urusan jodohku juga dipermudahkan. Tuan punya blog ni macam dah ada bau nasi minyak je..ehhh kita tunggulah sesama ye.. :D
One of my classmates and also my praktikumate juga dah bergelar Puan. Tahniah juga untuk kamu & zauj. Moga jarak yang jauh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kalian dan moga kekal till jannah juga. :)) yang ni pun awal-awal lagi dah amik berkat..heee in sya Allah, moga diberi kesempatan untuk hadir majlis resepsi kalian.
Dengar2 juga, ramai sahabat yang akan mendirikan masjid. Mabruk untuk semua. Jemputan demi jemputan mula diterima. Yang jauh, ku hanya mampu mengirimkan doa. Yang dekat, mudah-mudahan diberi kesempatan untuk hadir. Macam tuan blog pulak yang terlebih happy kan..heee Haruslah, kita perlu meraikan hari bahagia mereka.

Oke, done for this. Ayuh kembali menyiapkan tugasan lain..jumpa lagi akan datang.. :P
Kepada sesiapa yang baca blog ni, terima kasih kerana sudi baca.

Friday, February 6, 2015

:)))



Assalamualaikum
Diberi kesempatan lagi untuk menaip sedikit coretan hati di ruang ni. Alhamdulillah, terus-terusan di beri kekuatan walaupun adakalanya diri ini menangis sendiri kerna jatuh. Syukran jazilan pd keluarga terutamanya juga sahabat2 rapat yang tak jemu menembak doa buat insan lemah ini.
Alhamdulillah, minggu pertama praktikum selesai. Warga sekolah yang sangat2 mengalu-alukan kedatangan kami guru praktikum. Terima kasih atas layanan baik kalian. Apa yang dapat disimpulkan, banyak cabaran yang perlu ku lalui dan tangani. Cabaran mendidik anak-anak murid yang luar biasa sikapnya. Cabaran untuk pikat hati mereka agar beri kerjasama pd kita. Cabaran untuk memikirkan aktiviti2 yang dapat menarik perhatian mereka untuk belajar subjek Matematik. Cabaran untuk mendidik diri sendiri berbahasa inggeris. Cabaran mengajar murid2 subjek English. Cabaran untuk bergaul dengan orang2 di sekeliling kita. Dan cabaran untuk mendidik diri ini untuk terus kuat dan kuat dari dalam terutamanya. ^^, Banyak cabaran yang perlu dilalui. Apa yang diberitahu hanya segelintir kecil. Seminggu berlalu dengan cepatnya. Berbaki lg 11 minggu. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Hampir sebulan tidak pulang, diri ini begitu merindui suasana rumah. Moga diberi kesempatan untuk pulang pada chinese new year nanti.

Sampai ketemu lagi di lain entry. Mencari mood untuk cari bahan dan buat proposal. Permudahkan segala urusanku. Jzkk buat sahabat2 rapat yang sentiasa ada taktala ku gembira mahupun ku jatuh bersendirian. Moga kita sentiasa di bawah perlindungan-Nya.