Assalamualaikum
Diberi kesempatan lagi untuk menaip sedikit coretan hati di
ruang ni. Alhamdulillah, terus-terusan di beri kekuatan walaupun adakalanya
diri ini menangis sendiri kerna jatuh. Syukran jazilan pd keluarga terutamanya
juga sahabat2 rapat yang tak jemu menembak doa buat insan lemah ini.
Alhamdulillah, minggu pertama praktikum selesai. Warga sekolah
yang sangat2 mengalu-alukan kedatangan kami guru praktikum. Terima kasih atas
layanan baik kalian. Apa yang dapat disimpulkan, banyak cabaran yang perlu ku
lalui dan tangani. Cabaran mendidik anak-anak murid yang luar biasa sikapnya. Cabaran
untuk pikat hati mereka agar beri kerjasama pd kita. Cabaran untuk memikirkan
aktiviti2 yang dapat menarik perhatian mereka untuk belajar subjek Matematik.
Cabaran untuk mendidik diri sendiri berbahasa inggeris. Cabaran mengajar murid2
subjek English. Cabaran untuk bergaul dengan orang2 di sekeliling kita. Dan
cabaran untuk mendidik diri ini untuk terus kuat dan kuat dari dalam
terutamanya. ^^, Banyak cabaran yang perlu dilalui. Apa yang diberitahu hanya
segelintir kecil. Seminggu berlalu dengan cepatnya. Berbaki lg 11 minggu. Moga Allah
permudahkan segala urusan. Amin.
Hampir sebulan tidak pulang, diri ini begitu merindui suasana
rumah. Moga diberi kesempatan untuk pulang pada chinese new year nanti.
Sampai ketemu lagi di lain entry. Mencari mood untuk cari bahan
dan buat proposal. Permudahkan segala urusanku. Jzkk buat sahabat2 rapat yang
sentiasa ada taktala ku gembira mahupun ku jatuh bersendirian. Moga kita
sentiasa di bawah perlindungan-Nya.
No comments:
Post a Comment