^^,


Friday, January 18, 2013

Aisyiteru Muhammad Ya Rasulullah

Perkongsian Liqa An Nisa  (18 Januari 2013) :~
Pendahuluan :
~kalau POKOK pun blh menangis kerana rindukan Rasulullah, Siapa Rasulullah dihati kita?~

(Merujuk kepada kisah pohon tamar, yang digunakan oleh Rasulullah untuk bersandar ketika berkhutbah, kemudian bersedih selepas Rasulullah beralih kepada mimbar *untuk keterangan lebih lanjut, blh rujuk mana2 buku @ sesiapa yang berautoriti)

~ Bagindalah pemuda yang mengangkat darjat kita sebagai wanita.

Apa sunnah yang boleh diamal oleh kita?
1. Makan makanan sunnah (madu, kismis, dll)

2. Tidak mudah MARAH
:- Rasulullah pemuda gagah. Adakah Rasulullah terlalu lemah untuk marah ketika baginda dihina?
Tidak! Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan musuh, xp orang yang mampu mengawal marahnya.
(Mari telusuri kisah ketika baginda di Thaif, Kisah limau yang masam, kisah lelaki yang membuang air di dalam masjid)
Allahummas0lli 'ala Muhammad. ~
Hebatnya baginda mengawal emosi. Orang yang emosional mustahil untuk rasional.
(pakat2 contohi Rasulullah belako deh. Banyakkan bersabar. Marah itu perlu, namun ada caranya. Bukan semberono aje.)

3. Senyumlah. (Bukan ketawa terbahak-bahak ye.)
~ Senyuman kerana gembira ialah biasa, tapi senyuman yang mengembirakan orang lain adalah LUAR BIASA!
*bukan kepada ajnabi ye ^^

“Siapa yang melihat baginda pada pandangan pertama, tentu merasa enggan berpaling dan siapa yang bergaul dengan baginda, pasti mencintainya. Ada seorang menyebut, “Aku tidak pernah melihat orang sepertinya, sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Wallahua'lam
P/s : Mari kita cabar diri kita untuk mengenali siapakah gerangan mulia Rasulullah SAW (Jom pakat2 serbu pustaka Ibnu SIna.)

(Helwani BADAMD 2013/2014)

Thursday, January 17, 2013

Bulatan Sakinah Kami



Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah, in sha Allah..
Lama sudah rasanya tidak update blog ini dgn bingkisan dari insan yang kerdil ini. Hari ini sy nk berkongsi 1 perkongsian yg membuka pntu2 hati sy dan sahabat2 sekelas utk trus berusrah brsama-sama..Alhamdulillah..smoga usrah yang dilaksanakan brkekalan smpai bila2..Bulatan Sakinah nama usrah kami.. Sakinah yg sentiasa didambakan oleh setiap insan. Peringatan yg sering diinginkan ketika saat diri kita lupa dan lalai dlm kehidupan. Kekuatan ukhuwah membangkitkan semangat saat kita berdiri dan jatuh.
Tidak mahu berceloteh panjang, perkongsian hari ni berkenaan matlamat hidup. Samada matlamat dunia mahupun akhirat. Setiap sahabat diberi peluang menyatakan matlamat mereka trmasuk sy sndri. Seperti yg kita tahu, matlamat sebenar manusia hidup adalah untuk menjadi khalifah dan beribadah kpd Allah. Dua itu yg paling utama. Dalam surah Muhammad, ayat 7: “wahai org2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Rata2 sahabat sy mempunyai matlamat hidup yg hamper sama. Antaranya:
·         ingin berubah ke arah yg lebih baik, positif
·         ingin mencapai redha Allah dlm setiap apa yg dilakukan
·         Berjaya dunia dn akhirat
·         Sntiasa ingin brsangka baik, brlapang dada dan brfikiran trbuka
·         Dll
Byk lgi sbnarnya tp e2 shj yg sy blh kongsi..(^_^)
1 lgi prkongsian ialah apabila kita lakukan sesuatu, brniatlah Lillahi Ta’ala..kerna prkara kecil yg kita lkukan jika brniat krna Allah, ia sudah mnjadi ibadah dan in sha Allah ada ganjarannya utk kita..walau kita dduk bersembang dgn rakan2, pstikan prbualan kita ada prkongsian atau renungan walaupn sdikit..doa itu senjata bg org2 mukmin..oleh itu, sentiasalah brdoa untuk mndapat hidayah dan taufiq Allah..utk mencari kekuatan dr-Nya, utk beroleh ketenangan brsama-Nya..in sha Allah..hidayah Allah itu prlu dicari bukan menunggu ia dtg brgolek..utk berubah kearah sesuatu yg lebih baik itu kita prlu dipaksa kerna pksaan itu blh mmbuka hati kita kpd keikhlasan yg sebenarnya dlm mmbuat seuatu prkara..

·      * Jadikan dunia ini LADANG untuk menuju akhirat. Jaga diri. Jaga Iman. Jaga Hati. Kembalilah rasa berTuhan.
   * jgn letakkan keEsaan ALLAH di dlm akal fikiran kita. setinggi-tinggi ilmu di dunia ini yang mampu kita kecapi hanyalah umpama setitis air di lautan.
*  * kekurangan diri seseorang merupakan ujian buat dirinya..namun jgn smpai ia mnjadi asbab dosa buat diri kita..~teruskan brsangka baik dgn Allah~  ^_<

Saturday, January 5, 2013

puisi buat palestin - heliza dan farah adeeba


Palestin bumiku, disini tempatku
Walau emas permata kau curahkan
Tidak seinci tidak sebaris aku berganjak
Aku dilahirkan disini
Dan aku …
Aku akan mati disini

Darimana datangnya pendirianmu
Dari mana datangnya kekuatanmu
Jati dirimu luar biasa
Wahai palestin!

Kenapa anak kecil? Kenapa kau menangis?
Kau tangisi kematian ayahmu? Tidak..
Kau tangisi kesempitan hidupmu? Tidak..
Kau tangisi nasib bangsamu? Tidak..
Kenapa anak kecil? Kenapa kau menangis?
Aku menangis kerana aku sedih,
Umat Islam berpecah belah tidak bersatu,
Aku takut, .aku bimbang,
Setiap pengorbanan dan setiap titisan darah kami ini hanya sia-sia

Usah menangis anak kecil
Ayuh kita bangun
Aku berjanji setiap saat, setiap inci, setiap baris hidupku akan aku gunakan untuk mempertahankan tanah haram ummat ku
Akan aku khabarkan kekuatan bangsamu,
Agar bangsaku sekuat seutuh bangsa Palestin,
Ya, aku sudah temui rahsianya,
Aku sudah temui jawapannya,
Aku faham kini,
Dari mana datangnya kepercayaanmu,
Dari mana datangnya keyakinanmu,
Dari mana datangnya pendirianmu,
Dari mana datangnya kekuatanmu,

Ayuh bangun semua!
Ayuh bangun saudaraku!
Ayuh bangun dari keselesaan!
Ayuh bangun dari kealpaan!
Ayuh bangun dari kebutaan!

Biar mata hati kita celik malam ini!
Biar kita bangun malam ini!
Biar cita2 kita jelas malam ini!
Biar jiwa, bumi  dan ummah Malaysia
Sehidup ummah Palestin ummah bumi anbiya’

Ayuh sambut soalan aku..
Siapa Tuhan kamu? ALLAH!
Siapa guru kamu? RASULULLAH!
Apa pegangan kamu? AL-QURAN!
Apa cita-cita kamu? JIHAD FISABILILLAH!
TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR

Tuesday, January 1, 2013

perkongsian


"Kepahitan itu membahagiakan. Berkorban memang perit dan pahit kerana hujungnya sentiasa manis dan membahagiakan. Keperitan tidak selamanya bertandang, langit tidak selamanya mendung, hujan lebat badai rebut semuanya dating sekejap cuma. Selepas itu, reguklah ibrahnya. Biar hati dan akal terpandu dengan hikmah, bukan meratap musibah. Kita ialah insan yang harus memanfaatkan hari ini. Masa, saat, waktu, dan setiap yang kita lalui adalah peluang kita untuk digunakan dan dimanfaatkan. Esok mungkin sudah tiada. Esok, siapakah kita?

Dunia telah mengajar kita pelbagai rencah dan resipi. Kehidupan telah mendewasakan kita setiap saat dan ketika. Hati telah banyak tertabiah dengan situasi dan musibah. Tapi, iman harus diajar dengan pengorbanan. Taqwa harus dilengkapkan dengan pengorbanan. Segalanya tidak sempurna tanpa pengorbanan. Namun pengorbanan material dan fizikal sentiasa teruji dengan sanjungan manusia. Panduan ikhlas hanya dialog antara kita dan Allah swt. Tiada siapa yang tahu. Tetapi pengorbanan yang berat ialah pengorbanan dari dalam. Pengorbanan hati dan perasaan. Pengorbanan rasa dan fikiran. Semuanya dinilai dengan hati yang sangat dalam. Pengorbanan ini terlalu mahal. Pengorbanan emas!

Berkorbanlah demi Allah semata-mata. Jangan tersilap jalan, kelak destinasinya juga silap. Pengorbanan hanya ada dua tujuannya, jika bukan ke syurga, nerakalah jawabnya. Jadi, pasaklah nawaitu hanya untuk Allah. Sentiasa memperbaharui apa-apa yang telah diniatkan. Ingat semula titik mula kita melakukan sesuatu, apa yang kita fikir. Itu penting agar kita tidak lari dari landasan sebenar.

Pengorbanan begitu diperlukan. Siapa lagi, kalau bukan kita yang memahami erti pengorbanan sebenar ini?"
Travelog Budak Mentah:Hafizul Faiz