Palestin bumiku, disini
tempatku
Walau emas permata kau
curahkan
Tidak seinci tidak sebaris
aku berganjak
Aku dilahirkan disini
Dan aku …
Aku akan mati disini
Darimana datangnya
pendirianmu
Dari mana datangnya
kekuatanmu
Jati dirimu luar biasa
Wahai palestin!
Kenapa anak kecil? Kenapa kau
menangis?
Kau tangisi kematian
ayahmu? Tidak..
Kau tangisi kesempitan
hidupmu? Tidak..
Kau tangisi nasib bangsamu?
Tidak..
Kenapa anak kecil? Kenapa kau
menangis?
Aku menangis kerana aku
sedih,
Umat Islam berpecah belah
tidak bersatu,
Aku takut, .aku bimbang,
Setiap pengorbanan dan
setiap titisan darah kami ini hanya sia-sia
Usah menangis anak kecil
Ayuh kita bangun
Aku berjanji setiap saat,
setiap inci, setiap baris hidupku akan aku gunakan untuk mempertahankan tanah
haram ummat ku
Akan aku khabarkan kekuatan
bangsamu,
Agar bangsaku sekuat seutuh
bangsa Palestin,
Ya, aku sudah temui rahsianya,
Aku sudah temui jawapannya,
Aku faham kini,
Dari mana datangnya kepercayaanmu,
Dari mana datangnya
keyakinanmu,
Dari mana datangnya
pendirianmu,
Dari mana datangnya
kekuatanmu,
Ayuh bangun semua!
Ayuh bangun saudaraku!
Ayuh bangun dari
keselesaan!
Ayuh bangun dari kealpaan!
Ayuh bangun dari kebutaan!
Biar mata hati kita celik malam
ini!
Biar kita bangun malam ini!
Biar cita2 kita jelas malam
ini!
Biar jiwa, bumi dan ummah Malaysia
Sehidup ummah Palestin
ummah bumi anbiya’
Ayuh sambut soalan aku..
Siapa Tuhan kamu? ALLAH!
Siapa guru kamu? RASULULLAH!
Apa pegangan kamu? AL-QURAN!
Apa cita-cita kamu? JIHAD
FISABILILLAH!
TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR
No comments:
Post a Comment