^^,


Tuesday, January 1, 2013

perkongsian


"Kepahitan itu membahagiakan. Berkorban memang perit dan pahit kerana hujungnya sentiasa manis dan membahagiakan. Keperitan tidak selamanya bertandang, langit tidak selamanya mendung, hujan lebat badai rebut semuanya dating sekejap cuma. Selepas itu, reguklah ibrahnya. Biar hati dan akal terpandu dengan hikmah, bukan meratap musibah. Kita ialah insan yang harus memanfaatkan hari ini. Masa, saat, waktu, dan setiap yang kita lalui adalah peluang kita untuk digunakan dan dimanfaatkan. Esok mungkin sudah tiada. Esok, siapakah kita?

Dunia telah mengajar kita pelbagai rencah dan resipi. Kehidupan telah mendewasakan kita setiap saat dan ketika. Hati telah banyak tertabiah dengan situasi dan musibah. Tapi, iman harus diajar dengan pengorbanan. Taqwa harus dilengkapkan dengan pengorbanan. Segalanya tidak sempurna tanpa pengorbanan. Namun pengorbanan material dan fizikal sentiasa teruji dengan sanjungan manusia. Panduan ikhlas hanya dialog antara kita dan Allah swt. Tiada siapa yang tahu. Tetapi pengorbanan yang berat ialah pengorbanan dari dalam. Pengorbanan hati dan perasaan. Pengorbanan rasa dan fikiran. Semuanya dinilai dengan hati yang sangat dalam. Pengorbanan ini terlalu mahal. Pengorbanan emas!

Berkorbanlah demi Allah semata-mata. Jangan tersilap jalan, kelak destinasinya juga silap. Pengorbanan hanya ada dua tujuannya, jika bukan ke syurga, nerakalah jawabnya. Jadi, pasaklah nawaitu hanya untuk Allah. Sentiasa memperbaharui apa-apa yang telah diniatkan. Ingat semula titik mula kita melakukan sesuatu, apa yang kita fikir. Itu penting agar kita tidak lari dari landasan sebenar.

Pengorbanan begitu diperlukan. Siapa lagi, kalau bukan kita yang memahami erti pengorbanan sebenar ini?"
Travelog Budak Mentah:Hafizul Faiz

No comments:

Post a Comment