^^,


Friday, January 24, 2014

^^-^^



Assalamualaikum
Time to update blog!
Ewah, banyak kerja pun sempat lagi nak update blog..haha
Sebenarnya, tgh cari mood nak sambung buat slides..heee
Oke, straight to d point je la..:P
Entry kali ni nak kongsi beberapa perkara..

Pertama, IPG KDRI baru selesai musim PRK kelmarin. Tahniah kepada kalian yang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan JPP 2014/2015. Laksanakan tugas dengan sebaiknya Lillahi Ta’ala.

Kedua, tugasan projek dan pembentangan sudah masuk musimnya. Heee
awal kami dapat tugasan kali ini sebab kami akan berpraktikum hujung bulan 3 nanti. dapat awal, mudah-mudahan dapat siapkan awal juga. Sudah mula mencari bahan2 tugasan. Moga Allah mudahkan urusan kami.
Dalam kesibukan itu juga, kami perlu menyelesaikan kertas kerja untuk lawatan projek PJ ke SSBJ dan MSN. Selaku ajk perhubungan bersama seorang lagi sahabat, kami belajar untuk berurusan dengan orang luar. Kali ini, saya hanya membantu sahabat saya untuk berhubung. Jika dia x yakin, barulah saya akan ambil alih..hihi bukan mudah untuk berurusan dengan orang luar. Dalam percakapan, kita perlu berhati2 dalam penggunaan ayat, lembut dalam bicara, yakin dengan kata yang diungkapkan, bertolak ansur dan dengar sebaik mungkin..:D
Walaupun tekanan mula terasa, tapi seronok dapat buat kerja. Dah lama tak rasa sibuk. Cuti lama sangat..haha
Disebabkan ada had untuk diri dalam melakukan kerja tertentu, saya hanya diberi tugas yang tidak terlalu beban. Xbest sangat la sebenarnya..hee tapi apakan daya..kesihatan ini lebih penting..lebih kurang 2 months to go…moga diri ini cepat sihat agar dapat laksanakan tugas lain dan sama2 sibuk dengan clasmates…weeee

Ketiga, CNY kembali lagi..tak sabar nak balik cuti nextweek sebenarnya..hehe
Sabarlah wahai hati..tak lama da..3 days to go..tak sabar nak tukar menu makanan..nak minta ibu masakkan singgang n cekodok ikan bilis..eh singgang je? Yela, pantang makanan saya tak habis lagi..heee jadi tu la menu saya. duduk sni, tak nasi air, nasi+sup sayur+ikan bilis goreng..2 minggu lebih saya duk sni, tu la menu saya..xjemu ke?? Nak buat mcm mana kan..nak tukar menu sikit, buatla mihun sup ke..haa, guna rice cooker je..buat simple2..boleh la tukar2 selera…:P
Keempat, sanah helwah kepada 2 orang sahabat..minta maaf sangat2 sebab terlupa befday korang. Biasanya jam 12 tgh mlm wish dah..ni nak masuk tengah hari baru ingat, tu pun ada orang yang tolong ingatkan..hee maaf ye…
“semoga panjang umur, murah rezeki dan tercapai yang yang diinginkan.:D”

Dan yang terakhir, barakallah sahabat sekolah menengah yang akan mendirikan baitul muslim xlama lagi. In sya Allah kalau xde pape, akan sampailah ke majlis kalian. :D dan mudah2an dapat jumpa dengan yang lain juga...kira reunion la…
 
ginilah jadinya kalau jarang update blog. Sekali update banyak cerita dikongsikan. selesai berblogging, jom sambung buat kerja..

p/S- doakan saya dan seorang sahabat saya yang juga operate untuk buang tyroid baru2 ni, cepat sembuh..in sya Allah..jzkk

Thursday, January 16, 2014

Back to IPG



Assalamualaikum
Seminggu berlalu..
Kini, sudah berada di IPG, memulakan pengajian yang tertangguh selama 7 hari.
Banyak kerja yang perlu dilunaskan tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Rakan-rakan sekelas banyak membantu.
Para pensyarah juga memahami.
Rakan-rakan di IPG juga banyak yang bertanya khabar apabila bertemu.
Tertanya-tanya jugak bagaimana mereka mengetahui ketidakhadiran ku selama seminggu. Ya, mungkin mereka mengetahui daripada rakan sekelasku dan ada segelintirnya membaca blog ini.^^.
Dan, setiap kali jumpa, mereka pasti akan bertanya, “sihat dah? Sakit apa sebenarnya? Kalau ada apa2,bagitaulah kami..:) semoga cepat sembuh..”
Terima kasih atas sokongan anda..
ada ketikanya ku hanya mampu tersenyum, cuba menyembunyikan kesakitan yang dihadapi.


Malam ni nak story2 sempoi2 je..heee
Seminggu kat ipg, tak terasa sangat ‘homesick’ tu..mungkin sebab banyak perkara yang perlu diuruskan..kelas penuh pagi dan petang..presentation lagi..latihan subjek lagi..tapi bila sorang2 tu timbul la rasa rindu tu...hehe
Kali ni bila berpisah dengan parents xdapat nak nangis pun, sebak je..haha
Sebabnya ada program lepas kelas tu..
Parents hantar sampai berdekatan dengan dewan.
Macam2 pesanan diberi. Antaranya, jangan lupa makan ubat, kesihatan kena jaga, jangan lasak sangat, jalan kena perlahan, banyakkan rehat dan banyak lagi la..in sya Allah cuba jaga diri ini sebaik mungkin.
Kalau kat rumah, terlupa nak makan ubat, nak minum air gamat, ibu lah yang selalu ingatkan tapi bila di ipg ni, kalau ingat pun kadang2 buat lupa..hee terutamanya bila time nak minum air gamat…’kenapalah susah sangat nak minum air gamat nii??!’
Sebab xsedap…hee ubat mana ada yang sedap kan..sedap xsedap pun kena juga telan. Saya minum tu campur dengan madu asli..okla sikit. Minum sikit2.
Alhamdulillah sekarang semakin sembuh dan sihat walaupun adakalanya terasa cepat penat, adakalanya juga terasa ngilu di tempat operate tu..apa2 pun hidup perlu diteruskan, perjuangan harus dilaksanakan, ini baru sakit sikit tapi memberi kesan dalam diri dan juga orang sekeliling.

Semenjak pulang ke ipg, ramai sahabat perempuan yang bertanya, apa puncanya cysts ni terjadi? Macam mana nak sembuh? Cysts ni apa sebenarnya? Sakit tak bila kena? Macam mana nak tau kita ad cysts? Dan banyak lagi persoalan yang ditanya.
Dan saya juga terbuka untuk kongsi kisah dengan mereka personally. Mula2 tu mcm segan je nak buka cerita pasal ni tapi bila fikir2 semula, saya sebenarnya membuka fikiran mereka tentang cysts ni, tentang kesihatan diri terutamanya yang ada masalah wanita..
Biasanya yg menanya individu. Dan sy xlokek untuk kongsi pengalaman ni.
Bukan hendak berbangga atau apa, tapi seronok berkongsi sesuatu yang kita tahu melalui pengalaman sendiri.
Kerna, suatu ketika dahulu saya tidak pernah tahu apa itu cysts? Saya tidak pernah tahu kebanyakkan perempuan akan ada cysts? Jenis2 cyst? Ubat untuk cegah cysts? Dan pelbagai lagi.
Bila dah kena kat diri sendiri, barulah nak mencari info tentang cysts ni.
Jadinya, kalau sahabat nak tau berkenaan cyst, rujuklah daripada pelbagai sumber.
Nak tanya saya pun boleh..:D sedia membantu bagi yang memerlukan..^^

dan bila pulang ke ipg ni, ramai rakan yang mengambil berat.
Xlupa juga kepada rakan yang sentiasa membuatkan diri ini tersenyum, tergelak kecil dengan gurauan mereka, sentiasa ada untuk mendengar luahan ketika saya berasa sakit..terima kasih semua.
Dan parents yang selalu call tanya khabar. Tiap2 hari kol nak tahu kondisi kesihatanku. Mengurangkan sikit rindu yang terbuku.
Luarnya, cool je, tapi dalamnya siapa yang tahu..:P


Rasanya macam dah panjang je bercerita..sekadar berkongsi apa yang tahu.
Ingatlah, sehebat mana kita merancang, perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.
Hari ini, kita cuba membantu orang lain, siapa kan tahu, esok lusa orang itu yang akan membantu kita pula..:D
Emel saya masih terbuka kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut. farah_azryena@yahoo.com
Bagi sahabat yang kenal, boleh contact number saya.

Saya mohon maaf jika terdapat sebarangan kekurangan dalam penyampaian saya. coretan saya hanya sekadar perkongsian untuk semua..^^

Tuesday, January 7, 2014

Yuk!



Assalamualaikum
Entry terbaru untuk tahun 2014..
Lama tuan blog ni menyepi.
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk kita bernafas hari ini.
Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah masih mempunyai keluarga dan sahabat2 yang sentiasa ambil berat.
Alhamdulillah untuk semuanya.


Jika sahabat seperjuangan sudah memulakan pengajian, saya masih lagi bercuti, berehat untuk sementara ini. Alhamdulillah kesihatan pun bertambah baik. Cuma ada beberapa perkara kena jaga dan aktiviti lasak tidak boleh dilakukan sehingga sembuh sepenuhnya. In sya Allah, hujung minggu ini akan kembali ke maktab untuk mulakan pengajian.
Banyaknya kerja tertangguh di sana. Moga dapat diselesaikan dengan baik.
Segelintir sahabat juga tidak jemu memaklumkan info terkini kepada saya, terimakasih banyak2.
Dan, ramai juga yang sudah mengetahui keadaanku. terimakasih sebab sudi bertanya khabar. ^_*


Saat mula mengemas barang2, hati berasa sayu untuk meninggalkan rumah. [biasalah la tu kan…heee]
Sedih nak tinggalkan ibu dan papa yang banyak menjagaku, mengambil berat tentangku selepas pembedahan. Kalau kat rumah, sakit, ibu dengan papa ada..tapi kalau kat maktab, sakit, sahabat yang akan jaga dan tentunya berbeza keadaan itu. [ see, tak balik lagi dah homesick..huhu]
Apa2pn, berpisah sementara untuk perjuangan di medan ilmu.
Ayuh, tingkatkan semangat!
Semester ini akan bermulalah praktikum pertama selama sebulan.
Moga dipermudahkan segala urusan.
 dan moga saya dapat melaksanakan azam2 saya sepanjang tahun ini. n_n


Okla, setakat ni dulu entry kali ini.. dan pastinya akan ada banyak perkara/kenangan pahit manis yang berlaku pada tahun ini. Moga segala apa yang terjadi / akan terjadi ada hikmahnya..^^,