Assalamualaikum
Entry terbaru untuk tahun 2014..
Lama tuan blog ni menyepi.
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk kita bernafas hari
ini.
Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah masih mempunyai keluarga dan sahabat2 yang
sentiasa ambil berat.
Alhamdulillah untuk semuanya.
Jika sahabat seperjuangan sudah memulakan pengajian, saya masih
lagi bercuti, berehat untuk sementara ini. Alhamdulillah kesihatan pun
bertambah baik. Cuma ada beberapa perkara kena jaga dan aktiviti lasak tidak
boleh dilakukan sehingga sembuh sepenuhnya. In sya Allah, hujung minggu ini
akan kembali ke maktab untuk mulakan pengajian.
Banyaknya kerja tertangguh di sana. Moga dapat diselesaikan
dengan baik.
Segelintir sahabat juga tidak jemu memaklumkan info terkini
kepada saya, terimakasih banyak2.
Dan, ramai juga yang sudah mengetahui keadaanku. terimakasih sebab sudi bertanya khabar. ^_*
Saat mula mengemas barang2, hati berasa sayu untuk meninggalkan
rumah. [biasalah la tu kan…heee]
Sedih nak tinggalkan ibu dan papa yang banyak menjagaku,
mengambil berat tentangku selepas pembedahan. Kalau kat rumah, sakit, ibu
dengan papa ada..tapi kalau kat maktab, sakit, sahabat yang akan jaga dan
tentunya berbeza keadaan itu. [ see, tak balik lagi dah homesick..huhu]
Apa2pn, berpisah sementara untuk perjuangan di medan ilmu.
Ayuh, tingkatkan semangat!
Semester ini akan bermulalah praktikum pertama selama sebulan.
Moga dipermudahkan segala urusan.
dan moga saya dapat melaksanakan azam2 saya sepanjang tahun ini. n_n
Okla, setakat ni dulu entry kali ini.. dan pastinya akan ada banyak
perkara/kenangan pahit manis yang berlaku pada tahun ini. Moga segala apa yang
terjadi / akan terjadi ada hikmahnya..^^,
No comments:
Post a Comment