Assalamualaikum
Seminggu berlalu..
Kini, sudah berada di IPG, memulakan pengajian yang tertangguh
selama 7 hari.
Banyak kerja yang perlu dilunaskan tapi Alhamdulillah semuanya
dipermudahkan.
Rakan-rakan sekelas banyak membantu.
Para pensyarah juga memahami.
Rakan-rakan di IPG juga banyak yang bertanya khabar apabila
bertemu.
Tertanya-tanya jugak bagaimana mereka mengetahui ketidakhadiran
ku selama seminggu. Ya, mungkin mereka mengetahui daripada rakan sekelasku dan
ada segelintirnya membaca blog ini.^^.
Dan, setiap kali jumpa, mereka pasti akan bertanya, “sihat dah? Sakit
apa sebenarnya? Kalau ada apa2,bagitaulah kami..:) semoga cepat sembuh..”
Terima kasih atas sokongan anda..
ada ketikanya ku hanya mampu tersenyum, cuba menyembunyikan kesakitan yang dihadapi.
Malam ni nak story2 sempoi2 je..heee
Seminggu kat ipg, tak terasa sangat ‘homesick’ tu..mungkin sebab
banyak perkara yang perlu diuruskan..kelas penuh pagi dan petang..presentation
lagi..latihan subjek lagi..tapi bila sorang2 tu timbul la rasa rindu tu...hehe
Kali ni bila berpisah dengan parents xdapat nak nangis pun,
sebak je..haha
Sebabnya ada program lepas kelas tu..
Parents hantar sampai berdekatan dengan dewan.
Macam2 pesanan diberi. Antaranya, jangan lupa makan ubat,
kesihatan kena jaga, jangan lasak sangat, jalan kena perlahan, banyakkan rehat
dan banyak lagi la..in sya Allah cuba jaga diri ini sebaik mungkin.
Kalau kat rumah, terlupa nak makan ubat, nak minum air gamat,
ibu lah yang selalu ingatkan tapi bila di ipg ni, kalau ingat pun kadang2 buat
lupa..hee terutamanya bila time nak minum air gamat…’kenapalah susah sangat nak
minum air gamat nii??!’
Sebab xsedap…hee ubat mana ada yang sedap kan..sedap xsedap pun
kena juga telan. Saya minum tu campur dengan madu asli..okla sikit. Minum sikit2.
Alhamdulillah sekarang semakin sembuh dan sihat walaupun
adakalanya terasa cepat penat, adakalanya juga terasa ngilu di tempat operate
tu..apa2 pun hidup perlu diteruskan, perjuangan harus dilaksanakan, ini baru
sakit sikit tapi memberi kesan dalam diri dan juga orang sekeliling.
Semenjak pulang ke ipg, ramai sahabat perempuan yang bertanya,
apa puncanya cysts ni terjadi? Macam mana nak sembuh? Cysts ni apa sebenarnya? Sakit
tak bila kena? Macam mana nak tau kita ad cysts? Dan banyak lagi persoalan yang
ditanya.
Dan saya juga terbuka untuk kongsi kisah dengan mereka
personally. Mula2 tu mcm segan je nak buka cerita pasal ni tapi bila fikir2
semula, saya sebenarnya membuka fikiran mereka tentang cysts ni, tentang
kesihatan diri terutamanya yang ada masalah wanita..
Biasanya yg menanya individu. Dan sy xlokek untuk kongsi
pengalaman ni.
Bukan hendak berbangga atau apa, tapi seronok berkongsi sesuatu
yang kita tahu melalui pengalaman sendiri.
Kerna, suatu ketika dahulu saya tidak pernah tahu apa itu cysts?
Saya tidak pernah tahu kebanyakkan perempuan akan ada cysts? Jenis2 cyst? Ubat untuk
cegah cysts? Dan pelbagai lagi.
Bila dah kena kat diri sendiri, barulah nak mencari info tentang
cysts ni.
Jadinya, kalau sahabat nak tau berkenaan cyst, rujuklah daripada
pelbagai sumber.
Nak tanya saya pun boleh..:D sedia membantu bagi yang
memerlukan..^^
dan bila pulang ke ipg ni, ramai rakan yang mengambil berat.
Xlupa juga kepada rakan yang sentiasa membuatkan diri ini
tersenyum, tergelak kecil dengan gurauan mereka, sentiasa ada untuk mendengar
luahan ketika saya berasa sakit..terima kasih semua.
Dan parents yang selalu call tanya khabar. Tiap2 hari kol nak
tahu kondisi kesihatanku. Mengurangkan sikit rindu yang terbuku.
Luarnya, cool je, tapi dalamnya siapa yang tahu..:P
Rasanya macam dah panjang je bercerita..sekadar berkongsi apa
yang tahu.
Ingatlah, sehebat mana kita merancang, perancangan Allah itu
adalah sebaik-baik perancangan.
Hari ini, kita cuba membantu orang lain, siapa kan tahu, esok
lusa orang itu yang akan membantu kita pula..:D
Emel saya masih terbuka kepada sesiapa yang nak tahu lebih
lanjut. farah_azryena@yahoo.com
Bagi sahabat yang kenal, boleh contact number saya.
Saya mohon maaf jika
terdapat sebarangan kekurangan dalam penyampaian saya. coretan saya hanya sekadar
perkongsian untuk semua..^^
No comments:
Post a Comment