Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur sangat2
berjaya tamatkan praktikum 1 dengan baik.
Terima kasih tak terhingga buat
warga SK Undang Marang yang menerima kedatangan kami dengan baik dan mesra
sekali. Terima kasih juga buat guru-guru SKU yang tidak lokek berkongsi ilmu
dan pengalaman sepanjang saya berpraktikum di situ. Terima kasih juga buat anak
didik yang sentiasa menguji tahap kemampuan dan kesabaran saya untuk menjadi
guru yang lebih proaktif dan berdedikasi.:))
Praktikum tamat seminggu yang lalu,
hati ini rindu dengan keletah mereka yang mencuit hati. Mudah-mudahan diberi
kesempatan untuk bertemu kembali.
Sepanjang berpraktikum, pelbagai
dugaan dan cabaran dihadapi. Fizikal dan mental perlu sentiasa bersedia. Namun
adakalanya diri ini jatuh. Cuba untuk kuatkan diri. Bangkit menghadapi cabaran
yang mendatang. JZKK buat teman serumah yang sentiasa ada di sisi memberi ku
kekuatan dan menceriakan hati. JZKK juga buat sahabat seperjuangan yang
sentiasa memberi kata-kata semangat. JZKK juga buat senior2 yang sentiasa
membantu menghulurkan idea dan bimbingan. Dan paling utama JZKK buat keluarga
yang tak jemu mendengar luahan hati anak ini juga memberi dorongan dari
jauh..^^,
Bila dah masuk alam praktikum, ia
sebenarnya melatih kita untuk menjadi guru yang sebenar. Semua aktiviti sekolah
kita perlu libatkan diri. Jujur pada mulanya saya agak sukar untuk terima
aktiviti sekolah pada hujung minggu tapi setelah mendengar kata-kata daripada
keluarga dan sahabat-sahabat, ini adalah sebahagian tugas saya apabila bergelar
guru nanti. Jadi tidak perlu mengeluh, belajarlah sesuatu daripada aktiviti itu
walaupun sedikit. ^_^
Aktiviti hujung minggu paling best
di sekolah ialah perkhemahan. Sudah semestinya guru pelatih kena tidur di
sekolah kan tapi ada juga guru perempuan lain yang bertugas. Seronok melihat
murid-murid berkhemah. Happy je dieorang. Dan mereka sangat beruntung kerana
cikgu-cikgu yang masakkan makanan walaupun pada mulanya murid2 sendiri yang
perlu masak. Keseluruhannya saya sangat seronok. Malam-malam sebelum tidur
pergi jenguk dulu. Bual2 dengan dieorang. Malam pertama ada aktiviti Burung
Hantu. Saya antara yang jadi pemantau murid2 ..heee tapi ada jugak ganggu
simple2..malam kedua ada aktiviti malam kebudayaan. Adhock kena jadi juri.
Mula2 persembahan best, kelakar tapi bila kumpulan seterusnya makin hambar.
Mungkin mereka sudah penat. Habis semua persembahan ada nyanyian lagu, makan
burger dan tidur. Saya ingatkan bila pusing2 di khemah, murid2 dah tidur,
rupanya masing2 duduk makan megi, kacau kawan, kemas khemah dan macam2 lagi keletah
mereka. Kenangan manis untuk dikenang…weee
|
sekitar perkhemahan |
|
last day..T-T |
|
Masa last observation, saya sangat
rileks dan enjoy pengajaran saya. Murid2 juga ok. Syukur sangat2. Dan menurut
pensyarah pembimbing, ada peningkatan dalam P&P saya walaupun terdapat
beberapa lagi perkara yang perlu ditambahbaikan. Alhamdulillah. Dua hari
sebelum tamat praktikum, berkesempatan untuk menjamu guru2 SKU, ‘Trifle’ hasil air tangan sendiri. Itu je
yang termampu..:DD juga berkesempatan untuk memberi anak didik sedikit
cenderahati sebagai kenangan.
Menangis, tersedu sedan dieorang ni
masa last day saya kat sekolah tu. Terharu sangat rasa..hee apa2pun terima
kasih banyak2 sebab beri hadiah2 kat cikgu. Cikgu simpan dengan baik hadiah
kamu2 semua..n_n
kalau diikutkan banyak lagi kisah yang ingin dikongsi tapi biarlah selebihnya tersemat di kotak memori ini.
Moga ukhuwah yang terjalin
berkekalan hingga ke Jannah. Amiinn.
..will miss all of u..
-Cerita praktikum 1 tamat disini-