^^,


Monday, April 28, 2014

House+Mate



-Assalamualaikum-
bila dah banyak cerita tertangguh maka dalam satu hari akan post banyak cerita2..ini adalah kisah/pengalaman hidup saya dalam meniti hari-hari bakal seorang guru. Harap tidak jemu membaca celoteh diri ini..huhu
siapa yang sudi baca, terima kasih banyak2..silalah komen untuk penambahbaikan..:DD



masih menceritakan kisah praktikum tapi tentang rumah sewa.
Pertama kali ingin mencari rumah sewa, ada cabarannya. Tapi ada dua tiga makcik2 ni sudi membantu kami mencari rumah sewa. Terima kasih tak terhingga diucapkan. Cadangnya nak bertemu sebelum praktikum habis tapi kesuntukan waktu membatasi perjumpaan ini. Moga berjumpa lagi pada masa akan datang…heee
Serumah dengan Farah Solehah (angah), Farah Hani (alang) dan Ayuni memberikan pengalaman yang cukup manis.  Masak sama2, kemas rumah sama2, buat RPH sama2, berkongsi idea dan bertukar pendapat, berkongsi cerita tentang anak murid dan sekolah, solat sama2, dan banyak lagi. Sahabat2 inilah yang memberi kekuatan pada saya saat saya jatuh. Mereka jualah yang menceriakan diri ini saat sedang bersedih atau tertekan. Terimakasih atas jasa baik kalian. :))) seronok sangat dapat serumah dengan kalian. Dan antara kenangan paling best iaitu memasak dan buat trifle.
Saya orang pertama yang cadangkan nak buat trifle untuk pihak sekolah. Semangat nak buat sampai sanggup keluar sendiri pergi cari bahan2. Nasib baik bahan2 die mudah dapat dan prosedur nak buat pun senang. Heee jadi sehari sebelum tamat praktikum, angah n alang pun nak buat juga untuk pihak sekolah dieorang. Malamnya kami bertungkus lumus buat trifle tu dalam 10 bekas bulat sederhana. Seronok kongsi2 idea dalam bidang masakan ni..huhu tapi mana yang tau je la dan masakan yang mudah2 je…heee

Apa2 pun terima kasih sahabat serumah. Segala kenangan manis dan pahit akan disimpan. Semua manis rasanya jadi yang pahit tu tenggelam..weee
Moga tali persahabatan ini juga terus teguh.
^^,

No comments:

Post a Comment