^^,


Friday, April 4, 2014

Busy Time!

assalamulaikum..
lamanya tak berceloteh kat sini. sibuk memanjang..ingatkan  cuti ni dapat la story2 dgn kalian tapi .....  heee
takpe lah..nak kongsi jugak cerita yang membuatkan diri ni sibuk sangat sampai nak update blog panjang2 pun xsempat..huhu
mungkin entry kali ni agak panjang, jadi jangan bosan nak baca sampai habis ye... :P

1) BIG - bina insan guru kali ni bergabung dengan unit PAI 1 dan diadakan di SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. tujuannya untuk meninjau pengurusan sekolah (benchmarking). pertama kali datang sekolah ni. merupakan sekolah berprestij tinggi. kagum melihat kegigihan guru2 kat sekolah ni bagi memastikan pencapaian setiap anak muridnya meningkat. aktiviti sepanjang program; berpeluang menanyakan soalan berkaitan course kami iaitu matematik. banyak ilmu yang diperoleh.:D

2) Lawatan ke MSN, SSBJ dan UPM - lawatan ni bagi memenuhi pro forma subjek PJM 3112. hanya kelas yang minor pj pergi iaitu kelas saya dan Prasekolah. berkampung disana selama 3 hari 2 malam. best sangat dapat timba banyak pengetahuan dan dapat buang prasangka negatif terhadap para atlet kita..'peace' . hari terakhir kat sana, dapat pergi Putrajaya..lama tak menjejakkn kaki kat sana,.hmm sampai kat sana tengah hari, orang dah bersedia nak g solat jumaat..jadi ingatnya sempatla shooting gambar2 menarik sekitar masjid putrajaya tapi xsempat sangat. takpe..1 hari nnt mudah2an diberikan lagi peluang..^^_^^

3) minggu sibuk dengan KOT, sukantara, kursus KOM, ujian KOM, test2 math, hantar tugasan..fuhh! mmg tak cukup masa je rasa..masa ni memang kelam kabut sampai makan pun xingat..heee tapi masa ni juga kita kena jaga hati kita, amik masa untuk dekatkan diri dengan Allah, tenangkan diri dan berdoa agar setiap urusan dipermudahkan..dan alhamdulillah tgh2 sibuk masih berpeluang untuk dengar luahan hati sahabat yang tengah ada masalah, tengah2 sibuk masih sempat hantar kawan yang sakit ke klinik walaupun adakalanya rasa terbeban jugak tapi cepat2 ikhlaskan hati..hari ni hari dia, siapa tahu esk2 hari kita plak kn..jadi bila buat sesuatu tu jangan mudah sangat berkira..ikhlaskan hati, Allah tahu mana yang baik untuk kita,.[:D]

4) taktala tengah sibuk2 tu kan, tup2 kteorang digemparkan dgn pencerobohan yang berlaku dekat asrama perempuan. dush! gelabah kjap kiteorang ni minggu tu..rasa maca xnk dduk hostel da..takut punya pasal..ye la, kita berusaha, berdoa, solat hajat moga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya tapi kita xkan tahu sesuatu yang tak baik tu akan berlaku bila..masa ni memang setiap sorang peka dengan keadaan sekeliling,.pergi mana2 kunci pintu, dduk dalam bilik pun kena kunci pintu, pergi toilet pun kena ramai2 [kalau malam la]. punyalah berjaga2 bimbang dengan keselamatan diri. dan terima kasih kat pelajar2 lelaki yang sama2 berjaga malam, round kawasan kolej kediaman perempuan, jaga dua blok yang hujung sekali. dan saya tak ketinggalan juga jaga blok saya..huhu selesai je print asgmnt, kawan searas pangil utk turun sentry. memang da target malam tu nak berjaga n tdo lewat walaupun tahu kondisi diri tidaklah berapa sihat masa tu...heee bimbang jugak pd mulanya tp bila nampak ada rakan2 lain dari blok sebelah, adik2 junior dr blok sy yg sama2 jaga, pelajar lelaki yg jaga kawasan luar kolej. kami rasa okla sikit..mula2 pusing2 la jgak blok tu tp bila mata dah ngantuk kami duduk dalam bulatan, bual2 pasal asgmnts dlm keadaan yg cukup berhati2, maknanya xde la bual kuat2 kan..huhu habis je masa, kami bertukar dengan orang lain. memang menggerunkan, rasa nak terus balik rumah jee..^^,

5) balik rumah. walaupun dalam kete berdua je tapi barang penuh satu kete. macam xnak balik maktab..heee biasalah kan, bila balik tu rasa semua nak angkut balik je padahal xde apa pun..:P
keesokannya, saya dan keluarga serta family pakcik sedara bertolak ke Johor utk majlis merisik dan pertunangan pakcik sy yg paling bongsu. kami tidak direct terus ke Johor tp singgah dulu di KL utk jalan2 n shopping..cewahh, shopping la sangat kn..eh btul la, kebetulan Ariani ada promosi tudung sehingga 70% diskaun, jadi ibu  dan makcik sy ni berborong la kat sana, hajat di hati nak la jugak beli sehelai tapi xde yg berkenan di hati..heee jadi saya jd pemantau je la kat sana masa ibu n mkcik tengah pilih tudung. petang baru gerak ke Johor. agak bosan sepanjang prjalanan sebab adik2 xikut, ada urusan lain..jadi saya sorang je...eh..jadi anak manja jap...huhu esoknya kami berkumpul di sebuah homestay dan bersedia untuk bergerak ke rumah pihak perempuan..yeayy dapat pegang dulang hantaran kek..ingatkan ringan, berat rupanya..heee sabar je la masa mengangkut tu...haaa masa ni dengar da, "kakak bila lagi?", erk, diri ini hanya mampu tersenyum dan jawab dalam hati, in sya Allah bila tiba masa nnt, Allah akan tunjukkan siapa gerangan jodohku. diri ini banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam mempersiapkan diri..:))))

6) seminggu dirasakan berlalu dgn cepat..setiap hari d rumah ada je urusan yang perlu diselesaikan. dua tiga hari lagi, saya akan berpraktikum, bermacam perkara bermain di minda. moga dipermudahkan urusanku dan juga urusan para sahabat. persediaan mental dan fizikal dalam proses lagi untuk menerima suasana sekolah nanti. 

**haaa kan byk cerita yang dikongsikan tu. kalau ada terbaca salah2 ayat, salah eja, halalkan ye..heee
tulis entry ni pun curi2 je,.hehe moga diberi kesempatan utk berkongsi perihal prkatikum plak nnt.
-jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga kata, jaga sahsiah-
** entry ni da lma terperap kt draft ni..huhu..nk post jugak sebelum nk citer2 tentang praktikum..hee xbyk letak gmbar sbb xingat letak mna gmbr2 tu..xberkesmpatan nak cari...^^,
 



No comments:

Post a Comment