Assalamualaikum
Kita
seringkali diuji dengan ujian hati. Kadang kita kuat hadapi semua yang terjadi.
Tapi kadangnya, kita lemah, jatuh untuk menghadapi semua ni.
Kita
kuat dihadapan mereka. Tapi dibelakang mereka, kita lemah.
Kita gembira dengan mereka, tapi bila
bersendirian kita menangis.
Ya,
menangislah jika ia mampu membuatmu lega. Menangislah jika ia mampu membuatmu
tenang. Menangislah jika ia membuatmu mampu melupakan seketika masalah mu. Allah ada
sentiasa di sisi. Mengadulah pada-Nya.
Tak
salah juga mencari seseorang sahabat, untuk tenangkan hati kita. Sahabat yang
sentiasa ada untuk memberi bahunya kpd kita untuk lepaskan apa yang terbuku
dihati..
Semoga
diri kita terus kuat dan kuat untuk bermujahadah di jalan-Nya.
Semoga
apa yang terjadi ada hikmahnya nanti.
Doakan
diri ini juga terus kuat untuk hadapi situasi seperti ini.
Terimakasih
sahabat, kerana sentiasa ada untukku..^^,
Syukur ya Allah, kerana sentiasa ada dan memberiku kekuatan..
No comments:
Post a Comment