^^,


Friday, June 27, 2014

First Week Sem 6


Assalamulaikum
Alhamdulillah, sesi kuliah minggu pertama berjalan lancar dan baik. Menceriakan hati. Fun sangat. Duduk plak depan sekali. nak rasa mengantuk sangat tu xde la sangat sebab pensyarah sentiasa berinteraksi dengan kitaorang…bagus jugak la gitu kan… heee
Setiap Isnin-Rabu kelas penuh sampai ke petang. Ahad dan Khamis sahaja sampai tengah hari. Pensyarah2 pun okay. Walaupun ada yang baru kenal, tapi kami rasa fun sangat dalam kelas. Sporting betul pensyarah2 ni. Berkongsi cerita dari segi pengalaman mengajar, mula2 posting, tips2 dalam perkahwinan dan macam2 lagi. Itulah first impression kami, we have to be fun when learning and teaching. :D
Semester ini akan belajar 4 subjek sahaja iaitu MTE 3123, MTE 3113, WAJ 3131 dan ELE 3104E.
4 je? Agak berat jugak subjek tu. Ouh xtermasuk praktikum dua bulan dan BIG.
Moga hari yang mendatang, menambahkan lagi semangat kami untuk menuntut apa jua ilmu sebagai bakal guru.

Alhamdulillah berkesempatan untuk join aktiviti kelas (muslimah only) di Pantai Batu Rakit, K.Terengganu tadi. Lebih kepada usrah sebenarnya. :))
 lapangkan dada, tenangkan jiwa, terima segala perkongsian dengan hati terbuka.
Antara yang terawal tiba di pantai walaupun sebelum tu kelam kabut jugak sebab baru balik dari beli barang. Turun kereta terus meluru ke arah pantai…weeee, lamanya tak tengok pantai..seronok, tenang sangat rasa. Cari jugak matahari tapi hari mendung je so matahari xnampak sangat..heee but its okay, kita snap2 la jugak gambar pemandangan situ.
Ya Allah, bila tengok laut, dengar ombak, rasa lepas semua kerinduan tu, rasa lepas semua kegelisahan yang ada, rasa lepas segala-galanya. Alhamdulillah. Memang target nak pergi pantai hujung minggu ni tapi dah pergi awal. Rasa macam nak g je lagi kalau berkesempatan. Sape nak teman? Sila komen dibawah…:P
-us-
Okay, meh la kita masuk sikit perkongsian usrah.
setiap orang telah diberi tugas masing2. Dan saya dengan sorang lagi kawan jadi ajk permainan. Maknanya kena reka satu permainan. Yeayyy…huhu
Sesi pertama, isu semasa. Kami membincangkan tentang Adik Firdaus, kanak2 OKU yang dijumpai dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Tak nak komen lebih2 pasal ni sebab kita sendiri tidak tahu kesahihah cerita sebenar kenapa adik firdaus boleh jadi macam tu.
Sesi kedua, perkongsian. Membincangkan tajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhirku’.
Apa tindakan kita? Ya, perbaiki diri untuk buat lebih baik dan tingkatkan amal ibadah kita. Orang kata, bula Ramadhan adalah bulan untuk orang memulakan kebaikan. Semua nak berubah jadi baik. Tapi cuba kita fikirkan, jika begitulah keadaannya, melakukan sesuatu kebaikan hanya pada bulan puasa, adakah ibadah kita bermusim?? Tepuk dada, tanya iman.
Berpuasa adalah untuk menghasilkan taqwa. Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa? Taqwa ialah kita buat sesuatu kebaikan kerana Allah dan menjauhi perkara mungkar. Setakat mana kita cuba untuk mencapai taqwa itu? Kenapa kita masih belum dapat istiqamah selepas bulan puasa. Mari sama2 kita fikir, apa niat kita berpuasa selama sebulan tu? Niatkan diri kerana Allah, in sya Allah kita dapat teruskan walaupun selepas sebulan berpuasa. Kenapa juga bila kita puasa, kita tak boleh capai taqwa?? Sebabnya mungkin niat kita tersasar, perlaksanaan yang tidak mengikut sunnah dan mungkin ada sebab yang lainnya. Orang yang bertaqwa ialah orang yang sentiasa berhati2 untuk lakukan kebaikan atau keburukan. Maksudnya, sebelum dia nak buat sesuatu, dia akan berfikir terlebih dahulu natijahnya.
Lepas tu, kami makan2 sikit dan tutup majlis sebab nak main game plak. Disebabkan saya dan partner sorang lagi ni jadi ajk untuk game ni, jadi kami xmain. Kami incharge je. Seronok gak buli dieorang ni. Haha. Sory semua, sekadar suka2. Korang semua pun have fun kan tadi. Alhamdulillah.
Selesai bermain, kami buat qhulasah, apa kaitannya permainan tadi dengan kehidupan kita terutamanya tentang puasa yang semakin hampir.
Game apa yang kami main tadi? Akan diceritakan dlm story akan datang.
Panjang sangat da entry kali ini…^^^^,



4 comments:

  1. Nak ikut bleh? :-p

    ReplyDelete
  2. errr...dah terlewat ke saya nak ikut??? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm belum kut..bila eh nak kluar sekali dgn azimah n hanis ni..heee :D

      Delete