^^,


Friday, January 30, 2015

^^,



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini. Masih diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah sebagai hamba-Nya juga amanah sebagai pelajar. Genap 3 minggu di sini. Jadual harian semakin penuh dengan tugasan.
Tapi sempat juga ku luangkan masa untuk meraikan hari ulang tahun dua sahabat. Sanah helwah kalian. Moga ukhuwah yang dibina berterusan till jannah. Sayang kalian kerana Allah. Moga sentiasa bahagia dan dibawah perlindungan-Nya selalu. ^^,
Minggu 3 ini juga sibuk dengan urusan pilihan raya kampus. Kelas ku dijadualkan bertugas sebagai AJK Pencalonan dan Pendaftran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada ketikanya sedikit kelam kabut (biasa la tu kan..:P). Tahniah dan takziah kepada legasi pimpinan baru JPP sesi 2015/2016. Semoga kalian dapat jalankan tugas & amanah kalian dengan sebaiknya. :D
Lagi dua hari mula praktikum. Bersediakan aku? In sya Allah bersedia. Moga sentiasa diberi kekuatan untuk mengharungi segala cabaran akan datang. Moga sentiasa juga diberi kecekalan hati untuk terus berjuang. Amin.
Hujung minggu ini, berseorangan lagi. Ambil peluang untuk kemas bilik dan buat persediaan praktikum. Adakalanya diri ini ditembak dengan soalan, ‘tak bosan ke sorang2? Bosan? Ada ketikanya terasa bosan jugak tapi mungkin sudah terbiasa berseorangan. Biasanya, ku isi masa2 terluang bersendirian dengan sesuatu. Cari sesuatu yang boleh dibuat dan dapat menceriakan hati. ^^,
Alunan ombak di pantai sentiasa menenangkan hatiku. Dapat ku luahkan segala yang terbuku di hati. Ku biarkan angin laut membawa keresahan ku pergi jauh. Jauh dariku. Agar dapat ku gantikan ia ketenangan dan keceriaan. Miss themso much. Tapi xmampu nak diluahkan dengan kata-kata namun ku sampaikan melalui doa agar mereka juga turut merasainya. n_n

Note: duhai hati, moga terus kuat, dan kuat, dan kuat.

No comments:

Post a Comment